Production Company : Chandan
Arora Production Company, Columbia Pictures, Hope Productions, KriArj
Entertainment, Mrs Funnybones Movies
Distributor : Sony
Pictures Releasing
Genre : Biography/Drama/Comedy
Running Time : 140 minutes
Release Date : 9
February 2018
Trailer :
Been rooting for this movie and its finally here! Sebelum ni ada buat entri tentang Padman Challenge tapi tak mendapat sambutan di negara ni but that's fine tho sebab sasaran asal di India.
Padman merupakan sebuah movie
yang diadaptasikan dari filem pendek, "The Sanitary Man of Sacred
Land" dalam buku penulisan Twinkle Khanna, The Legend of Lakshmi Prasad, yang
diinspirasikan dari kisah sebenar kehidupan Padman India, Arunachalam
Muruganantham yang mencipta sanitary pad untuk isterinya dan menjual kepada
wanita lain dengan harga yang murah.
Dalam movie Padman, you guys
boleh nampak masyarakat India buat upacara menyambut kedatangan seorang gadis
yang dah pun period sebagai tanda sudah dewasa. Memang sangat meriah tapi
sayangnya bila setiap kali period, mereka diasingkan dalam satu bilik khas.
Di
India hanya 12% yang guna pad bila period sebab harga pad Rs 55 agak mahal so
kain adalah pilihan utama dan dibasuh berulang kali setiap kali period. Ada
yang guna daun, ada juga guna arang yang boleh menyebabkan kemandulan dan
kematian.
Disebabkan penerangan doktor
tentang perkara ni membuatkan Lakshmi (Akshay Kumar) berazam untuk buatkan
sanitary pad kepada Gayatri (Radhika Apte), isterinya yang tercinta. Since
Lakshmi seorang pengimpal besi, more likely dia pandai untuk cipta atau repair
sesuatu benda.
Dari pad sebenar dia cuba mencari semua bahan yang diperlukan
untuk membuat pad. Cubaan demi cubaan tetapi gagal untuk yakinkan Gayatri untuk
pakai pad instead of kain buruk. Bukan setakat Gayatri tapi adik-adik
perempuannya juga dan beberapa orang perempuan yang dia approach untuk cuba pad buatannya.
Keadaan jadi kacau-bilau bila
perbuatan Lakshmi dikatakan memalukan orang kampung dan Gayatri sanggup mati
daripada menanggung malu. Lepas Gayatri lari balik ke rumah keluarga dia,
Lakshmi keluar dari kampung dan cari sesiapa yang boleh bantu dia menghasilkan
pad.
Di sana dia bekerja di rumah Professor sebagai orang gaji dan mengetahui
kapas yang digunakan dalam pad bukan kapas asli tapi cellulose fiber. Selepas
menempah dari US, dia belajar untuk buat machine pad dengan 4 bahagian asas
yang penting - Pulverisation, Compression, Wrap Fusion & Sterilization.
Selepas berjaya menghasilkan pad
tersebut, dia berjumpa dengan Pari Walia (Sonam Kapoor) yang terlupa bawa pad
semasa music exhibition di kampung tu. Pertemuan Pari dengan Lakshmi membuatkan
Pari sanggup tolong Lakshmi untuk menjual pad dan mewujudkan kilangnya
sendiri dan memberi peluang pekerjaan kepada penduduk kampung terutamanya
wanita kerana sering ditindas oleh suami tak guna.
Kejayaan Lakshmi sampai ke
pengetahuan Gayatri dan orang kampung. Dari benci bertukar bangga bila
Lakshmi dijemput ke US untuk memberi ucapan tentang pad yang dihasilkan dan
juga penganugerahan dari kerajaan negara India kerana menyumbang sesuatu kepada
negara. Sayangnya hati Lakshmi berbelah bahagi bila dia jatuh cinta dengan Pari
yang sama-sama tunaikan impian dia sehingga ke tahap yang tinggi.
