Movie Review | Chup: Revenge of the Artist (2022)

Monday, 5 December 2022


Director :  R. Balki
Writer : R. Balki, Raja Sen, Rishi Virmani
Cast : Sunny Deol, Dulquer Salmaan, Shreya Dhanwanthary, Pooja Bhatt  
Production Company :  Hope Production
Distributor : Pen Marudhar Cine Entertainment 
Genre : Crime / Thriller  
Running Time :  135 minutes
Release Date : 23 September 2022 
Trailer :


‘But you know, reviews are important. We need critics. Critiquing is a must for society, for progress in any field. Everyone likes to hear praises but true learning happens when we are made aware of our shortcomings when somebody show us the way to become better.’ – Amitabh Bachchan

Naskhah terbaru R.Balki, Chup : Revenge of the Artist mengisahkan tentang pembunuh bersiri yang memburu pengkritik filem di dunia Bollywood. Mangsa akan diikat dengan pembalut plastik bercorak daun emas dan mempunyai ukiran bintang di dahi. Kalau pengkritik tersebut bagi satu bintang, maka ada satu bintang ditoreh di dahinya. Keadaan mayat pula akan dibunuh mengikut ulasan tentang filem tersebut. 


Mangsa pertama ialah Nitin Srivastav yang dijumpai mati di tandas rumahnya. Badan penuh dengan kesan kelar dari atas sehingga bawah. Inspector Arvind Mathur (Sunny Deol) ditugaskan untuk menyiasat kes pembunuhan tersebut. Susah untuk dia mengesan siapa pembunuh tersebut kerana bahan yang digunakan agak lama dan pengilang juga tidak lagi mengeluarkan bahan tersebut. 

Yang pastinya pembunuh tersebut memburu pengkritik filem di Mumbai tapi tak mampu lah jabatan dia untuk cari siapa malah satu beban yang besar untuk melindungi 300 pengkritik filem di Mumbai dalam satu masa. Cadangan yang paling mudah ialah minta semua pengkritik bagi rating penuh atau 3 ke atas.

 
Malangnya pembunuh tak termakan dengan idea tersebut kerana dia benci pengkritik yang tidak jujur dan bukan kerana bagi markah sedikit. Dalam masa yang sama, Nila Menon (Shreya Dhanwanthary) turut membantu pihak polis mencari pembunuh bersiri tersebut kerana minat kepada filem dan dunia perfileman. Rasa takut diendahkan kerana dia baru saja jatuh cinta dengan Danny (Dulquer Salman), si penjual bunga yang romantik. 

Pengkritik filem bukan sesuatu yang baru dan di Bollywood sudah ada persatuan yang menjaga kebajikan pengkritik filem namun filem bertemakan pengkritik filem adalah sesuatu yang segar dan belum pernah diterokai oleh mana-mana pembikin filem. Menariknya penulis filem Chup adalah pengkritik filem yang terkenal iaitu Raja Sen. 


Sebelum ni dia mengkritik, kali ni dia masuk sendiri ke dunia penulisan skrip jadi kebanyakan fakta yang dipaparkan adalah benar. Tak ada masalah langsung dekat situ tapi adakah filem ni menarik? Tak semestinya. Betul lah orang kata, mengkritik dan membikin adalah dua perkara yang berbeza walaupun masing-masing memerlukan dan saling melengkapi. 

Kekuatan pada Chup ialah idea yang segar dan lakonan yang mantap terutamanya pada watak Danny yang mempunyai split personality. Kalau orang biasa tengok, mungkin nampak macam bercakap dengan diri sendiri tapi pelik lah kan bila minum teh setiap pagi ada dua cawan dan order makan sampai dua pinggan. Dekat awal lagi pengarah tak berselindung siapa pembunuh yang dicari oleh Arvind. 


Kalau ikutkan hati I lagi suka cerita yang clichĆ© dan bermain dengan hint yang diberikan oleh pengarah daripada berperang dengan hati menidakkan sesuatu yang memang dah kita tahu jawapannya. Siapa tak suka lelaki romantik, hidup dengan bunga dan baik orangnya. Macam mana Nila boleh bagi sepenuh hati pada Danny, macam tu la juga yang tengok filem ni. Chemistry top notch dan kalau ada pengarah yang cari lead pairing, Dulquer dengan Shreya adalah perfect match untuk menceritakan kisah cinta urban dalam dunia generasi muda. 

Geram bila tengok filem ni asyik terbayang macam mana kalau jumpa lelaki idaman tapi dia pembunuh bersiri? Dia mungkin tak bunuh orang yang dia sayang sebab nak zuriat tapi mana sifat keperimanusiaan? Tapi tu lah, mana ada benda yang sempurna dekat dunia ni. Selain geram tengok kisah cinta Nila dengan Danny, geram jugak tengok bunga dekat kedai tu sebab ada yang nampak palsu terutamanya tulip. 


I suka dengan watak Zenobia (Pooja Bhatt), psiychologist yang tangkas dan tajam pemikirannya tapi lambat betul watak dia masuk dalam filem ni. Kalau dia bekerja dari awal dengan Arvind, mungkin seronok tengok cara diorang dapat cari siapa pembunuhnya. Ada beberapa babak macam terlampau laju sampai terkejut dibuatnya. On paper, Chup : Revenge of the Artist mungkin tampak menarik dan padu namun tercalar oleh olahan pengarah. 

By the way happy tengok Dulquer berjaya tempa nama di Bollywood dengan pilihan filem yang serlahkan potential dia sebagai pelakon. He reminds me of Rajkummar Rao at his early days in Bollywood. Bukan senang nak jayakan watak yang kompleks seperti Danny dan buang sepenuhnya persona yang pernah kita lihat sebelum ni. Dulquer hidup dalam dunia Danny yang cintakan seni wayang. 


p/s: Seram nak buat review lepas tengok filem Chup ni tapi nasib baik lah Big B dah kata pengkritik filem adalah penting dalam dunia perfileman. Fuhhhhh

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.7 = 8.6/10

1 comment

  1. Wow.. idea yang segar.. Betullah saling memerlukan.. Namun bila terjun ke bidang yang dikritik bukan senang sebenarnya.. Teru s teruja nak tengok.. Hahaha.. Ini yang bahaya kalau baca review Farhana nie.. kikiki..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.