Skin Aqua UV Watery Essence SPF50+

Sunday 2 May 2021

Lepas sunscreen Bioré's UV Aqua Rich Watery Essence SPF50+ habis guna, I tukar kepada Skin Aqua UV Watery Essence SPF50+ pulak sebab yang I guna tu dah habis stok. Ada yang ni je dekat Guardian tu. So I thought why not lah try sebab tetap ada elemen Watery Essence dengan teknologi Solarex-3 yang dicipta oleh syarikat Mentholatum. 


Warna tiub sunscreen jenis ni pun sama dengan Bioré's UV Aqua Rich Watery Essence SPF50+  tapi biru dia lebih light dan cair lah. Even tekstur dia lebih kepada jeli macam tu. Sepatutnya lebih senang lah menyerap berbanding yang Biore tu kan? Malangnya tak. Dalam amaun yang sama I apply dekat muka, dia ambil masa untuk menyerap lepastu jadi greasy dan berminyak. Dah la I tak suka warna dia sebab macam warna kahak. Setiap pagi akan timbul perasaan geli dan berdoa sunscreen ni cepat habis. 


Yewww kan warna dia? Dalam gambar mungkin sebab lighting, tak la nampak ketara sangat warna kahak/hingus tu. Tapi dekat mata I memang rengsa betul bila nengoknya. 


Ingredients : 

Water, alcohol, Ethylhexyl Methoxycinnamate, Phenylbenzimidazole Sulfonic Acid, Biosaccharide Gum-1, C14-22 Alcohol/C12-20 Alkyl Glucoside, Propylene Glycol Dicaprylate/Dicaprate, Cyclopentasiloxane, Disodium Phenyl Dibenzimidazole Tetrasulfonate, Diethylamino Hydroxybenzoyl Hexyl Benzoate, Bis-Erhyhexyloxyphenol Methoxyphenyl Triazine, Silica, Butylene Glycol, Ethylhexyl Triazone, Polysorbate 60, Sodium Hydroxide, Sodium Citrate, Methylisothiazolinone, Methylparaben, Propylparaben, Phenoxyethanol, Behenyl Alcohol, Tremella Fuciformis Polysaccharide, Xanthan Gum, Fragrance, Disodium EDTA, Citrus Aurantium Bergamia (Bergamot) Fruit Oil, Helianthus Annuus (Sunflower) Seed Oil, Rosmarinus Officinalis (Rosemary) Leaf Extract, Sodium Ascorbyl Phosphate, Sodium Hyaluronate, Caprylic/Capric Triglyceride, Laminaria Ochroleuca Extract, Citric Acid, Ectoin.


Harga Skin Aqua UV Watery Essence SPF50+ ni mahal sikit berbanding Bioré Aqua Rich sebab dia offer menjaga kulit dengan ejen anti-penuaan supaya kulit kekal tampak muda. Untuk tempoh selama 3 bulan penggunaan, rasanya I tak perlu fokus sangat dengan yang ni since kulit I masih muda lagi. Unless I dah menjejak umur 40s. 

Kalau tengok dekat bahagian belakang tu ada Super Hydration tapi bila apply tak rasa pun sejuk macam air atau kulit lembap. Rasa sticky dan panas sebab kena blend lama kot masa apply tu. 


Untuk perbandingan, boleh tengok tekstur sunscreen yang mana lebih ringan kan tapi macam I cakap lah, Bioré Aqua Rich lebih senang menyerap masuk ke dalam kulit. Bau pun lebih wangi. Kalau pakai sunscreen Skin Aqua quite a nightmare sebab muka akan jadi berminyak sampaikan susah nak blend elok dengan powder. Melainkan kalau I pakai foundation Matte Maybeline. Itupun kena ambil masa yang lama untuk dab supaya tak bercapuk. 

Untuk harga yang lebih mahal, warna yang menggelikan, bau tak best dan kesan yang tak syok pada kulit, I prefer guna Bioré Aqua Rich. Tapi untuk next sunscreen I dah beli 3W Sunscreen sebab jauh lebih murah. Hopefully syok lah nak pakai. Kalau tak okay, maybe I'll switch back to Bioré Aqua Rich.

2 comments

  1. kepala bertanduk akak nampak warna sesuatu yg lain. taknak cakap la... Pana gadis sunti...hahaha

    ReplyDelete
  2. rasanya bukan jenama Biore sunscreen ni. Bukan Mentholatum ke

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.