Terima Kasih Malaysia Kerana Menjadikan Astro Radio No.1

Thursday 21 December 2023

Astro Radio berterima kasih kepada semua pendengar di Malaysia atas sokongan mereka di tahun 2023 terhadap jenama-jenama radio di bawah naungan Astro Radio, merentasi bahasa dengan menjalankan kempen terbaharunya “Ini Radio Anda” (This Is Your Radio).

“Kempen ini menandakan pencapaian kami selama setahun yang mampu dicapai dengan sokongan pendengar kami. Kami adalah nombor satu kerana pendengar kami, kami tidak akan berada di sini tanpa mereka,” kata Ketua Kandungan Radio Astro, Priya Dharshini.

Menurut Kajian Radio Audience Measurement (RAM) Wave 2, 2023 baru-baru ini, Astro Radio kekal sebagai jenama radio tempatan No. 1 dengan kira-kira 16.0 juta pendengar mingguan, menerusi program yang menarik dan menghiburkan sebagai sebab utama kesetiaan pendengar.

Memperkukuh kepimpinan Astro Radio sebagai pengendali radio dengan jumlah pendengar tertinggi di Malaysia, Astro Radio mempunyai 18.7 juta purata aliran radio digital, 32.1 juta pengikut media sosial, 334.6 juta tontonan video, dan 334.8 juta purata tayangan siaran Facebook bulanan.

Astro Radio mengekalkan kedudukan nombor satunya selama 8 tahun (GfK Research dari 2016 sehingga kini) merentasi semua bahasa: ERA, No. 1 jenama Melayu; Hitz FM, no. 1 jenama Inggeris; MY, No. 1 jenama Cina; dan RAAGA, No. 1 jenama Tamil. Jenama Melayu Astro Radio merekodkan 5.44 juta pendengar, jenama Inggeris mencapai 2.53 juta pendengar, manakala jenama Cina memperoleh 2.39 juta pendengar dan jenama radio Tamil mencapai 1.6 juta pendengar.

Astro Radio berharap dapat memberikan pengalaman di sepanjang kempen ini, yang bermula pada bulan Disember. Keempat-empat jenama ERA, Hitz FM, MY, dan RAAGA akan menjalankan aktiviti dan peraduan selama sebulan yang melibatkan peminat di udara, termasuk:

Jenama Radio & Maklumat Kempen

1. Hitz FM

i. HITZ Thank You, Next!

Menangi sebahagian RM10,000 hanya dengan menjadi peminat #1! Jadi pemanggil pertama selepas isyarat ke udara, jawab soalan tentang HITZ dan menangi hadiah wang tunai yang ditawarkan!

ii. HITZ All I Want For Christmas Is...

Menangi hadiah Hitz FM Christmas Tree! Jadilah pemanggil pertama selepas isyarat ke udara, pilih 2 hadiah yang ditawarkan dan salah satu bakal menjadi milik pemenang ! Hadiah termasuk Nintendo Switch, PS5, iPhone, AirPods, baucar JD Sports dan banyak lagi.

2. ERA 

i. ERA-dani

Tebus RM100 dengan ERA! Daftar di laman web ERA dengan memasukkan slogan terbaik anda. Pendengar bertuah akan menerima panggilan daripada ERA dan peminat hanya perlu menyebut; “ERA NO 1”.

ii. ERA: Carta No Syatuuuu!

Mulai 1 Januari 2024, ERA hanya akan memainkan lagu-lagu yang telah berjaya mencapai No. 1 dalam Carta ERA.

3. MY 

i. MY Plays the Number 1 Hits

MY akan memainkan lagu No.1 termasuk lagu dalam bahasa Cina, Korea dan Inggeris untuk peminat dan pendengar.

ii. Christmas Gifts Exchange with MY Announcers

Personaliti MY mempelawa peminat untuk menonton FB Live serta menjemput peminat bertuah untuk bertukar Hadiah Krismas dengan mereka. Peminat bertuah untuk memenangi iPhone 15 Pro Max.

iii. Join MY Announcer to On-Air

Pendengar muda MY boleh menikmati pengalaman eksklusif dengan menyertai personaliti MY ke udara selama dua jam.

4. RAAGA

i. RAAGA Thank you Campaign!

Jadi pemanggil pertama dan kongsikan bersama personaliti RAAGA "Mengapa anda suka mendengar RAAGA" dan jawab soalan mudah tentang RAAGA. Peminat berpeluang memenangi hadiah wang tunai RM200!

Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi dan ikuti jenama radio di platform media sosial.

****************************************

Data source: GfK Radio Audience Measurement (RAM), Wave 2 2023 | Facebook Post Impressions: Sprout Social (Oct 2023) | Digital Streams (with splinter): Radioactive (Aug - Oct 2023) | Monthly Average Website Unique Visitors/Page Views: Google Analytics (Aug - Oct 2023) | Video Views: Facebook Creator Studio, YouTube, TikTok, Instagram (Oct 2023) | Total Social Media Followers: Facebook, Instagram, Twitter, YouTube, TikTok (Oct 2023)

1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.