Drama Review | Baby Reindeer (2024)

Friday 26 April 2024


Director:  Weronika Tofilska, Josephine Bornebusch
Writer: Richard Gadd
Cast: Richard Gadd, Jessica Gunning, Nava Mau
Production Company: Clerkenwell Films
Distributor: Netflix
Genre: Dark Comedy / Psychology / Drama / Thriller 
Episodes: 7 episodes (40 minutes per episodes)
Release Date : 11 April 2024
Trailer : 


Diangkat dari pengalaman sebenar yang dialami oleh penulis Richard Gadd, drama tayangan khas terbaru Netflix berkisar tentang penderaan seksual dan stalker yang dialami oleh stand-up comedian, Donny Dunn (Richard Gadd). 

Kisah bermula dengan kehadiran seorang wanita dalam lingkungan umur 40-an, berbadan gempal dengan riak wajah yang muram ke bar tempat Donny bekerja. Donny cuba pujuk pelanggan barunya dengan secawan teh panas. Dari perbuatan tersebut, Martha (Jessica Gunning) memperkenalkan diri dan mula berbual dengan Donny. 

Sejak dari perkenalan tersebut, Martha mula datang ke bar setiap hari dan memesan segelas Coke. Martha merupakan seorang peguam yang kaya-raya dan memiliki banyak aset. Dia kenal dengan beberapa selebriti dan tokoh terkenal. Setiap hari Martha akan bercerita tentang rutin harian di firma guaman dia tapi sekiranya habis topik, dia akan memuji Donny. Martha gelarkan Donny sebagai Baby Reindeer. Sejak Donny kenal Martha juga dia mendapat ratusan e-mail yang banyak dari wanita tersebut setiap hari. 

Donny berasa takut dan rimas dengan gangguan dari Martha tapi dia tak sampai hati untuk berkasar kerana rasa kasihan dengan wanita tersebut. Apatah lagi bila dia tahu Martha merupakan pesakit mental. Kekasih dia, Teri (Nava Mau) bertegas supaya Donny buat laporan polis tapi polis pun tak ambil pusing sebab lelaki diganggu oleh wanita. Sesuatu yang jarang berlaku, tambah pula Donny cuma diganggu melalui e-mail. 

Naskhah Baby Reindeer diadun dalam template black comedy lantas menjadikan isu sensitif dan pilihan-pilihan yang diambil oleh Donny tak dilihat keterlaluan. Memang susah nak terima jalan hidup Donny yang beria-ia mengejar karier sebagai stand-up comedian padahal tak berbakat atau kelakar pun. Lawak yang digunakan pun agak kasar, budaya yang biasa bagi masyarakat di sana tapi bukan untuk Asian. Makan penampar kalau kita buat lawak pasal kematian parents padahal orang tua elok je hidup lagi. 

Gangguan seksual yang dialami Donny Dunn agak melampau lah bila Martha sampai mencabul dan susah juga untuk dia bagitahu pihak polis tentang hal tersebut. Malu satu hal, membuka luka lama satu hal lagi. Nampak mudah lah bagi Teri untuk cari jalan penyelesaian tapi untuk Donny, benda tu satu hal yang besar. Nak pula bila Martha dah ada 3 kes jenayah sebelum berjumpa dengan Donny. 

Sinematografi Baby Reindeer tepat menggambarkan kehidupan watak-watak utama seperti Donny, Martha, Teri dan Darrien O'Connor (Tom Goodman-Hill). Mengukuhkan lagi suasana ngeri yang dialami oleh Donny apabila diganggu oleh Martha melalui e-mail yang dihantar. I yang tengok pun jadi takut sekali bila Donny keluar rumah sebab takut Martha muncul secara tiba-tiba. 

Lakonan Jessica Gunning sebagai Martha tinggalkan impak yang kuat pada penceritaan Baby Reindeer. Suara dia gelak betul-betul menghantui, terngiang-ngiang walaupun dah habis cerita. Kita dengar dalam 7 episod je, bayangkan Donny/Richard yang kena hadap setiap hari. Semua emosi dan ekspresi diluahkan dalam watak Martha sampai kita kenal dan faham macam mana mangsa dia takut untuk cari pasal. Tapi watak Donny pun bukanlah baik sangat, ada tindakan-tindakan dia yang menjengkelkan terutamanya bila dia pergi ke rumah Darrien lepas Martha ditahan oleh polis. 

Drama Baby Reindeer arahan Weronika Tofilska dan Josephine Bornebusch tak sesuai ditonton oleh penonton bawah umur sebab gangguan-gangguan seksual yang dipaparkan dan juga penggunaan bahasa yang kasar. Overall, Baby Reindeer is a good drama especially the ending part. A parallel scene untuk watak Donny dan Martha. Macam mana Martha muram datang bar jumpa Donny, macam tu la juga Donny muram bila dapat tahu punca kenapa Martha obsess dengan dia. 

p/s: You guys can watch Aitraaz and Kho Gaye Hum Kahan (2023) for similar topic and theme which suitable with our Asian culture. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 9.5/10

2 comments

  1. Waaaaw tinggi ratingnya kakak bagi. Saya masukkan ke list lah. Nak nonton juga 👍. Dah liat trailernya, dan memang sepertinya menarik

    ReplyDelete
  2. Stress juga jadi Donny yang diganggu..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.