Restoran Wartek Ara Damansara

Thursday 4 April 2024

Dah lama dah nak try makan dekat sini sejak Wartek buka dekat area Ara Damansara tapi tak sempat lepastu viral pulak dekat Tik Tok makin malas nak pergi sebab kena beratur panjang. Rezeki lah lepas pergi Wet World Shah Alam, nak makan tengahari dekat sini. Tengahari tak tengahari sangat lah sebab dah pukul 3 dah pun. 

Seronok lah pergi waktu ni sebab tak ramai orang. Weekdays kan, semua orang tengah sibuk bekerja dekat office, kita seronok jalan sana sini sebab ambik cuti hihi.  




Restoran Wartek ni tak besar sangat sebab dia dekat lot tengah jadi tak hairan lah kalau cepat sangat penuh dengan orang terutamanya waktu puncak. 

Menu yang ada di Restoran Wartek Ara Damansara ni dimasak mengikut resipi original Madura, Indonesia tapi harga Malaysia. Di Indonesia ada Warteg, singkatan kepada Warung Tegal, warung yang offer makanan dengan harga murah. 

Berbeza lah sikit makan dekat sini sebab harga dia a bit pricey sebab Wartek ni singkatan kepada Warung Teh Kopi. Lebih kurang ala Kopitiam kita yang harga mahal sikit sebab menyewa dekat premis dalam mall ataupun kedai pejabat. 


Kalau datang sini kena try Nasi Bebek Madura. Dalam sepinggan Nasi Bebek Madura tu ada nasi putih, bebek goreng rangup, timun, sambal pedas dan sambal garing. I rasa kalau makan dekat Indonesia atau warung biasa, harga sepinggan tak mencecah RM19.80 walaupun bebek mahal sikit dari ayam. Nasi untuk menu Nasi Bebek Madura ni lain dari nasi putih biasa sebab dia tanak dengan santan jadi bau dia wangi sikit. 

Mak I order Pucuk Manis Masak Lemak jugak, menu ni pun sedap bila makan dengan nasi panas. Masak lemak dia pekat, tambah pulak dengan aroma ikan bilis, makin berselera makan. 


Adik I order Satay Padang tapi dah tak ingat harga berapa. Lagi mahal dari menu kitorang. RM20 tak silap. Dalam menu ni ada satay daging 10 cucuk, nasi impit 3 ketul dipotong dadu dengan limpahan kuah kacang berlemak, taburan cili dan kicap. Ada juga sambal dan limau diletakkan asing di tepi. Sebelum ni I pernah makan Satay Minang, sedap juga tapi Satay Padang Wartek ni lagi sedap. 

Kuah kacang dia tu main peranan penting sebab well blend dengan rasa satay daging yang lembut tu. 10 cucuk tak cukup sebenarnya tapi nak tambah pun perut dah penuh haha. 

Untuk minuman, kitorang order Kopi Ais dan Kopi Panas. Tepat lah pilihan tu sebab kopi dia bancuh tu pekat. Lepas makan makanan yang berlemak, kena la basuh tekak dengan air yang pekat macam kopi ni. 

Masa awal buka dulu Wartek tak ada online system lagi, masa kitorang pergi dah ada tapi masih ada bugs lah sebab kitorang order lain tapi yang sampai benda lain sebab sistem ada masalah. But overall we had fun eating here. Kitorang pergi waktu tak sesak jadi tak perlu tunggu lama pun untuk makanan sampai, even masa masalah menu salah tu pun cepat je staff dia selesaikan. Kalau waktu puncak, mereput la tunggu kan? 

High chance untuk repeat lagi makan dekat Wartek Ara Damansara ni sebab dekat sangat dengan office. I nak try Nasi Uduk Bebek dengan Soto Betawi pulak sebab ramai cakap sedap. Siapa yang belum pernah try memang patut cuba makan dekat sini. 

1 comment

  1. Omg, saya terliuuur pula 😄😄😄🤤🤤🤤. Nasi bebek madura memang best !! Kalo di sini pun banyak yg jual. Kalo ke jakarta atau Surabaya, kakak memang harus coba puas2 kuliner bebek. Di sini Orang2 LBH suka bebek drpd ayam 😄

    Tadi saya pikir kenapa ya namanya wartek. Ternyata memang warung teh dan kopi 😅.kalo warteg biasanya murah dan merakyat harganya.

    Tapi sate Padang wartek ini agak beda dengan asli. Apa karena yg buat bukan orang Padang 😅?

    Krn yg asli tidak pakai kecap, dan tidak pakai kacang. Kalo pakai kecap dan kacang, saya agak ragu kalo itu SATE Padang. Dari foto lebih mirip sate kacang biasa.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.