Wedding Abang Sheera

Saturday 6 January 2024

Bulan November 2023 dapat jemputan dari Sheera untuk majlis kahwin abang sulung dia. Sheera tak ajak ramai pun sebab bukan wedding dia jadi dia ajak Corporate Department je lah itu pun I dengan Syaz je dapat datang. 


Majlis kahwin Shazmeer & Aisyah ni buat dekat Dewan IPK Seksyen 9, Shah Alam jadi tak payah nak risau bab parking sebab luas sangat dekat situ. I dengan adik gerak pukul 12 tengahari sebab nak menyinggah ke AEON Shah Alam lepas tu. Kononnya lepas makan terus gerak tapi hujan lebat pulak masa makan tu. Boleh je nak redah tapi sempat lah lencun dulu. Dah lah nak masuk mall, ada jugak yang selsema esoknya. So kitorang lepak je sampai hujan berhenti. 




Lepak dekat kenduri kahwin bukannya boleh buat banyak benda sangat selain ambil gambar dan makan. Lepastu dengar pengantin bagi ucapan dan cerita macam mana diorang berjumpa. Abang Sheera jumpa jodoh dalam kawasan kejiranan juga, isteri dia kawan dari sekolah, selalu lah datang rumah main game sama-sama. Bila besar jadi suami isteri. Haa senang jodoh diorang. 









Bergambar dekat satu port pun banyak keping, imagine lepak lagi lama, entah berapa keping terhasil. Masa pergi wedding ni pinjam baju adik yang dah lama tak pakai. Nak pakai baju kurung sendiri, semua macam dah pernah pakai. Baju ni a bit besar actually sebab tambah satu saiz. Sebab tu lah banyak menyorok dalam gambar sebab tak cantik sangat bila berdiri. Gedik nak pakai jugak sebab kerawang dekat bahagian dada dengan tangan tu cantik haha

Thank you Sheera dan keluarga jemput kitorang. Makanan sedap tapi segan nak tambah banyak. Power betul polis masak lauk kenduri siap ada gulai daging batang pisang. Semoga pengantin bahagia dan kekal hingga ke Jannah. 


Acara yang dinantikan setiap tahun haruslah pemberian bonus dari RRM tapi tahun ni Datuk Hisham tak dapat join sebab ada family matter. 

Majlis yang dibuat oleh Council of Partners pun simple je. Buat ucapan aluan sikit, penyerahan cheque bonus kepada semua yang terlibat kemudian ucapan penutup.

1. Syariah Department
Ms Azuin


En. Hazman

Ms Aufa

Ms Tasya

Haziq

2. Conveyancing Department

Ms Dayana

En. Hamza

Atie

3. Administration Department 

HR- Pn. Nurul

Head of Accounting - Pn. Ida

4. Corporate Department 

Ain

Farhana

Ms Dhabitah Adriana

Sebelum majlis bersurai, En. Raden bagi ucapan penutup untuk Majlis Pemberian Bonus 2023

'Bukan saja bonus tapi banyak nikmat yang Allah dah bagi kepada Ram Reza & Muhammad, bukan atas kapasiti individu malah kepada firma juga. Nikmat kesihatan, rezeki dan banyak lagi. Terima kasih kepada anda semua yang telah berkhidmat kepada firma. Pihak Council of Partners berharap dapat warga RRM menambah dan bangkitkan semangat untuk tahun 2024 supaya kita berada di tahap yang lebih baik. Diharap semua dapat bekerja dengan bersungguh-sungguh, secara ikhlas dan padu untuk Ram Reza & Muhammad berkembang lebih baik ke arah Ram Reza & Muhammad yang kita semua impikan selama ini. Semoga tahun 2024 jadi lebih baik dari yang sebelum ini dan semoga kita gandakan usaha kerana kita tak boleh berada di takuk yang sama untuk berjaya.'

