‘ALL TOGETHER NOW MALAYSIA’ KEMBALI UNTUK MUSIM KEDUA

Thursday 1 December 2022


‘ALL TOGETHER NOW MALAYSIA’ KEMBALI UNTUK MUSIM KEDUA |
Suara rakyat Malaysia diuji di hadapan 50 barisan juri

Segalanya lagi gah dan hebat menerusi ‘All Together Now Malaysia’ musim kedua (ATNMY 2) yang bakal menemui para penonton Astro mulai 11 Disember ini. Dengan bahang ‘Gegar Vaganza 9’ yang masih dirasai, Astro bertekad untuk memastikan hiburan premium dan terkini berterusan. Lantas, ‘ANTMY 2’ bakal memberikan kesinambungan yang dinamik dalam memartabatkan industri hiburan negara ke pentas yang tinggi.

Berdasarkan format asal ‘All Together Now’ terbitan BBC One dari United Kingdom, Astro mempersembahkan barisan juri yang popular dan glamor dengan mengetengahkan 13 muka juri baharu termasuk Datuk Aznil Hj. Nawawi, Ajai, Rozita Che Wan, Shila Amzah, Nikki Palikat, Marsha Milan, Reshmonu, Vince Chong serta ramai lagi. Datuk Syafinaz Selamat pula menggalas tugasan sebagai Kapten Juri yang baharu.

Pemilihan juri-juri baharu ini turut melambangkan landskap kehendak penonton yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan minat. Ia turut merangkumi kemajmukan masyarakat negara kita yang membawa keunikan kepada adaptasi Malaysia berbanding dengan adaptasi negara-negara lain. Manakala pengacara bubbly dan bertenaga, Sherry Alhadad kembali untuk mengemudi ‘ATNMY 2’. Kehadirannya pasti meriuhkan lagi suasana musim terbaharu ini kelak.

Saksikan ‘All Together Now Malaysia 2’ yang bersiaran secara eksklusif pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam mulai 11 Disember 2022 di saluran Astro Ria serta strim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang lebih fleksibel. Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM 99.99 sebulan untuk enam bulan pertama. Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 untuk menikmati rancangan hiburan ini di Astro.

PETIKAN KENYATAAN RASMI WAKIL ASTRO

Ketua Saluran Astro Ria - Norzeha Mohd Salleh

“Sebagai peneraju program realiti di Malaysia, Astro dengan bangganya membawa ‘All Together Now Malaysia’ musim kedua kepada para penonton di platform-platform kami. Dengan sukses yang dikecapi menerusi musim pertama, pertaruhan mengadaptasi ‘All Together Now’ berjaya dan menjadi. Konsep yang mengetengahkan bakat-bakat hebat rakyat Malaysia yang belum dicungkil menarik minat dan hati para penonton kami terutamanya ketika siarannya pada tahun yang lalu. Program realiti ini telah memupuk kebersamaan di kalangan rakyat yang majmuk dalam menyokong peserta-peserta yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan latar belakang tatkala negara kita menghadapi saat-saat sukar akibat pandemik.

Bahkan untuk musim kedua, bakat-bakat yang bertanding sekali lagi menyerlahkan aspek kepelbagaian. Ada yang menyertai sebagai solo, duo atau kumpulan dan para peserta yang ada menunjukkan ‘diversity within our multicultural society’ yang merupakan elemen penting yang kami mahu tonjolkan. Antaranya adalah peserta termuda musim ini, Yaadana seorang kanak-kanak berbangsa India yang berusia 11 tahun. Dia telah memukau juri dengan menyanyikan lagu Ziana Zain. Manakala Melissa, seorang ‘part time’ guru vokal bangkit semula selepas 6 bulan dijangkiti Covid-19. Dirinya terlantar di hospital selama 2 minggu apabila berada di tahap 5 ketika itu dan hampir ditidurkan. Pastinya kini dirinya mahu bangkit semula untuk ‘ATNMY 2’ bagi merealisasikan minatnya dalam bidang nyanyian.

Dua jejaka muda yang merupakan anak penyanyi Noorshila Amin memilih untuk bersaing sesama sendiri di ‘ATNMY 2’. Daniel Durrany, seorang gym Instructor yang mempunya kelunakan suara seperti penyanyi Tulus ini memberi saingan hebat kepada adiknya Banni Basyishar, seorang saxophonist yang telah bekerja dengan ramai artis ternama Malaysia seperti Hujan, Janna Nick, Norshila Amin dan ramai lagi. Persis seperti penyanyi David Arumugam, Philip Martin yang berbangsa India meminat lagu-lagu Melayu merupakan pemandu e-hailing. Philip mempunyai kisah yang amat menarik. Dia berkesempatan mengetahui adanya uji bakat ‘ATNMY 2’ menerusi penumpangnya yang merupakan krew produksi ‘ATNMY 2’. Bagaikan ditakdirkan. 

Kami turut mempunyai Shaun Salim, 64 tahun yang merupakan peserta paling veteran untuk musim ini. Dia merupakan bekas guru catwalk, malah Rozita Che Wan sendiri berguru bersamanya di Alor Setar. ‘ATNMY’ musim pertama terbukti berjaya melahirkan bakat bakat baru dan pelapis indutri hiburan tanah air seperti Meer Nash, Ajoi Zainal, Dem Lepak Boyz dan Idris Brown yang berjaya bernaung di bawah label muzik Malaysia. Kami berharap musim kedua terus membuahkan hasil yang sama untuk para peserta.

