Movie Review | Badhaai Ho (2018)

Monday 28 January 2019

Image result for badhaai ho review

Director : Amit Sharma
Writer : Akshat Ghildial 
Cast : Ayushmann Khurrana, Neena Gupta, Gajraj Rao, Surekha Sikri & Sanya Malhotra,
Production Company : Junglee Pictures, Chrome Pictures
Distributor : AA Films
Genre : Comedy / Drama
Running Time : 123 minutes
Release Date : 18 October 2018
Trailer :


Another movie of Ayushman for 2018 yang dapat recognition and appraisal lepas tayang dekat cinema tahun lepas movie Andhadhun. Ramai jugak yang recommend movie ni sebab jalan cerita dia unik plus lakonan Neena Gupta bagus dalam movie ni.

Image result for badhaai ho review

Badhaai Ho ataupun Tahniah menceritakan tentang kehidupan keluarga middle class di tengah bandar Delhi. Of course you guys akan terbayang typical life satu family, typical culture and typical dialog ‘log kya kahenge’ (nanti apa orang akan kata) tapi suasana tu berubah bila Priyamvada (Neena Gupta) mengandung di usia 40-an I guess since anak sulung, Nakul (Ayushman Khurrana) dah bekerja & most likely perempuan di India kahwin awal.

Nakul jadi stress bila dia dapat tahu sebab nanti kena bahan dengan kawan-kawan tambah pulak diorang tinggal di apartmen so gossip memang senang sangat tersebar. Nak pulak kawan-kawan mak dia akan datang membawang dan main game tiap minggu dekat rumah. Sana sini orang ucap Badhaai Ho dekat dia sebab akan jadi abang lagi. Sama kes dengan Gular (Shardul Rana) bila dia menyesal curi kondom ayah dia sudahnya kena bahan dekat sekolah.

Image result for badhaai ho review

Awalnya Jeetu (Gajraj Rao) risau dengan kesihatan isteri dia mengandung pada usia macamtu ditambah pula dengan masalah financial diorang tapi disebabkan isteri dia berkeras nak jaga baby tu so dia terpaksa patuh sebab sayang bini. Lagi cuak bila nak kena bagitahu mak dia pasal benda ni, teruk dia kena berleter nanti. Tapi risau tu berubah jadi bangga bila kawan-kawan dia impressed dengan bed skill dia di usia tu when most of them dah berdengkur atas katil lepas balik kerja.

Agak huru-hara jugak lah bila tahun tu sepupu Nakul kahwin so family dia kena balik kampung so makin ramai lah yang akan bergosip sudahnya dia dengan Gular skip wedding tu. Priyamvada dengan Jeetu redho je kena kecam tapi sedih dengan perangai anak-anak diorang yang taknak terima baby tu sampai mengelak untuk jumpa dan bercakap.


Awek Nakul, Renee (Sanya Malhotra) yang banyak buka minda Nakul supaya terima kenyataan yang parents pun have sex and having baby at 40s-50s age bukan perkara yang memalukan pun. But then antara Nakul dengan Renee pun timbul masalah lain jugak.

Disebabkan jalan cerita movie ni pun dah kelakar so comedy dialog, scene, expressions mostly genuine and fresh. Memang tak ada pun scene comedy yang vulgar ataupun lawak recycle. Totally have a great moment watching this movie tambah pula movie ni sesuai untuk tontonan umum so you can watch with family. Fun fact, penulis skrip movie Badhaai Ho, Akshat Ghildial dah tercalon dalam kategori Best Dialogues dekat award events.


Bila tengok movie ni rasa awwww sangat bila tengok scene romantic Jeetu dengan Priyamvada sebab dah berusia pun boleh maintain sayang dengan partner. That moment bila Jeetu pandang Priyamvada dari jauh without me feel cringe at all watching those scenes. Beruntung kot dapat partner yang sayang sampai tua. Even anak-anak dah besar pun still layan partner macam masa awal kahwin dulu.

Narration, jalan cerita, dialog, comedy genre especially nenek diorang, family and society drama memang pakej lengkap untuk letakkan movie ni as one of the best choice. Recommended!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.5/10

13 comments

  1. Jalan cerita yang lain dari pada biasa.. Mengandung diusia 40 bukanlah perkara tak elok cuma masyarakat je tak boleh nak terima.. bagus juga keluar filem macam nie..

    ReplyDelete
  2. kreatif betul diorang ni buat cerita kan.. menarik

    ReplyDelete
  3. Terasa teringin nak tengok movie nie..rata2 ulasan semua best

    ReplyDelete
  4. Uish macam kena tengok je ni! Menarik la hahah walau tak minat hindustan tapi review ni tertawan pula

    ReplyDelete
  5. to be honest qeela bukanlah peminat cerita tamil / hindi / hindustan etc, tp mmg ramai jugak kan yg suka so bagusla mereka boleh refer kat sini kan unt cerita2 yg best hehe. anyway, jalan cerita mcm nice jugak sbb sentuh bab mengandung di usia 40an tu kan, dh mcm masyarakat kita jugak pulak tgk suasana nya bab takot gossip meliar makcik2 bawang di apartment tu yea hehe. nice sharing

    ReplyDelete
  6. memang minat cerita hindustan atau tamil yang berkisarkan tentang kehidupan berkeluarga, asal takde adegan seksi tu dah paling terbaik, segan nak tengok dengan anak2

    ReplyDelete
  7. Cerita Hindustan dulu memang kita mingat sangat hehehe sebab mungkin pelakon dan juga jalan cerita yang sampai kejiwa serta lagu yang sedap cuna filem baru banyak pelakon baru yang tak kenal hurrmmm lambat nak hadam hehehehe...

    ReplyDelete
  8. I like hindustan haha biasa layan kat tara je , asyik kisah cinta je kdg boring jgk , crita mcm ni best jgk

    ReplyDelete
  9. Wahhh menarik ni. Cita agak lain sikit. Mesti lawak kan. Yela stress org perli. Padahal biasa ja bagi masyarakat kita mengandung lewat. Nanti nak layan

    ReplyDelete
  10. Allahu. Lamanya tak tengok citer Hollywood. Dulu selalu tengok, gigih. Nampak cambest je citer ni. Nampak gaya kena cari dan tengok ni.

    ReplyDelete
  11. memang peminat filem hindi ye? Sy suka gak tgk tp cam lama je tak tgk filem2 hindi sbb byk neralih ke Korea haha

    ReplyDelete
  12. Suka gak citer hindustan ni... Paling suka layan anak nina no. 2.
    Asal bollywood memang dia layan. Nak share kat dia laaa

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.