GEMPAK MOST WANTED AWARDS (GMWA) 2022 JANJIKAN SESUATU YANG TRENDING

Saturday 17 December 2022

GEMPAK MOST WANTED AWARDS (GMWA) 2022 JANJIKAN SESUATU YANG TRENDING | Top 5 finalis personaliti dan bakat digital menjadi pertaruhan buat julung kalinya dalam 9 kategori & 1 kategori utama

Debaran kian terasa dan kompetisi menjadi nyata selepas Gempak, jenama hiburan digital No.1 Malaysia, mengumumkan Top 5 finalis bagi kesemua sembilan kategori yang dipertandingkan dalam acara kemuncak mereka, Gempak Most Wanted Award 2022 atau GMWA 2022 secara umum pada majlis sidang media yang berlangsung hari ini di Regal Space, Bandar Damansara Perdana, Selangor. 

Buat julung kalinya, acara anugerah ini mencalonkan kandungan-kandungan terhangat pilihan peminat di arus media sosial oleh program hiburan Gempak Most Wanted untuk mengiktiraf personaliti dan bakat digital terkemuka dalam industri hiburan tempatan. Senarai pencalonan akhir adalah berdasarkan kepada pencalonan yang dibuat oleh peminat serta label atau syarikat naungan menerusi platform digital Facebook, Instagram, TikTok, Youtube dan Twitter.

Untuk makluman, pencalonan anugerah ini diambil kira untuk kandungan di antara 12 Oktober 2021 sehingga 12 November 2022 sahaja. Fasa undian kedua (Top 5) telah pun dilakukan oleh pihak Juri Profesional pada 29 November lalu dan undian bagi pemenang utama bagi setiap kategori akan dibuka pada 15 Disember 2022 sehingga 15 Januari 2023 di laman sesawang rasmi Gempak Most Wanted. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.gempakmostwantedawards.com.

Menampilkan artis-artis ternama serta kehadiran bakat personaliti baharu dalam pencalonan GMWA 2022, anugerah ini mengangkat prestasi dan reputasi mereka sebagai ‘digital content creator’ serta memberi peluang kepada personaliti media sosial yang sedang meningkat naik untuk mencipta nama sejajar dengan yang sudah berkecimpung dalam dunia hiburan digital.

Dolla, kumpulan pop popular Malaysia adalah antara yang tercalon dalam dua kategori iaitu ‘Video Muzik Tergempak 2022’ dan ‘Lagu Trending Tergempak 2022’ bersama-sama Janna Nick menerusi lagunya yang bertajuk Gatal dan juga pasangan duet yang popular menerusi lagi Casablanca, Naufal Azrin & Nuha Bahrin. 

Namie SMY, salah seorang peserta kumpulan UBI yang menjuarai Muzikal Lawak Superstar musim ketiga turut tercalon dalam kategori ‘Digital Content Creator Tergempak 2022’ di samping Khairul Aming dan Ryan Bakery.

Menggegarkan semua rakyat Malaysia dengan pendedahan wajah anaknya buat pertama kali di media sosial, video anak sulung kepada pelakon, pengacara dan usahawan ternama, Noor Neelofa iaitu Bilal turut menyaingi dalam acara anugerah ini dalam kategori ‘Video Trending Tergempak 2022’ bersama video Swipe Challenge oleh Meerqeen, video Abe Bomba, video Adik Curi Frame Awani serta Mark O’dea & Arieff Yong.

GMWA 2022 juga akan mempersembahkan anugerah utamanya iaitu ‘Gempak Most Wanted 2022’ berdasarkan jumlah keseluruhan undian peminat daripada kesemua kategori. 

Selain itu, acara berprestij GMWA 2022 juga akan dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada De Fam, Bunkface, Haqiem Rusli, The Gadys, Sara Sisters dan ramai lagi, meletakkan pentas kemuncak anugerah ini setanding kemegahan malam anugerah Grammy Awards yang pasti akan mengujakan semua penonton. 

Malam anugerah GMWA 2022 akan dikemudikan oleh hos tetap program mingguan Gempak Most Wanted iaitu Amelia Henderson dan Sean Lee serta akan ditemani dua lagi hos popular sebagai kejutan. 

Manakala, pembukaan malam anugerah tersebut akan dimulakan dengan acara Karpet Magenta yang akan dihoskan oleh Isha Norsham dan Daniel Cheang di mana akan turut menjadi hos kepada Gempak Most Wanted Award 2022 Live+ menerusi platform digital Astro Gempak. 

Gempak Most Wanted Awards 2022 ini juga dikuasakan oleh Astro Fibre. Dengan proposisi ‘Ini Bukan Sembang Kencang, Ini barulah Wifi Kencang!’, Astro Fibre memberikan rangkaian internet yang pantas dengan serendah RM99 sebulan. Untuk melanggani Astro Fibre, layari astrofibre.com.my.