Alhamdulillah dan terima kasih kepada Ram Reza & Muhammad untuk pemberian bonus sebagai tanda menghargai usaha bekerja sepanjang tahun 2023. Semoga rezeki firma Ram Reza & Muhammad dan Council of Partners semakin bertambah untuk tahun 2024. Amin!

Astro Memperlihatkan Rancangan-Rancangan Terbaik Di Sepanjang 2023

Thursday 4 January 2024

Astro Memperlihatkan Rancangan-Rancangan Terbaik Di Sepanjang 2023 | Kegemaran penonton termasuk Projek: High Council dan All Star Gegar Vaganza

Astro memperlihatkan senarai rancangan-rancangan paling diminati oleh para penonton Astro pada tahun 2023. Berdasarkan senarai ini, para penonton lebih cenderung menonton drama, rancangan hiburan, realiti dan sukan secara langsung.

Berikut merupakan senarai rancangan popular Astro yang berjaya menambat hati penonton:

Projek: High Council - Daripada pencipta Projek: Anchor SPM, siri ini memaparkan kisah benar yang berlaku di dalam kehidupan pelajar asrama dan mengetengahkan isu semasa di sekolah seperti kegiatan buli, masalah depresi, dan isu kekeluargaan.

All Stars Gegar Vaganza – Pertandingan nyanyian realiti No. 1 Malaysia kembali untuk musim kesepuluh dan kali ini mempertandingkan semua juara musim dari sebelumnya.

Andai Itu Takdirnya – Adaptasi novel terlaris Siti Rosmizah yang mengisahkan Aleya, seorang gadis dari keluarga sederhana dan Syed Adam Aizril, anak kepada seorang tokoh korporat.

Malaysian Football League – Astro adalah penyiar rasmi Malaysian Football League yang terdiri daripada Perlawanan Sumbangsih, Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.

Liga Perdana - Semua 380 perlawanan musim 2023/2024 disiarkan secara langsung di Astro yang mempamerkan kemuncak bola sepak Inggeris.

Pasanga – Drama bersiri Tamil yang mengisahkan kepentingan persahabatan, kekeluargaan dan kasih sayang.

Didi & Friends – Kartun edutainment kegemaran kanak-kanak prasekolah Malaysia berkonsep muzik yang menampilkan tiga ekor ayam comel menyanyikan sajak-sajak setempat.

Travel with Mummy – Duo pengembaraan luar biasa, Jason Yeoh dan Jack Lim bersama-sama ibu mereka bersedia untuk melawat beberapa destinasi pelancongan terbaik.

Travelawak: Projek Bapak-Bapak – Program kembara realiti komedi yang menghimpunkan legenda tempatan termasuk Datuk Ramli MS, Datuk Jalaludin Hassan, Roy Azman dan Jatt Ali.

Astro menjemput para pelanggan untuk menonton rancangan-rancangan ini. 

Semua pelanggan Astro boleh menikmati tontonan PERCUMA untuk saluran baharu kami, HITS NOW (Saluran 702), disertai dengan akses terhad kepada lima saluran tambahan: HBO Hits, HBO Family, Showcase, K-Plus dan Moonbug secara percuma. Sehingga 31 Januari 2023*, nikmati perayaan dan raikan tahun yang akan datang dengan menyelami kandungan premium sesuai untuk setiap ahli keluarga. Tawaran eksklusif ini merupakan tanda penghargaan kami terhadap para pelanggan untuk menyambut tahun baharu bersama-sama.

Rancangan-rancangan paling diminati oleh para penonton Astro boleh ditonton melalui On Demand dan untuk para pelanggan baru Astro, marilah bersama-sama meraikan detik-detik terindah bersama keluarga dengan rangkaian Pek TV Astro, dengan potongan 30%** bermula daripada hanya RM41.99/sebulan. Kongsi pengalaman indah ini bersama Astro dengan melayari www.astro.com.my.

