Movie Review | Runway 34 (2022)

Saturday 3 December 2022


Director : Ajay Devgn
Writer : Ajay Devgn
Cast : Ajay Devgn, Amitabh Bachchan, Rakul Preet Singh, Boman Irani, Angira Dhar, Ahmad Harhash
Production Companies: Ajay Devgn FFilms, Panorama Studios 
Distributors: Panorama Studios, Yash Raj Films, Amazon Prime Videos 
Genre : Thriller / Drama
Running Time : 148 minutes
Release Date : 29 April 2022
Trailer :


Runway 34 mengisahkan tentang Kapten Vikrant Khanna (Ajay Devgn) bersama co-pilot Tanya Albuquerque (Rakul Preet Singh) menerbangkan pesawat komersial dari Dubai ke Cochin. Disebabkan ribut dan kesilapan pekerja di pusat kawalan trafik udara tidak memaklumkan status terkini kepada mereka, Kapten Vikrant terpaksa menggunakan ilmu dan pengalaman penerbangan dia untuk mendarat dengan selamat bersama 150 penumpang bersama stewardess yang lain. 

‘He’s widely popular, he’s an ace pilot. In fact, the video of your landing in Hong Kong among strong winds become pretty viral.’ – Tanya Alburquerque


Walaupun mendarat dengan selamat namun situasi panik yang dialami oleh penumpang dan cabin crew yang lain menyebabkan seorang warga emas meninggal dunia kerana sakit jantung. Kerana panggilan mayday dari Kapten Vikrant juga buatkan Aircraft Accident Investigation Bureau menghantar Narayan Vedant (Amitabh Bachchan) untuk menyiasat kes tersebut. 

Narayan terkenal dengan no nonsense dan akan pastikan pilot bertanggungjawab untuk kesilapan yang dilakukan tapi Vikrant kekal tenang sebab dia tak langar mana-mana protokol. Tanya pula gelisah dan risau lesen dia akan digantung sebab dia tahu Kapten Vikrant minta dispirin semasa terbang sebab penat gara-gara berparti sebelum masuk bertugas. 


Nishant Suri (Boman Irani), pemilik syarikat Skyline Airway yang awalnya berbangga dengan publisiti percuma kerana Kapten Vikrant diangkat menjadi hero berubah respon bila dapat tahu Narayan dapat bukti kuat iaitu botol arak di dalam tandas pesawat. Bukan saja lesen pilot saja yang terjejas, imej syarikat juga tercalar sekaligus keuntungan akan merudum kerana kemalangan ni. 

Naskhah thriller drama hasil buah tangan ketiga Ajay Devgn sebagai penulis dan pengarah adalah diambil dari insiden sebenar penerbangan  Boeing 737-800 dari Doha ke Kochi pada Ogos 2015 kerana penglihatan terhad akibat cuaca buruk. Sama seperti yang diceritakan dalam Runway 34, kapal terbang tersebut hanya mempunyai 4,844 kg minyak dan terpaksa mendarat menggunakan teknik crash landed. 


Walaupun tiada kecederaan dilaporkan ada yang label pilot tersebut sebagai cuai sebab banyak persoalan yang timbul untuk pendaratan kecemasan. Dalam filem boleh nampak isu utama adalah disebabkan cuaca dan minyak yang semakin berkurangan lantas menyebabkan mereka terpaksa berlawan dengan masa. 

Dalam Runway 34, tak boleh faham sangat kenapa Narayan bersifat menekan Kapten Vikrant walaupun dia selamatkan semua penumpang dan cabin crew. Bila baca kes sebenar baru faham bila kebanyakan syarikat penerbangan ni suka jimat minyak dan mendarat di lapangan terbang alternatif. Jadi Narayan berpegang pada budaya tu dan bukannya kerana faktor cuaca. 


But still dia patut persoalkan kenapa pilih Trivandrum dan bukannya Bangalore macam Tanya bagitahu bila air traffic control dah halang untuk mendarat di situ. Kenapa Narayan fokus dengan isu berparti, baca weather details tak sampai satu minit dan tutup mata sedangkan dia boleh soalkan kenapa pilih runway 34 dengan kekuatan angin yang berbeza dengan landasan lain. Mungkin Ajay perlu masukkan perbalahan tentang isu minyak dalam filem ni.

‘You turned entire aircraft into a time bomb. One small spark could’ve blown the entire aircraft. On one side of the runway is the Arabian Sea and the entire city is on the other side. One small mistake and you cannot imagine the disaster it would’ve caused!’ – Narayan Vedant


Nak sembang pasal penerbangan atau teknik yang digunakan dalam filem ni I tak arif sangat lah tapi naskhah ni berbeza dengan filem lain bila Ajay guna separuh masa pertama untuk ceritakan situasi panik di udara kemudian separuh masa kedua dengan situasi getir di dalam perbicaraan bersama Narayan Vedant. 

Bab lakonan, gandingan Ajay dan Amitabh juga Boman Irani deliver watak masing-masing dengan cemerlang memandangkan barisan pelakon bukan calang-calang namun pelakon sampingan ada banyak kekurangan misalnya Rakul Preet, si isteri ataupun anak mangsa korban tersebut. Dia tak mampu nak zahirkan perasaan trauma dan marah kepada Kapten Vikrant. Mungkin dia cuma nak cari orang untuk disalahkan atas kematian ibu dia sebab kalau nak salahkan Tuhan, neraka lah tempatnya. 


Visual antara faktor kelemahan filem Runway 34 sebab VFX masih lemah untuk buatkan penerbangan dan cuaca buruk yang digambarkan tampak benar. Tona yang digunakan pun agak gelap sampai tak nampak betapa ngerinya landasan 34 tu. Tak pasti kalau landasan sebenar pun macam tu juga. Masa separuh masa kedua pun Aseem Bajaj banyak gunakan close-up walhal tak perlu pun sebab tak ada reaksi yang menambahkan impak pada babak tersebut. 

Music album juga biasa saja dan beberapa dialog yang digunakan macam over dan try hard untuk menghidupkan elemen dramatik. Nak kata Runway 34 tak best tu tak lah tapi nak kata syok nak layan pun tak juga. Yang pastinya, I tetap dengan pendirian shit happens….

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 =  7.4/10

3 comments

  1. Agak berat juga jalan cerita dia eh

    ReplyDelete
  2. Gandingan yang menarik.. Tapi tu lah.. kurang minat betul dengan Ajay ini.. huhuhu..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.