Potato Chips Treasure, Chip Chip Hurray!

Monday 12 December 2022


Baruuuuu je haritu tengok Haruto promote Treasure Potato Chips sebab dah keluar dekat emart24 Korea, tup tup keluar dekat Instagram emart24 Malaysia yang potato chips sama akan dijual pada 5 Disember 2022. Sakan ek Treasure nak monopoli semua snek dekat emart24!

Potato chips edisi TREASURE ada 3 perisa iaitu Original, Sour Cream Onion dan perisa ubi keledek ungu. Setiap perisa boleh dibezakan dengan warna balang silinder. Perisa ubi keledek ungu berwarna ungu (Junkyu, Yoshi, Haruto), perisa sour cream onion berwarna hijau (Jihoon, Jaehyuk, Doyoung) dan perisa original berwarna kuning oren (Hyunsuk, Asahi, Jeongwoo, Junghwan). 



Setiap potato chips ada sticker TREASURE disediakan kepada Treasure Maker tapi tak semestinya bias awak jadi duta perisa tersebut, sticker dia ada dalam tu ye. Macam yang I beli ni perisa ubi keledek dari balang ungu tapi dapat sticker Hyunsuk. Gila tak happy dapat bias sendiri. Sebelum ni beli popcorn TREASURE sampai 3 balang tapi tak dapat pun bias sendiri. Satu potato chips ni berharga RM4 lebih sebab I beli 3 perisa ni total RM12 lebih. Sorry dah buang resit lepas beli. 

Satu balang tu boleh dapat semangkuk potato chips macam dalam gambar. Kalau nak tahu sedap ke tak, rasa dia sama je macam Mr. Potato sebab dari kilang yang sama cuma masuk dalam packaging berbeza. Kali ni emart24 dah belajar dari kesilapan lepas, masa keluarkan popcorn TREASURE sampai kecoh sana sini maka emart24 tempek bahan dan tanda halal supaya tak ada lagi gocoh sana-sini. 


Lepas ni bersepah la balang potato chips Treasure ni dekat rumah sebab I memang suka makan chips jenis ni. Dekat office pun boleh buat stok haha. 


By the way, I rasa tangan adik I terlebih ong sebab I dapat sticker Hyunsuk dengan Jeongwoo dari Purple Sweet Potato Chip tu padahal satu potato chip satu sticker Treasure je. Yeayyy rezekiiii!!!

5 comments

  1. Bolehlah beli nanti, rumah kita pun suka sangat beli potato chips dalam balang ni. Kami suka flavor ori.

    ReplyDelete
  2. harga nya pun biasa je ingatkan lagi mahal dari biasa... mesti ramai pencinta treasure yang cari ni

    ReplyDelete
  3. wah..menariks ni..leh try
    sapa peminat k pop mesti excited ni

    ReplyDelete
  4. Rezeki tu dapat dua sticker.. Menarik pembungkusan dia.. Tapi tu lah, sini tak ada emart..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.