*HITS NOW akan tersedia untuk tontonan percuma kepada semua pelanggan dari 10 Januari 2024 hingga 31 Mac 2024

**Diskaun 30% untuk langganan dengan pendaftaran auto-debit sahaja. Tertakluk pada Terma & Syarat.

ASTRO ORIGINALS ANGKAT DRAMA PREMIUM KE TAHAP LEBIH TINGGI MENERUSI 5 KARYA HEBAT TAHUN INI! | “Judul yang dibariskan termasuk I.D, Framed, X-Change, Projek : Exit, First Wives”



Astro Originals yang menumpukan drama berkualiti premium dan jalan cerita segar, telah membariskan drama-drama ternama, sekali gus berjaya mencipta fenomena tersendiri seperti ‘Projek : High Council’, ‘LIAR’, ‘Riot!’, ‘Gamers Mangkuk’ dan banyak lagi. Bagi meneruskan objektifnya dalam memacu transformasi konten tempatan ke tahap yang lebih tinggi dan menawarkan pengalaman berbeza kepada penonton, Astro Originals mempersembahkan deretan drama hebat untuk tahun 2024. 

Antara yang menjadi taruhan adalah ‘I.D’, ‘Framed’, ‘X-Change’, First Wives dan ‘Projek : Exit’. Setiap naskhah terbitan Astro Shaw ini bakal membawakan genre berbeza serta melibatkan produksi dan pengarah berpengalaman. 

Menurut Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Drama-drama premium Astro Originals terdahulu berjaya meraih kejayaan tersendiri. Antaranya, Projek : High Council telah muncul sebagai siri yang paling banyak ditonton di Astro Go dan On Demand, mengatasi naskhah-naskhah popular Hollywood yang tersedia di platform kami. Siri itu juga mencatat lebih 1 bilion tontonan di TikTok, meraih lebih 23 juta capaian media sosial, serta tersenarai dalam top 10 paling banyak dicari di Google sepanjang 2023.  

Lebih membanggakan, setiap tahun menerusi konten yang dihasilkan, turut mengangkat bakat-bakat tempatan ke persada lebih tinggi dengan meraih pengiktirafan; dan terbaru seperti Anugerah Perak untuk Pelakon Pembantu Terbaik bagi kategori Program Televisyen / Siri di Content Asia Awards menerusi watak Ayam (Naim Daniel) di dalam Projek : High Council, dan drama LIAR merangkul Anugerah Perak untuk Adptasi Format TV (Skrip) Terbaik, juga di Content Asia Awards.

“Lanjutan daripada momentum kukuh tahun 2023, Astro Shaw terus memperhebatkan kandungan dengan menumpukan kepada konten bertaraf premium merangkumi genre berbeza, jalan cerita segar dan lebih berani yang tidak pernah diketengahkan di Malaysia, serta kualiti produksi mengagumkan yang akan mewarnai gelanggang seni tanah air. Selain itu, pihak kami juga telah mewujudkan kerjasama strategik dengan produksi seperti Alpha 47, Independent Pictures, Radius One dan pengarah-pengarah terbaik negara bagi memastikan sentuhan variasi dalam setiap konten yang dipersembahkan. Kami berharap setiap drama premium ini mampu memberi keterujaan kepada penonton dan turut mampu memberi impak positif pada industri seni tempatan.”

Bermula dengan I.D yang akan menemui penonton Februari hadapan, sentuhan pengarah ‘Projek: Anchor SPM’ dan filem PUSAKA, Razaisyam Rasyid dan lakonan Naim Daniel, Amelia Henderson, Aedy Ashraf, Ellyzza Azizi, Datuk Rosyam Nor dan Betty Banafe. Menampilkan genre young adult dan cybercrime, I.D mengisahkan Aidi yang pakar dalam bidang menghasilkan aplikasi, tetapi sering dibuli. Aidi meminati seorang bintang pempengaruh terkenal, Anggun dan dia menggunakan kelebihannya dalam dunia digital dengan mengubah identiti dan penampilan di media sosial untuk mendekati Anggun. Perbuatan Aidi turut menjeratnya kepada jenayah scammer.  

