Drama Review : The Bridge (2018)

Monday 14 January 2019

The Bridge - Feature Image

Pengarah : TJ Lee
Penulis Skrip : TJ Lee
Pelakon : Bront Palarae, Rebecca Lim, Gavin Yap, Cheryl Samad, Tony Eusoff, Erwin Dawson, Charles Roberts, Keagan Kang, Chacko Vadaketh, Dia Farhana
Genre : Thriller/Mystery/Crime
Jumlah Episod : 10 Episod
Tarikh Tayangan :26 November 2018, Isnin & Selasa - 10 malam
Syarikat Produksi : OTT & Media Prima Television Network (MPTN)
Penyiaran : Viu & NTV7
Trailer :

First time tahu pasal drama ni bila ternampak video dekat MLStudios bagi review based on the first episode. Sebelum ni ada juga ternampak tapi tak banyak info sangat pasal drama ni. Tak pasti promo events drama ni setakat mana sebab tak ramai pun yang layan padahal jalan cerita dia agak unik. Drama The Bridge ni diadaptasi oleh drama Scandinavian yang dah pun dibikin semula oleh Rusia, UK & US dan semuanya menggunakan tajuk yang sama.

Pegawai Megat (Bront Palarae), wakil ICD (International Crime Division) Malaysia diarahkan untuk siasat satu kes kematian di Jambatan Tuas bila ada seorang mayat perempuan terlantar di tengah jalanraya selepas blackout. Bila Megat sampai, pegawai ICD Singapura, Serena Teo (Rebecca Lim) dah start buat kerja. Senang untuk Megat sebab dia boleh balik rumah awal layan anak bini. Walaupun bahagian bawah badan di sempadan Malaysia, bahagian atas di Singapura, baik bagi je semua dekat Singapura.


Tapi belum sempat nak start enjin, mayat perempuan tu rupanya terbelah dua. Lagi tambah kerja dua pegawai ni bila bahagian bawah dengan bahagian atas sebenarnya dua badan yang berbeza. Bahagian atas kepunyaan Monica Lee, peguam kepada si kaya Clarence Richmond (Keagan Kang) yang terlibat dalam jual beli tanah secara illegal dan Red Harvest. Bahagian bawah pula mayat bibik Indonesia yang datang tanpa permit sah tapi hilang selama 6 bulan. Kedua-duanya dibunuh oleh Truth Terrorist.

So dari situ bermula lah perjalanan kerjasama dua negara untuk mencari siapa sebenarnya Truth Terrorist dan dalam masa yang sama pembunuh ni bantu traffic website AsiaNow milik Daniel (Gavin Yap) naik berganda bila dia siarkan segala info, live streaming pembunuhan dekat website AsiaNow.


Jalan cerita jenayah ni agak tak senang duduk lah bila akhir episod dia timbulkan rasa tak sabar nak tengok next episode. Sudahnya 10 episod habis dalam masa satu hari je. Tapi geram jugak lah dengan team ICD ni bila slow buat kerja sebab tak dapat nak crack code Truth Terrorist bagi especially scene Kebenaran yang ke3 bila tajuk Kebenaran tu ‘Dirty Money Washed Clean’ tapi tak gigih langsung diorang korek pasal financial company Anil Raj (Chacko Vadaketh). I mean, the title already pretty obvious kot. Oh come onnnn!

Ada jugak scene seiras drama Black Mirror bila netizen kena undi siapa yang patut kena bunuh. Sama macam episod lebah pembunuh yang akan attack orang yang masuk dalam carta kebencian. (I just made up the name lol). Truth Terrorist tu bukan nak tunjuk kekejaman dunia tapi kekejaman yang ada dalam diri netizen. Raksasa tanpa sedar. 


I personally loved the message dalam drama ni bila ketidakadilan dalam kehidupan dua jurang diketengahkan tapi mesej tu slowly hilang berubah menjadi personal revenge especially masuk part Operasi Gold Dust dengan Red Harvest. Masa tu momentum dah mula flat and dah start jadi draggy especially scene Erin (Cheryl Samad) dengan Adam (Tony Eusoff) berjumpa. 

Visual drama ni cantik, rasa macam layan drama karya negara luar fuhh so glad Singapore join sekali. Bak kata Serena, Malaysia can keep all delicious foods because Singapore got great efficiency on things. Damn girlllll! But hey, Malaysia ada jugak tempat cantik kot dalam drama ni especially Pulau Kukup. Pandai cari ruang nak promote pulau kontroversi sensasi ni. Lepas tengok drama ni baru teringat Johor kaya dengan kelapa sawit or else I akan ingat The Royals dengan Legoland je. Dan Ahmad Maslan yang busy dengan pokok kelapa (dibaca nenas).


Tak perlu pun nak sembang pasal lakonan Bront atau Rebecca sebab memasing dah memang terkenal dengan talent. Dari awal drama sampai habis memang syok tengok character Serena berubah dari someone yang ikut logic akal, facts and figure punya orang kepada emosional hanya disebabkan friendship dia dengan Megat. Stunt dalam drama ni memang dilakonkan sendiri oleh Bront & Rebecca especially scene dekat gudang kelapa sawit masa lawan dengan TT dengan fighting scene masa Serena jumpa Weng memang cantik. 

I tak kata drama ni terbaik sebab jalan cerita dia still ada draggy, mehh and apakah moment tapi director memang pandai simpan siapa pembunuh sebenar sampai ke hujung. Nak kata plot twist tu tak sangat tapi memang susah nak teka lah senang cerita. Drama ni agak raw and gore tapi tak teruk sangat lah, still tahap minima untuk ditonton. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 8.5/10

7 comments

  1. Bila baca review akak macam best je drama ni. Saya memang minat cerita yang bertemakan penyiasatan.

    ReplyDelete
  2. Baca review Farhana nie buat akak rasa nak terus cari dan tonton.. Lagipun episod dia sikit je..

    ReplyDelete
  3. terbaek. ejulz belum tgk lagi :)

    ReplyDelete
  4. Saya nak sgt tgk cerita bridge ni tapi sampai skrang masih lagi tak sempat nak tgk tv.huhu

    ReplyDelete
  5. setuju..polis dalam drama ni buat kerja slow sangat. stress juga tengok bila dah masuk 5 ke 6 episode tapi still xde klu pasal pembunuh. tapi still drama yg menarik dan enjoy dengan lakonan bront dan serena.

    ReplyDelete
  6. barisan pelakon hebat2.. tapi genre macam ni tak minat.. lama x tengok Bront belakon. hihi..

    ReplyDelete
  7. Lama dah nak tengok cerita ni belum kesempatan lagi, moga cuti CNY ni kalau kerja banyak clear boleh hadam sekali harung hehehe...

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.