SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!

Monday 22 April 2024

Para pelanggan Astro dijemput hadir untuk memeriahkan ‘HELLO Nu Sentral’, program eksklusif kesetiaan pelanggan yang dibawakan oleh Astro Rewards and NU Sentral, menampilkan pelbagai aktiviti menarik termasuk pra-tonton drama-drama terbaik, sesi beramah mesra bersama bintang-bintang tanah air serta persembahan daripada penyanyi tempatan, pada 27 April 2024, bermula 2 hingga 6.30 petang di Aras 2, MPH Bookstore, NU Sentral Shopping Mall, Kuala Lumpur.

Para pengunjung berpeluang untuk menikmati pra-tayangan promosi drama-drama terbaharu yang mengujakan terbitan Astro Originals termasuk ‘Framed’, dibintangi Meerqeen dan Mimi Lana, bermula 3 Mei, 9 malam, di Astro Premier (Saluran 410); slot Megadrama ‘Cinta Untuk Sekali’, lakonan Meerqeen dan Erysha Emyra; ‘Bunga Salju’, lakonan Hisham Hamid, Amyra Rosli dan Hariz Hamdan, bermula 20 Mei, 6 petang serta drama-drama terbaik yang bersiaran di Astro seperti karya terbaik Siti Rosmizah, ‘Takdir Itu Milik Aku’ dan ‘Malang Si Puteri’.

‘HELLO NU Sentral’ juga bakal menampilkan kehadiran bintang-bintang terhebat tanah air untuk sesi beramah mesra bersama pelanggan termasuk Meerqeen, Mierul Aiman, Fasha Sandha, Malek McCrone, Qasrina Karim, Emma Maembong, Shaheizy Sam, Mimi Lana, Erysha Emyra, Hisham Hamid, Amyra Rosli dan ramai lagi.

Selain itu, pengunjung yang hadir juga akan dihiburkan dengan persembahan hebat daripada Nikki Palikat, Afif Tarmizi, Liza Hanim, Nadeera Zaini dan ramai lagi yang akan membuat persembahan dengan lagu-lagu yang menjadi runut bunyi bagi drama-drama terbaik di Astro.

Pelanggan Astro boleh membuat tempatan ‘Meet & Greet’ untuk bertemu selebriti kegemaran bermula 9 hingga 24 April, di aplikasi My Astro. Untuk maklumat lanjut berkaitan ‘HELLO NU Sentral’, ikuti Astro Malaysia di platform media sosial.

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.