Ramadhan 2024 | Balik Kampung

Sunday 21 April 2024

Dari tahun lepas lagi kitorang dah plan nak balik beraya dekat kampung sebab dah 6 tahun tak balik beraya dekat sana. Sebelum ni sebab covid lepastu tak ada transport pulak. Nak sewa kereta pun kena booking awal. Rezeki lah tahun ni dapat balik kampung sebab adik-adik dah ada kereta masing-masing. 

Sebelum puasa haritu highway baru menghala ke belah utara dah siap, highway WCE dah siap sepenuhnya. Tengok dekat Waze pun ambil masa 3 jam lebih dari Sabak Bernam menghala ke Baling, Kedah jadi pilih highway ni lah sebab tak nak stuck dekat Menora. Kitorang balik hari Ahad sebab dah tahu dah Isnin mesti sesak punya bila Kerajaan umum tol percuma untuk 8 hingga 9 April. 


Nak jadi cerita, masa kitorang nak topup Touch N Go dekat Sabak Bernam tu system fail so terpaksa lah topup dekat perhentian pertama. Nak topup RM30 tapi I bagi RM50 sekeping. Mesin pulangkan balik RM20 dalam syiling. Dah la banyak syiling dua puluh sen dia bagi. Sabo je lah. 


Kalau guna highway PLUS ada banyak gunung dengan air terjun, dekat highway WCE pulak banyak sungai dengan laut sepanjang Sabak Bernam sampai ke Teluk Intan. Lepas dari kawasan tu dah banyak ladang kelapa sawit dengan gunung batu. Bosan jugak lah guna highway WCE ni tapi masa balik tu bulan puasa jadi tak terasa lah nak pergi tandas atau beli makanan ke apa. 

Me: Ni banjaran apa eh?
Chaq: Entah. Banjaran Titiwangsa kot
Me: Ye ke? Banjaran Titiwangsa bukan dekat Pahang ke?
Chaq: Aikkk habis tu? Banjaran Tahan?
Me: Hmmmm entahhhh
Farah: Eh banyaknya gunung dekat sini
Me: Ha'ah tadi lagi banyak, masa Farah tidur tu. Ada air terjun dekat gunung tu. 
Chaq: Ada gajah jugak tadi. 
Me: Ha'ah nampak tu cermin kereta basah sebab gajah tu sembur air dekat kereta.
Farah: Alaaaaaa kenapa tak kejut Farah?!
Me: Malas lah, Farah tidoq lena sangat tadi. 
Farah: Alaaaaa

Menangis lah bila exit highway kena masuk Selama. Dekat situ jalan berliku teruk, sampai adik pun pening kepala masa drive. Jauh la jugak dalam 80km nak kena hadap jalan macam tu. Jarak dia macam pendek je tapi bila berliku sangat terpaksa lah drive slow je. Dekat sini pun ladang kelapa sawit jugak lepastu jalan pun sempit. Tengok jalan macam tu dah set taknak lalu highway WCE dah lepas ni. Sanggup lagi lalu Menora dengan cerun dekat sempadan Gerik-Baling tu. 


Terasa lama betul bila lalu jalan kampung tapi bila dah jumpa signboard tunjuk arah Baling dah seronok dah sebab nak sampai destinasi dituju. Masuk Kuala Pegang tu dah melebar senyum. Lalu kampung Lanai andddd sampai!

Gerak jam 8 pagi, sampai dalam 12.30 tengahari, lebih kurang 4 jam lebih lah perjalanan itupun sebab ada berhenti pergi topup dengan toilet. 


Masa sampai ni tengah nampak Tokwan tengah raut tebu untuk jual petangnya. Lepas 6 tahun tak balik, Tokwan nampak susut banyak sangat. Tok pun berjalan pakai tongkat dah. Lama jugak peluk sebab dah lama tak balik. Syukur rezeki dapat balik beraya dekat kampung tahun ni. 

Settle unload barang dari kereta, kitorang pergi melawat kawasan sebab dekat rumah Tokwan dengan Tok ni ada banyak pokok buah. Pokok manggis dah berbuah tapi tak besar lagi. 



Depan pokok manggis ada pokok petai tinggi melayup dekat atas atap rumah. Dulu Tokwan selalu lah panjat naik ambil petai tapi sebab sekarang dah tak larat memang biar je. Masa balik ni ada dua papan petai dah nak masak. Sayang tapi tak berani nak panjat naik. Pokok rambutan dengan rambai pun dah mula berbuah tapi belum besar lagi. Putik buah durian pun dah keluar. 


Pergi kawasan belakang rumah nampak pokok macang dah penuh dengan buah. Pokok pelam dengan kelapa pun sama. Dekat dengan kebun tebu ni ada pokok putat merimbun dekat pagar. Seronok lah tengok sebab berbuka puasa nanti boleh makan ulam cicah sambal belacan. Sedappppp!



Testing ootd raya dekat kebun tebu....



Sekejap je kitorang melawat kawasan petik mana yang patut lepastu masuk rumah tidur. Belah petang tu adik tolong Tokwan ikat tebu untuk mesin dekat gerai tepi jalan. Alang-alang dah tak ada apa nak buat, baik ambil pengalaman dan kenangan tolong Tokwan meniaga air tebu. 


Selalunya kalau kitorang balik memang Tokwan akan mesin tebu untuk anak cucu dia jugak. Air tebu Tokwan memang pekat lah, tak macam orang lain meniaga. Nak minum air tebu piau memang minum Tokwan punya ja sebab tak campur air pun. Satu plastik besar pun dia jual RM3 je. Kalau dekat Subang dah RM8 itupun ceroi. Kalau nasib malang dapat yang masam hshshs

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.