Movie Review | Radhe : Your Most Wanted Bhai

Friday 14 May 2021

Director : Prabhu Deva

Writer : A. C. Mugil, Vijay Maurya

Cast : Salman Khan, Disha Patani, Randeep Hooda, Jackie Shroff

Production Company : Zee Studios, Salman Khan Films, Sohail Khan Productions, Reel Life Production, Private Limited

Distributor : Zee Studios, Zee Plex, ZEE5

Genre : Action / Comedy

Running Time : 114 minutes

Release Date : 13 May 2021

Trailer :


Official remake dari movie Korea, The Outlaws (2017) mengisahkan tentang bandar Mumbai yang dilanda masalah ketagihan dadah dalam kalangan remaja bila Rana (Randeep Hooda) pulang ke sana untuk raih keuntungan yang tinggi. 

Bila semakin banyak kes kematian, pihak polis buntu untuk selesaikan masalah jenayah ni. Salah seorang pegawai cadangkan kepada Ketua Polis untuk lantik ACP Radhe (Salman Khan) yang digantung tugas kerana langgar protokol. Serta-merta arahan dikeluarkan untuk ACP Radhe kembali bertugas di bawah penyeliaan ACP Avinash (Jackie Shroff). Radhe dapat tahu kegiatan Rana kemudiannya misi memburu pun bermula. 

Sinopsis I tak payah panjang pun takpe sebab jalan cerita movie Radhe ni tersangatlah simple even dalam trailer pun dah boleh faham apa pengarah nak sampaikan. Tengok pada genre dan citarasa Prabhu Deva sebagai pengarah, dah boleh agak dah flow cerita ni macam mana. Kalau belum tengok The Outlaws pun tak ada masalah sebab movie ni cuma adaptasi longgar. 

Dalam template masala yang dipersembahkan, stunt choreography tak berapa menyerlah pun sebab Radhe berjaya tumpaskan musuh dalam sekelip mata. I mean, literally sekelip mata. Bila Radhe muncul je semua anak buah pihak lawan dah bergelimpangan dah. Kreatif la dekat situ sebab Salman Khan dah tak mampu nak buat action stunt dah pun tapi still nak pegang title action hero. Even scene dia menyembang pun dah mengah dia nak deliver dialogue, apatah lagi scene berlawan kan? 

Bukan setakat berlawan je, dancing steps dia pun menyedihkan walhal banyak lagu yang diletakkan dalam movie Radhe. Steps mudah pun dia tak mampu deliver dan nampak kaku. Kebanyakan shot adalah close up pada certain body area macam focus dekat muka ataupun kaki. 

Prabhu Deva terkenal dengan dance choreography susah dan unik tapi dalam movie ni nampak merepek. Tak macam Shahid dengan Sonakshi dalam R…Rajkumar ataupun Akshay Kumar dalam Rowdy Rathore. Lagu Seeti Maar ni adalah remake kepada lagu Seeti Maar yang dipopularkan pada tahun 2017 oleh Allu Arjun sebab dance steps yang energetik dan kekuatan karisma dia tapi bila Salman yang buat MV tu jadi merepek dan memalukan. 


Dalam ramai pelakon yang berlakon dalam movie ni cuma 2 orang je yang deliver watak dengan baik – Randeep Hooda dan Pravin Tarde. Kesian sebenarnya dengan Randeep Hooda sebab dia dah bereksperimen dengan bakat lakonan dia even berlakon dalam movie Extraction (2020) tapi nama dia cuma disebut oleh orang industri bila berlakon dalam movie-movie Salman Khan. Dia sampai terpaksa mengaku yang Salman adalah lifeline dia untuk survive sedangkan bakat dia jauh lebih bagus. Dapat watak sampingan atau antagonis pun tetap cemerlang. 

Visual dalam movie Radhe agak menyedihkan sebab vfx tak kemas walhal movie Radhe banyak bergantung dengan green screen. Scene Rana pula kebanyakannya disunting dengan sephia tone. Tak faham kenapa bila watak jahat muncul je mesti warna kuning. Ataupun ni tribute untuk movie Extraction? 

Berbeza dengan Disha Patani yang hadir hanya untuk dieksploitasi setiap kali muncul onscreen. Movie Radhe ni untuk tontonan keluarga pada Hari Raya tapi kenapa watak Disha dipersembahkan macam tu? Dialog Radhe terhadap Disha pun berbaur lucah. Kalau sebelum ni akan keluar news yang Salman Khan marah heroin dia pakai sexy tapi untuk movie ni tak keluar langsung. Wardrobe Disha sexy sangat. Bila tengok career graph Disha sekarang ni rasa kesian lah sebab masa debut dulu Disha antara promising actress dengan muka cantik dan dancing skills yang bagus. 

Tak tahu lah fakta ni penting ataupun tak tapi Salman dah pecahkan polisi ‘no onscreen kissing’ sebab target audience dia family. Mungkin dia rasa ni strategi untuk naikkan movie Radhe sebab previous movies flop berturut-turut sejak Reshma Shetty berhenti jadi manager dia. Ranking pun dah kalah dengan Akshay Kumar. Ada kemungkinan tak dalam Tiger 3 nanti ada scene yang sama dengan Katrina Kaif? One can wonder…

Overall movie ni cuma lah tribute kepada movie-movie Salman Khan yang pernah famous di Bollywood sebab banyak sangat scene mention semua movie dan TV show Salman. Product placement handphone Realme pun bersepah dengan scene selfie tak sudah. Dialog yang cringe dan lawak hambar. Ingatkan movie Race 3 dah cukup teruk dah rupanya Radhe buktikan sebaliknya. 

You guys boleh tengok Radhe dekat cinema.tonton.com.my

1. Team Production +0.4, 2. Visual +0.3, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.2, 5. Casting +0.2, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.2, 8. Editing +0.2, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0 = 2.3/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.