Tengok Stock Wheelchair Di Chiwawa Asia, Sungai Buloh

Friday 9 December 2022

 

Baca tajuk macam pergi buat stock take dekat kilang Chiwawa kan tapi tidakkkkk! Kitorang nak beli wheelchair untuk klien sebenarnya cuma extra effort sikit pergi ke kilang sebab nak tengok material wheelchair tu macam mana. Sebelum ni dah order tapi dapat tak sama dengan expectation. Dalam gambar nampak macam roda besar rupanya kecil. Roda pula guna getah dan tak sesuai untuk daily use. 

Sampai dekat kaunter, dia suruh naik tingkat 2 guna tangga dekat tepi. Kitorang tak expect kena guna tangga sebab tu pakai heels. Hambik kau nak kena jalan macam mak datin naik tingkat dua. Scary pijak tangga dia sebab setiap level tak sama tinggi. Dekat level ni, anak tangga dia kecik, naik sikit anak tangga dia besar sikit. Kalau dapat lebar anak tangga yang kecil tu memang kena pegang hand rail dekat tepi sebab I pakai pointed heels kang ada yang tergolek macam nangka busuk. 


Dah sampai atas kecewa betul tengok kerusi roda medikal dekat kilang ni ada sikit je sebab stok dah banyak habis. Katanya nak tunggu Feb 2023 lepas raya cina baru beli stok baru. Sekarang pulak tengah musim hujan jadi diorang malas nak restock. Lepas dah belek semua kerusi roda, siap test jadi patient bagai, keluar lagi satu masalah bila Chiwawa tak hantar luar dari Sungai Buloh. Haritu diorang boleh hantar ke Selayang sebab tak jauh sangat. Pfffttt



Nampak tak roda dia guna plastik? No wonder lah dia jual murah sebab wheelchair jenis ni tak tahan lama. Kalau jarang pakai macam letak dekat syarikat tu okay lah tapi kalau daily use not really recomended sebab tayar dia akan mudah rosak. Bila test pun rasa ada ketulan masa wheelchair ni bergerak. I yang gemuk ni lagi terasa lahhhhhh. Okay jugak lah datang test, at least I tahu kenapa material ni tak sesuai. Tengok dekat Shopee semua kata boleh, semua okay. 

Masa turun bawah tu ternampak semua produk Dessini dekat display dengan harga promosi yang murah. Katanya start dari Deepavali sampai hujung tahun ni. Geram tengok air fryer ni cantik warna mint. Air fryer oven pun tak besar sangat, just nice untuk yang bujang tapi suka baking atau masak. 







Banyak betul set kuali yang cantik dari Dessini dengan harga murah, sesuai lah kalau nak buat hadiah untuk yang baru kahwin. Kalau jam tak tahu nak beli apa, boleh datang sini cari mana yang berkenan di hati. Tengok pada harga, barang tak boleh pakai lama tapi sementara nak mula hidup kan, boleh je nak guna yang ni. Cheapskate siot bagi hadiah murah kat orang tapi I semedang demand nak Tefal hshshs

5 comments

  1. ahhahaha... bagi jelah ikut apa yg mampu

    ReplyDelete
  2. Geram tengok periuk bersusun tu

    ReplyDelete
  3. Yihhh.. nanti pana kawen send senduk tefal je laa. Haha

    Best cuci mata eh

    ReplyDelete
  4. Kerusi roda kalau nak beli memang kena test dulu.. Masa kami belikan untuk MIL pun memang pergi kedai test.. Dalam shopee walaupun review okay tapi kadang tak sesuai dengan kegunaan..

    ReplyDelete
  5. kalau barang Dessini memang best usha sebab design dan color dia cantik :)

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.