Tapi siapa yang dipilih Lakshmi
cuma fraction kecil je dari movie ni sebab movie ni nak sampaikan mesej betapa
pentingnya penggunaan pad dan merupakan medium untuk meminta pengurangan harga
pad yang dijual di kedai supaya lebih murah ataupun percuma kepada golongan
yang miskin dan permintaan mereka berjaya di India. Sama seperti Toilet, movie
Padman juga bawa mesej sosial yang kuat kepada masyarakat untuk ubah
stigma kepada kehidupan yang lebih baik.
Lakonan pelakon utama Akshay,
Radhika dan Sonam memang terkesan dan bagus sangat dalam movie ni nak pula bila
scene Lakshmi berjumpa dengan Pari untuk bertanya tentang feedback pad yang
dihasilkan sendiri. Emosional dan menyentuh hati bila kita tahu betapa susahnya
Lakshmi untuk ubah lifestyle masyarakat dan beratnya perjalanan yang dia lalui
untuk hasilkan pad murah.
As the genre mentioned, movie biografi
tentang Arunachalam Muruganantham ni ada juga elemen komedi supaya movie ni
nampak santai dan ringan. 1 jam 40 minit rasa sekejap sangat masa layan movie
ni and I really wish the movie was longer than it should be.
Panjangkan lagi
scene percubaan Lakshmi mencipta pad dan penerimaan orang kampung ataupun perjalanan
dia dan Pari sebab romantic sangat scene Akshay-Sonam dalam movie ni. Chemistry
tu tak berubah selepas movie pertama mereka, Thank You tahun 2011.
Kalau dengar nama R.Balki je, dah tahu dah plot movie yang cantik ditambah dengan skrip bagus dan beberapa dialogue bagus yang dilontarkan oleh karakter penting.
'We women would rather die of illness than live in shame!'
'How can a person who unable to protect a woman call himself a man?'
'Big man, strong man, not making country strong...woman strong, mother strong, sister strong then country strong.'
'America has Batman, Superman, Spiderman but India has Padman! He is our real superhero!'
For those yang belum tengok, you
can watch this beautiful movie di Astro First ataupun tunggu je lah sikit masa
lagi nanti masuk la tu dekat Astro Cita ataupun Tara. Fun fact, movie ni dah
menang beberapa award besar di India dan mesej untuk guna pad dah berjaya
mengubah persepsi taboo di beberapa kawasan di India. The team did a great job
for their country. Kudos!
1. Team Production +1, 2. Visual
+1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1,
8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.8/10
seronok baca review menarik FJ ... terus rasa nak tengok ... lagi satu, movie2 mcm ni yg best nak tengok coz ada mesej untuk yang menarik utk disampaikan...
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
wa, macam best tau. ok boleh duduk tengok la hari ni :)
ReplyDeleteada tengok trailer cite ni, komedi gitu. baca review ni lg excited nak tengok 😁
ReplyDeleteBila baca review awak, akak rasa filem nie memang menarik untuk ditonton..
ReplyDeleteAida berjenan tgk citer ni after tgk iklan nya.
ReplyDeleteHero pun best.
Wah..challenge aritu berjaya la ye? Mahal jugak harga pad kat sana, kalau kat Malaysia pun harga mahal, mak pakai kain je :P
ReplyDeleteNi kalau classmate Akak mesti rajin tengok bollywood2 ni.
ReplyDeleteseronok baca review menarik FJ ... terus rasa nak tengok ...
ReplyDeletelagi satu, movie2 mcm ni yg best nak tengok coz ada mesej untuk yang menarik utk disampaikan...
ayah dan akak busyra mmg minat crita2 mcm ni. hehe
ReplyDeletesuka tgk lakonan akshay kumar ni :) lebih2 lagi part lawan. hehe
ReplyDeleteBaca review Farhanna nie nampak best lah pula filem ini.. Nanti try carilah..
ReplyDelete