Movie Review | Doctor G (2022)

Saturday 17 December 2022


Director : Anubhuti Kashyap
Writer : Sumit Saxena, Saurabh Bharat, Vishal Wagh, Anubhuti Kashyap 
Cast : Ayushmann Khurrana, Rakul Preet Singh, Shefali Shah
Production Company : Junglee Pictures
Distributors : Anand Pandit Motion Pictures, PVR Pictures, Viacom18 Studios, Netflix
Genre : Medical / Comedy / Drama
Running Time : 124 minutes
Release Date : 14 October 2022
Trailer :


Dr. Uday Gupta (Ayushmann Khurrana) baru saja selesai menduduki peperiksaan M.B.B.S (Medical Bachelor, Bachelor of Surgery) dan mencari tempat untuk practice. Malangnya impian dia untuk sambung dalam jabatan ortopedik musnah apabila kuota sudah penuh. Nak minta swap dengan student lain pun tak berjaya. 

Atas saranan abang sepupunya, Dr. Ashok (Indraneil Sengupta), Uday masuk ke bidang Gynaecology di bawah Universiti Bhopal, antara universiti yang bagus di India. Bila tak minat, Uday buat kerja pun ala kadar supaya masa cepat berlalu dan dia boleh ambil ujian untuk Orthopedik. Malang untuk dia kerana dijaga di bawah Dr. Nandini Srivastav yang tegas. Susah untuk dia lulus kalau dari awal lagi kena aim dengan Dr. Nandini. 


Banyak perkara yang berlaku di jabatan gynaecology disebabkan Uday masih baru dan mempunyai pemikiran tipikal mengenai perempuan. Bukan saja masalah pesakit di hospital, di rumah pula kena layan kerenah ibunya (Sheeba Chaddha) yang berangan nak jadi chef, malah hubungan peribadi antara dia dengan Dr. Fatima (Rakul Preet Singh) juga menjadi konflik utama. 

Kelakar masa tengok trailer Doctor G bila Dr. Nandini suruh Uday hilangkan sentuhan lelakinya. Sentuhan lelaki pun susah dia nak figure apa benda, dipaksa untuk hilangkan pula kalau nak lulus dekat jabatan tu. Bukan saja tema yang dibawakan adalah segar dan baru malah komedi bersahaja juga menjadi kekuatan naskhah arahan Anubhuti Kashyap. 


First half memang kelakar dengan kehidupan Uday sebagai doktor sakit puan sebab ramai keluarga tak suka dengan doktor lelaki. Situasi dalam filem ni sama lah dengan situasi sebenar di negara kita yang prefer doktor perempuan semasa melahirkan. Kalau ada masalah kelamin pun susah nak bercerita bila dapat doktor lelaki. Geleng kepala tengok pesakit mengamuk tak dapat anak padahal salah masuk pintu. 

Second half pula pamerkan kelemahan pihak produksi dengan perubahan genre yang mendadak. Kalau dekat first half kita seronok tengok kehidupan Dr. Uday, dekat second half mula merepek bila Dr. Ashok minta tolong cover dosa dia dengan Kavya Sharma (Ayesha Kaduskar) yang masih di bawah umur. 


Masa Uday dapat tahu umur sebenar Kavya tu dia dah tegur Ashok sebab bercinta dengan underage dan cuba selamatkan Kavya dekat hospital tu okay lah. Tapi bila dia biarkan Kavya padahal Dr. Nandini dah tegur risiko nampak macam dia ambil mudah dengan nyawa orang. Sepatutnya dia fight bila Ashok suruh dia bawa Kavya ke rumah. Dia tahu Ashok nak lepaskan tengkuk sendiri tapi dia tetap hantar Kavya ke situ. Bercanggah betul karakter dia dengan first half sekaligus buang pesona hero material dalam hidup middle class. Uday sebagai lelaki chauvinist boleh diterima sebab dia berubah tapi Uday sebagai lelaki tak ada prinsip agak susah nak hadam. Apa yang penulis cuba pamerkan pada second half?


Sama juga dengan kisah cinta mengejut antara Uday dan Fatima bila mereka banyak spend time di summer camp. Argument Uday bila ex dia rapat dengan kawan baik lelaki sampai ketepikan status dia sebagai boyfriend tu betul, sama juga dengan relationship dia dengan Fatima. Bukan kesilapan kalau Fatima selesa dengan Uday sampai boleh putus tunang. Faham dengan dunia kebebasan berkawan tapi tak faham bila terlampau bebas? Mungkin penulis nak paparkan yang lelaki dan perempuan boleh berkawan baik tapi execution lemah sampai tercari apa tujuan wujudkan sub-plot tersebut.


Doctor G ada potential untuk jadi lebih menarik, mempunyai mesej sosial mampan dan ubah persepsi orang awam tentang doktor lelaki dalam bidang sakit puan namun kerana second half yang lemah, peluang tersebut tersasar dari matlamat asal. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.4, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.3 = 6.2/10

1 comment

  1. macam best jalan cerita dia tapi sayang juga bila momentum drop kat second half. nanti nak try tengok dah nampak cite ni kat netflix td..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.