Movie Review | Qala (2022)

Monday 12 December 2022


Director : Anvita Dutt
Writer : Anvita Dutt
Cast : Triptii Dimri, Babil Khan, Swastika Mukherjee, Amit Sial, Sameer Kochhar, Girija Oak, Varun Grover, Abhishek Banerjee, Anushka Sharma 
Production Company : Clean Slate Filmz
Distributors : Netflix
Genre : Musical / Drama
Running Time : 120 minutes
Release Date : 1 December 2022
Trailer :


Qala (Triptii Dimri) merupakan anak tunggal kepada penyanyi terkenal, Urmila Manjushree (Swastika Mukherjee) dan juga mendiang maestro di Kolkata. Qala sepatutnya mempunyai kembar lelaki namun kerana Qala adalah fetus yang lebih kuat dan menarik semua zat dan nutrian di dalam kandungan maka dia yang berjaya dilahirkan. 

Setiap hari Urmila sakit hati mengenangkan anak lelaki yang tak sempat lahir ke dunia. Walaupun Qala mempunyai kecantikan dan bakat nyanyian sepertinya namun tak pernah dihiraukan. Persembahan pertama Qala menarik perhatian Urmila terhadap Jagan (Babil Khan) yang mempunyai suara lunak dan seorang yatim. 


Urmila bawa Jagan pulang ke rumah untuk berlatih musik klasik sementara rancangan terhadap Qala adalah untuk dikahwinkan kepada anak sahabatnya yang bekerja sebagai jurutebang. Qala semakin sakit hati dengan Jagan kerana Urmila semakin jauh darinya. Dalam satu majlis, Qala menggantikan Jagan yang kehilangan suara dan dipanggil untuk rakam album di bandar bersama produser musik terkenal, Sumant Kumar (Amit Sial) lantas mendapat kejayaan beserta populariti yang diidamkan. 

Naskah musikal drama Qala berlatarkan kawasan pergunungan Himanchal yang bersalji tebal dan juga pada era 30-an hingga 40-an. Menariknya filem Qala mempunyai olahan dan sentuhan yang sama seperti filem Bulbbul (2020), arahan juga penulisan Anvitta Dutt sebelum ini. Mesej mengenai pemerkasaan wanita juga diangkat secara jelas seperti babak Qala tegur mengenai setiausaha perempuannya, babak Urmila yang tegur tentang penyanyi perempuan dalam industri tak ubah seperti pelacur. 


Sama seperti Bulbbul, Qala juga dianiaya oleh ahli keluarganya sendiri sejak lahir kerana elemen ini tampak kuat dan menusuk. Bertambah perit bila kata-kata tersebut dari ibu yang melahirkan. Masa Urmila besarkan Qala tak nampak sangat perbezaan layanan tu tapi bila Jagan tinggal bersama, makin menjadi-jadi rasa benci dia. Kesian tengok Qala tahan sebak bila Urmila tahan Qala daripada nyanyi lagu Shauq supaya bagi laluan pada Jagan. 

Setiap babak yang dipaparkan Anvitta tampak indah dan mengagumkan kerana props yang digunakan serta dibantu oleh penggunaan cahaya yang minimal. Berkenan sangat tengok sari organza kepunyaan Qala sejak dia mula menyanyi sehinggalah menempa nama sebagai penyanyi terkenal. Barang kemas yang digunakan juga ringkas namun menambah seri. Macam mana Deepika pernah tawan hati semua dalam Om Shanti Om (2007) dengan sentuhan klasik, macam tu juga lah Triptii digambarkan dalam filem Qala. 


Naskhah Qala juga merupakan platform debut untuk Babil Khan, anak kepada mendiang Irrfan Khan. Watak Jagan tampak terlalu besar untuk dibawa oleh Babil, ada masa macam tak meyakinkan miming dia sebagai penyanyi. Personally I rasa Avinash Tiwary lebih sesuai memandangkan dia pernah berlakon sebagai Majnu yang mabuk dalam cintanya terhadap Laila. Sakit yang dia rasa tu sampai sekarang terngiang di kepala. Chemistry Avinash dengan Triptii pun kuat sebab ada babak Qala bagitahu nak kahwin dengan Jagan supaya dia tak berjauhan dengan Urmila. Jagan dengan Qala pun selalu spend time sama-sama belajar musik. 

Selain mesej sosial utama, Anvita juga paparkan perbezaan antara Qala dan Jagan bila dibesarkan dalam suasana yang berbeza. Walaupun Jagan yatim, tapi dia dibesarkan di gudrawa yang sentiasa titipkan nilai murni jadi tak hairan kalau Jagan sentiasa motivate Qala dan tenangkan dia sementara Qala terikat dengan rasa benci dan takut oleh ibunya sendiri. Apa saja yang dilakukan tidak pernah dihargai kerana pada Urmila, anaknya itu adalah burung yang suka merampas hak orang lain. 


Selain kekuatan penceritaan dan melankolik kehidupan Qala yang mengejar kasih sayang si ibu, music album gubahan Amit Trivedi dan lirik puitis yang dikarang oleh Amitabh Bhattacharya menjadi tarikan utama. Macam mana orang industri terbuai dengan nyanyian Qala dengan lagu Phero Na Najariya, macam tu lah juga kagum dengan merdunya suara Qala. Tak boleh pilih antara lagu ni ataupun Ghodey Pe Sawaar.



Pendek kata Qala adalah naskhah yang berhantu kerana keindahan musik, visual dan juga kesengsaraan mendalam. Filem ni tak sesuai untuk yang lemah semangat sebab ada beebrapa babak yang boleh trigger mental health atau anxiety. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +0.8, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 9/10

1 comment

  1. Argh!! Baca review Farhana pun dah sedih dan sakit hati untuk Qala.. Kalau tengok mau meleleh air mata.. huhuhu..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.