Framed mengangkat genre fantasy investigative thriller, yang dijayakan gandingan serasi pelakon popular Meerqeen dan Mimi Lana. Turut membintangi Sangeeta Krishnasamy, Riz Amin, Zamarul Hisham, Khir Rahman, Rusdi Ramli, Vanidah Imran​ dan Ram Raaga. Diarahkan oleh pengarah filem aksi, Sein Qudsi, Framed mengenai Lia yang mencari jawapan kepada kehilangan ibunya menerusi sebuah kamera polaroid yang memberi petunjuk gambaran tragedi masa hadapan. Namun, pencarian tersebut telah membawa Lia dan Edi terlibat dalam sebuah konspirasi besar.

X-Change sebuah drama premium genre crime, action, coming of age dan romance, hasil showrunner Lemuel Ong dan diarahkan oleh Nurhanisham Muhammad. Siri ini dibintangi oleh Arfie Shah, Joey Leong, Datuk Rosyam Nor, Hariz Hamdan, Marissa Yasmin, Sadiq M. Jamil, Steve Yap​, Ardini @ Angeline Tan, Alvin Wong, dan Shweta Sekhon. Drama penuh aksi dan mendebarkan ini mengisahkan Khalif, seorang remaja yang ingin melanjutkan pelajarannya ke luar negara bersama teman wanitanya. Tetapi latar belakang keluarga Khalif, yang terlibat dalam jenayah bagi meneruskan hidup, memaksa Khalif untuk membuat pilihan antara impiannya dan tanggungjawabnya kepada keluarga. Keadaan memaksa Khalif semakin terjebak dengan jenayah, sehingga satu rahsia terbesar keluarganya terbongkar. 

Sementara itu, First Wives arahan Imri Nasution, lakonan Mimi Lana, Malek Mccrone dan Andy Teh mengangkat tema women empowerment dengan kisah dua kawan baik sejak kecil. Diyana dan Michelle yang mengetahui pengkhianatan suami mereka telah bekerjasama untuk mengenakan suami masing-masing. Rancangan pertama mereka adalah merompak kedai suami mereka sendiri. 

Bagi peminat Projek : High Council dan Projek : Anchor SPM, terbaru Projek : Exit, sebuah lagi hasil karya oleh showrunner dan pengarah Zulaikha Zakaria masih mempartaruhkan genre teen drama, coming of age. Kisahnya bermula apabila seorang pelajar 16 tahun yang gagal dalam cubaan membunuh diri dihantar ke sebuah asrama pemulihan akhlak. Di situ dia berkawan dengan seorang pelajar lelaki dan merancang untuk melarikan diri dari sekolah asrama tersebut. Lakonan oleh Shasha Abedul, Amierul Aiman dan Naim Daniel.   

Nantikan drama-drama premium Astro Originals seperti I.D, Framed, X-Change, First Wives dan Project : Exit di Astro Premiere (Saluran 410) atau strim di platform On Demand dan Astro GO.  Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun Instagram, TikTok, Facebook, X , Astro Shaw dan Astro Gempak. 

Minggu ke-3 The Masked Singer Malaysia 4 menyaksikan maskot Putera Katak tersingkir. Dengan persembahan lagu Everything I Do (I Do it For You) oleh Bryan Adams, Putera Katak gagal memikat hati barisan juri dan para penonton sehingga dipilih sebagai maskot di kedudukan terbawah dengan jumlah markah terendah iaitu 56.98%.

Penyingkirannya merungkai identiti disebalik topeng iaitu Rashidi Ishak yang diteka tepat oleh Sherry Alhadad & Michael Ang.  Minggu ini yang membawa tema Movie Night  turut melihat Bunga Matahari sebagai peserta di kedudukan pertama dengan 73.39%, diikuti oleh Sang Kancil dan Bawang Putih. Saksikan episod baharu The Masked Singer Malaysia Musim ke-4 pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam secara langsung di Astro Warna (Saluran 107), dan juga boleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand dan aplikasi Astro GO.