Pihak produksi turut memanfaatkan peluang serta ruang yang diberikan secara maksimum untuk menerbitkan produksi bertaraf antarabangsa yang merupakan janji Astro dalam memartabatkan kandungan tempatan. Walaupun dirakam ketika negara berada pada tahap akhir pelaksanaan PKP, pihak produksi Astro berjaya membawa pembaharuan dalam mempertingkatkan nilai produksi musim terbaharu ini. Tahniah diucapkan kepada mereka.

Kami amat berharap musim kedua ini mampu meneruskan sukses yang dikecapi pada musim pertama. Malah kami mahu memperkembangkan segmen penonton kami ke semua vernakular kerana ‘ATNMY 2’ merupakan hiburan yang bersesuaian dengan cita rasa rakyat Malaysia.”

FORMAT PENJURIAN ‘ATNMY 2’

Nasib para peserta akan diadili barisan 50 juri profesional berdasarkan sistem penjurian kalah mati. Setiap juri mewakili dua markah. Dua peserta yang mendapat markah tertinggi pada setiap episod akan mara ke peringkat akhir ‘ATNMY 2 Final’ untuk merebut gelaran juara sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 beserta trofi.

Seramai 20 peserta akan bertanding dalam setiap episod. Setiap peserta akan diberikan tempoh 90 saat untuk membuat persembahan masing-masing. Sekiranya juri suka dengan persembahan tersebut, mereka boleh mula memberikan markah kepada peserta sejurus selepas 30 saat pertama dengan menekan butang ‘buzzer’ yang disediakan lalu ikut berdiri dan menyanyi bersama-sama dari tempat masing-masing sebagai tanda sokongan.

Tiga peserta yang mendapat markah tertinggi akan ditempatkan di tiga buah podium utama mengikut jumlah markah yang diterima. Peserta yang mendapat markah paling banyak akan ditempatkan di podium yang pertama sekaligus layak untuk mara ke peringkat akhir secara automatik. Manakala peserta yang berada di kedudukan kedua dan ketiga pula akan berentap sekali lagi dalam pusingan ‘Sing-Off’ untuk menempah tempat ke peringkat akhir. Untuk pusingan ini, peserta perlu memilih lagu baharu untuk dipersembahkan di hadapan barisan juri daripada senarai yang disediakan oleh pihak produksi. Sekiranya ada peserta yang mendapat markah seri, Datuk Syafinaz Selamat selaku ‘Kapten Juri’ mempunyai kuasa untuk membuat keputusan bagi memilih peserta yang layak untuk berada di podium.

SENARAI PENUH BARISAN 50 JURI ‘ATNMY 2’

Datuk Syafinaz Selamat, Sophia Liana, Widy Hamzah, Datuk Aznil Hj Nawawi , Izzue Islam, Keanu Azman, Ajai, AG Coco, Falyq Hikyle, Ernie Zakri, Amir Masdi, Thanuja, Elly Mazlein, Aisha Retno, Suresh, Reshmonu, Danial Chuer, Hafida Samad, Jaclyn Victor, Catriona Ross, Shashic, Rozita Che Wan, Ayie Elham (Floor88), Isha Norisham, Khai Bahar, Ara Johari, Sherry Ibrahim, Joey Daud, Liza Hanim, Dr. Ram, Siti Nordiana, Afeeq, Wahab Ali, Sariah (Masdo), Ifa Raziah, Bunga, Wany Hasrita, Nikki Palikat, Dr Soo Wincci, Marsha Milan, Maryam, Vince Chong, Adeline Tsen, Shila Amzah Danial Zaini, Sissy Imann, Yaya Zahir Hafiz Hamidun, Edrie Hashim, Tomok, Kelly Azman

INFO SIARAN RANGKAIAN PROGRAM ‘ATNMY 2’

Rakaman konsert mingguan ‘ATNMY 2’ yang bersiaran dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) akan berlangsung selama 9 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam mulai 11 Disember 2022 menerusi saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan aktiviti perjalanan para peserta dan barisan juri menjelang dan pasca konsert mingguan dapat ditonton melalui liputan kapsul harian ‘Kapsul Di Sebalik All Together Now Malaysia Musim 2’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang bermula 8 Disember 2022.

Program khas ‘Extended All Together Now Malaysia Musim 2’ pula akan menyiarkan klip ‘snippets’ menampilkan barisan juri dan peserta yang tidak pernah dikongsikan di mana-mana platform. Ia akan disiarkan selama 30 minit pada setiap hari Sabtu, jam 9.00 malam bermula 16 Disember 2022.

Untuk pengisian di platform digital pula, rakaman program ‘All Together Now Malaysia Live Plus’ serta laman media sosial Gempak akan disiarkan bermula jam 9.00 malam di laman www.gempak/AllTogetherNowMY ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘ATNM’ bermula 11 Disember 2022.

#AllTogetherNowMY2

2 comments

  1. Mantap barisan jurinya. Datuk Syafinaz sejak join gegar vaganza makin sporting dan kelakar makin murah rezeki dia dengan astro.

    ReplyDelete
  2. dulu masa yg 1st ada gak tgk..layan jugak la...

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.