Menampilkan konsep vibrant, trendy & bold, acara berprestij GMWA 2022 bakal menemui para penonton pada 26 Februari 2023 secara langsung dari Dewan Auditorium MBSA, Shah Alam, eksklusif di platform Astro Ria (104) dan platform penstriman Youtube dan Facebook Astro Gempak. Yang penting, trending!

PETIKAN KENYATAAN RASMI WAKIL GEMPAK

Syazwan Zakariah - Ketua Content Studio Astro

“Sempena ulang tahun ke-10 Astro Gempak, kami merasakan inilah waktu yang paling tepat untuk meraikan bakat-bakat dan personaliti yang lahir dari dunia digital menerusi Gempak Most Wanted Awards (GMWA) 2022. 

Sebagai jenama No.1 hiburan digital di Malaysia, kami berharap penganjuran acara ini dapat memberi lebih penghargaan, motivasi dan galakan kepada barisan ‘content creator’ di luar sana, sama ada yang baru mahupun yang berpengalaman. 

Astro Gempak melihat generasi ‘content creator’ hari ini mempunyai kuasa yang sangat besar dalam mempengaruhi dan memberi inspirasi kepada masyarakat. Justeru, pemilihan calon-calon untuk anugerah ini melalui proses tapisan yang ketat dan mengambil kira pandangan dari pelbagai pihak professional selain pencalonan dari pihak awam. 


Sebagai penerbit dan penyiar, kami mahu memastikan barisan calon dan pemenang nanti bukan sekadar menghiburkan dan ‘trending’ di pelbagai platform media sosial, tetapi yang paling utama adalah kandungan yang dihasilkan itu membawa nilai-nilai positif dan memberi manfaat. Besar harapan kami agar GMWA 2022 menjadi medan perintis untuk ‘content creator’ terus berdaya saing dalam menghasilkan kandungan berkualiti.”

SENARAI CALON TOP 5 & KATEGORI GMWA 2022

KATEGORI 1: VIDEO TRENDING TERGEMPAK 2022
1. Abe Bomba; TikTok @nakaltapihalal
2. Swipe Challenge – Merqeen; TikTok @merqeen
3. Anak Neelofa Bilal; Instagram @neelofa
4. Adik Curi Frame Awani; TikTok @501awani
5. Mark O’dea & Arieff Yong; TikTok @markodea8

KATEGORI 2: DIGITAL CONTENT CREATOR TERGEMPAK 2022
1. Khairul Aming
2. Ryan Bakery
3. Mek Yun
4. Syahmi Sazli
5. Namie SMY

KATEGORI 3: DIGITAL INFLUENCER TERGEMPAK 2022
1. Nelysa Norazlan
2. Imran Bard
3. Azfar Heri
4. Ceddy Ang
5. Hafiz Mahamad

KATEGORI 4: DRAMA TRENDING TERGEMPAK 2022
1. One Cent Thief (ASTRO ORIGINAL)
2. Melur Untuk Firdaus (TV3)
3. Dendam Seorang Isteri (ASTRO PRIMA)
4. Suamiku Lelaki Pendosa (TV3)
5. Kau VS Aku (SOOKA)

KATEGORI 5: VIDEO MUZIK TERGEMPAK 2022
1. Gatal – Janna Nick
2. Casablanca – Naufal Azrin & Nuha Bahrin
3. Bad – DOLLA
4. Ku Ikhlaskan – Dato Seri Vida
5. Satu Malam Di Temasek – Joe Flizzow

KATEGORI 6: LAGU TRENDING TERGEMPAK 2022
1.Casablanca – Naufal Azrin & Nuha Bahrin
2. Bad – DOLLA
3. Sayunk I Love You – Chombi
4. Satu Malam Di Temasek – Joe Flizzow
5. Gatal – Janna Nick

KATEGORI 7: MOTIVATOR DIGITAL TERGEMPAK 2022
1. Fathi Hussein
2. Zack Kirana Ibrahim
3. Dr Malar Santhi
4. Slurpee Crank
5. Hazeman Huzir

KATEGORI 8: PERSONALITI GAMER TERGEMPAK 2022
1. Soloz
2. Jaa Suzuran
3. Daddy Hood
4. Yana Samsudin
5. Kambing Golek

KATEGORI 9: SELEBRITI DIGITAL TERGEMPAK 2022
1. Ain Edruce
2. Zarul Umbrella
3. Siti Nurhaliza
4. Sharnaaz Ahmad TV
5. The Tya’s Family

GEMPAK MOST WANTED AWARDS 2022

         


Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.