SENARAI LAGU & INFO PENYINGKIRAN



• ‘The Masked Singer Malaysia’ musim keempat bermula dengan kehadiran 15 orang barisan selebriti terkemuka negara secara LANGSUNG di CIDB Convention Centre Kuala Lumpur buat pertama kalinya, pada setiap hari Ahad, mulai 17 Disember 2023, jam 9.00 malam di Astro Warna (Saluran 107 HD), dan juga boleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand dan aplikasi Astro GO.

• Musim keempat ini bakal menyaksikan penglibatan seramai sembilan orang personaliti daripada pelbagai cabang industri hiburan untuk menduduki kerusi Juri Tetap termasuk Datuk Aznil Hj Nawawi, Erra Fazira, Elly Mazlein, Nabila Huda, Rozita Che Wan, Sherry Alhadad, Zizan Razak, Michael Ang dan Angah (SINAR). Manakala pengacara tersohor, Datuk AC Mizal menggalas tugas sebagai hos sekali lagi.

• Penjurian di musim keempat mengambil kira undian daripada Juri Tetap sebanyak 80% dan undian daripada penonton sebanyak 20% untuk setiap minggu.

• Kapsul The Masked Singer Malaysia Musim ke-4 juga ditayangkan pada setiap hari Sabtu & Ahad, 12.00 tengah hari di saluran Astro Warna.

• Undi Masked-terful Of The Week di www.gempak.com/themaskedsingermalaysia

• Untuk maklumat lanjut, layari www.gempak.com.

Blog Performance Disember 2023


Awal tahun ni sibuk sikit dengan kerja dekat office sebab ada few changes yang dibuat, sibuk mengemas rumah dan office sebab nak ambil vibe baru. Tahun ni nak tetapkan apa yang perlu fokus dengan kerja dan blog. Tahun lepas dah try this and that, selesaikan mana yang pending dan perlu diberi perhatian. 

Now it's time to update the last report card for year 2023. 

1. PV


Sejak Google tukar algorithm hujung tahun lepas, agak susah lah untuk dapat pageview macam sebelum ni. Awal bulan tu rendah sangat pageview, bila dah masuk ke tengah dan hujung baru ada kenaikan itupun tak tinggi sangat. Nak bandingkan dengan bulan November, bulan Disember makin jatuh prestasi. 

Well I have no complaints lah sebab sendiri tak jaga jugak. Memandangkan tahun 2023 dah berjaya capai 5 juta pageview, tahun 2024 nak aim 6 juta pulak lah. 

2. Posts


Dah 2 bulan berturut, movie review yang penuh dekat Popular Post tapi untuk bulan Disember ada perubahan bila entry lama pun masuk juga dalam senarai. Dekat awal bulan nampak juga entry exchange gift masuk Popular Post. Maybe sebab ramai yang refer entry tu untuk cari idea nak bagi hadiah apa kot. 

3. Keywords

Bila tengok keywords ramai juga yang mencari entry Dakchigo, MyTown KL tu sebab baru nampak Blimey update video makan dekat situ so no wonder lah entry ni naik. Movie Review Ketika Berhenti Di Sini dengan Drama Review Gadis Kretek pun tengah tinggi carian sebab tengah trending lagi dekat Netflix. 

4. Bilangan Entri


Bulan terakhir ni surprisingly mampu cecah target, maybe sebab cuti banyak sampai 3 kali cuti 3 hari. Nak keluar pulak takut tengok orang bersesak ramai sangat jadi update blog lah dari siang sampai malam. 

Untuk tahun 2024 ni tak pasti nak kekalkan ataupun tak monthly goal sampai 60 entri ataupun nak kurangkan. Tapi untuk masa terdekat ni maintain je lah dulu sebab banyak pending entry tak update lagi. Nak update bila tu tak tahu haha

Anyway, Happy New Year everyone. May year 2024 bring peace and happiness for us.