Adding TREASURE HELLO Era In My Collection!

Friday 30 December 2022

Dah lama dah I beli album TREASURE - The Second Step: Chapter Two sebab beli advance booking dengan harapan dapat official photocard Hyunsuk dan slot fanmeet virtual. Masa YG announce tu bulan September so masa tu lah beli tapi lambat betul sampai ke tangan sebab YGE lambat release album. Entah kenapa, busy kot tak menang tangan sebab ramai idol group yang buat comeback tahun ni. 

Memandangkan tak pernah beli advance booking ni jadi kita guna service orang yang memang pakar lah dalam hal ni. Bestnya kalau beli melalui Teume ni boleh dapat freebies banyak sebab support service diorang. Sebelum ni I beli dari Shopee, tak dapat apa-apa pun. Packaging box pun kemek. Kalau beli dari orang ni condition item atau merchandise tu diorang dah bagitahu awal-awal so kita memang aware lah. 

For this purchase, I order album The Second Step: Chapter Two, tag album dan juga majalah ARENA. YG Entertainment release tag album dengan official photocard semua ahli TREASURE. Uniknya photocard ni diperbuat dari kertas soya jadi bila dah tak boleh pakai pun tak akan bahayakan ekosistem macam plastik. Dari album I dapat official photocard TREASURE dan Hyunsuk, dari tag album pula I dapat official photocard Jihoon, Doyoung, Jaehyuk dan juga sub-unit Junkyu-Jaehyuk. 

Untuk album, macam biasa lah ada dual poster, CD, lyric book dan juga photobook. Ada dua version tapi macam tersilap pilih pulak ambil warna biru oren. Sebelum book tu in split juga nak beli hijau kuning ataupun biru oren sebab photobook dia berbeza. Even photocard dan CD pun berbeza. Rasa macam nak trade in ataupun tunggu album jatuh harga RM10 untuk beli yang hijau kuning sebab sticker dia cantik. 

I sebenarnya menyesal jugak lah beli tag album sebab RM40 ada gambar semata je tapi tak apa sebab photocard ni boleh dijual dengan harga berbeza. Tunggu masa sengkek nanti, I jual photocard Junkyu, Jaehyuk, Doyoung dengan Jeongwoo. Lepas wei nak bayar harga bateri kereta. Silap-silap lepas juga nak bayar tiket konsert TREASURE dekat Kuala Lumpur bulan 3 2023 nanti. 

Majalah ARENA tu pun antara penyesalan terbesar sebab gambar TREASURE ada sikit je, ingatkan dalam majalah ada banyak lagi dari teaser yang ARENA tunjuk rupanya sama. Tengah berfikir nak jual ke tak sebab tak pasti ada yang nak ke tak. Or should I wait until this magazine considered as rare item? 

Anyway, sarung photocard ni dapat free sebab beli dekat Weverse Shop so boleh lah letak gambar OT10 Treasure ni dekat office sebab gambar ni semua ceria sangat so it will definitely brighten my days whenever I feel down.  Thank you TeeKONed02 for your service! Freebies dia bagi banyak sangat even dapat gambar Mashidam untuk hilangkan rindu. Lepas ni memang akan beli dekat Tee je sebab packaging secure, service laju and of course freebiessssss! 

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.