emart24 Perkenalkan Popcorn TREASURE

Monday 12 December 2022

\

6 Oktober lepas emart24 umukan ketibaan popcorn Treasure ke Malaysia dengan 3 perisa - Salted Caramel, Triple Mix Popcorn dan Peanut Popcorn. Setiap pembelian popcorn ada sticker Treasure individual member. Harga satu unit popcorn ni RM8. 

Sebagai Teume berjaya haruslah menuju ke emart24 Subang Bestari untuk beli popcorn walaupun tak berapa minat dengan popcorn. Beli 3 perisa terus sebab nak rasa yang mana sedap. K tipu, sebenarnya beli 3 perisa sebab lain perisa lain muka member Treasure. 


Tapi tak semestinya kalau bias Jaehyuk, beli Salted Caramel Popcorn memang akan confirm dapat sticker Jaehyuk walaupun muka dia dekat perisa tu. Macam I beli Salted Caramel Popcorn tu tibehhh dapat sticker Yoshi padahal muka Yoshi dekat Triple Mix Popcorn. I beli 3 perisa ni dapat semua J-line, Haruto, Yoshi dengan Asahi. Got no complaint but hmm bias I Hyunsuk! 

Masa nak beli ni lama dekat ambil gambar dan argue dengan cashier. Masa popcorn Treasure ni keluar ada yang kata dekat ingredients tu ada tulis babi. Masalahnya I google semua bahan dekat situ ada jagung, gula, caramel, cheese, butter dan perasa. Tak ada langsung dari babi atau bahan yang meragukan. Kalau tengok bahan dalam popcorn Treasure pun sama juga dengan popcorn lain. Cashier tu tak bagi I beli sebab tak ada tanda halal. 


The thing is popcorn yang pengusaha tempatan jual pun tak ada tanda halal jugak tapi orang okay je beli. Ikut logik, kenapa beria sangat emart24 nak jual babi padahal consumer dia Melayu? emart24 yang jual, cashier emart24 yang tak bagi beli? cannot brain....

Sebab tu juga peram entry ni memandangkan ramai betul yang datang comment halal ke tak semua makanan Treasure. Tengok pada ingredients semua bahan yang biasa guna dalam masakan tapi bab penyediaan tu I tak pergi check pulak dekat kilang kalau ada asap babi atau minyak babi masuk dekat mesin yang hasilkan semua makanan dekat emart24. Makan atas risiko sendiri, pendek cerita. 

 

Disebabkan isu ada babi dari sumber trust me bro, emart24 keluarkan notis yang semua bahan digunakan untuk popcorn ada tertera pada label dan tiada babi seperti yang dikecohkan tu. Kalau meragukan juga boleh tanya cashier. Kelakar lah sebab cashier emart24 yang ajak bergocoh masa tu. 

Anyway, benda dah lepas, sekali lagi I clarify makan atas risiko sendiri. Kalau ragu-ragu sampai terasa bahang api neraka, tak payah beli. Tak ada orang letak pisau dekat tengkuk sesiapa untuk paksa beli. Haaa gituhhhh sembang pasal popcorn Treasure je pun tapi dah sampai ke pintu neraka sembangnya. 

Nak sembang pasal rasa popcorn, sedap lah of course cuma a bit pricey nak dibandingkan dengan popcorn biasa. Kuantiti dia banyak, sebanyak aiskrim dalam tupperware sebab I isi dekat dalam tu untuk elakkan masuk angin lepas memburu semua sticker Treasure. Kalau nak tengok wayang, makan popcorn peanut butter memang umpphhh. 

1 comment

  1. Yes.. Beli atas risiko sendiri.. Tak ada siapa paksa..
    Tapi tu lah, nak cuba pun tak dapat kot.. Dekat belah sini tak ada..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.