Movie Review | Sardar Ka Grandson

Saturday 22 May 2021

Director : Kaashvie Nair

Writer : Anuja Chauhan, Kaashvie Nair, Amitosh Nagpal

Cast : Arjun Kapoor, Rakul Preet Singh, Neena Gupta, John Abraham, Aditi Rao Hydari, Kanwaljit Singh, Soni Razdan, Kumud Mishra, Divya Seth, Mir Mehroos

Production Company : T-Series, Emmay Entertainment, JA Entertainment

Distributor : Netflix

Genre : Drama / Comedy

Running Time : 140 minutes

Release Date : 18 May 2021

Trailer :


Lepas putus tunang dengan Radha (Rakul Preet Singh) gara-gara kesilapan yang dilakukan dalam syarikat yang dimiliki bersama, Amreek (Arjun Kapoor) pulang ke Amritsar, India untuk berjumpa dengan nenek kesayangan dia, Sardar (Neena Gupta). Ayah dia (Kanwaljit Singh) bagitahu yang Sardar tak ada masa yang lama dah untuk hidup sebab tumor dia makin bertambah. 

Amreek merupakan cucu kesayangan Sardar dari kecil lagi dan dia berharap sangat Amreek dapat tunaikan hajat dia untuk pergi ke Lahore supaya dapat lawat rumah lama dia sebelum pergi tinggalkan mereka semua. Rumah tu dibina pada tahun 1940, sebelum India dan Pakistan terpisah menjadi dua negara. Agak susah nak tunaikan hajat Sardar tu sebab dia dah pun disenaraihitamkan dari negara Pakistan akibat pukul kepala Datuk Bandar (Kumud Mishra) masa perlawanan kriket. 

Puas Amreek merayu untuk dapatkan visa masuk ke Pakistan untuk Sardar tapi tak berjaya. Hanya permohonan visa Amreek sahaja diluluskan. Sudahnya Amreek buat proposal untuk pindahkan rumah Sardar yang dipenuhi kenangan bersama mendiang suami dia, Gursher Singh (John Abraham) bawa balik ke India. Dengan pengalaman dan skills yang Amreek ada sebagai founder Gently Gently, dia berbincang dengan Radha untuk bawa pulang rumah tersebut sebagai hadiah kepada Sardar. 

Semua orang yang tahu tentang ni anggap Amreek gila termasuklah keluarga dia sendiri, tapi bukan sesuatu yang luar biasa pun sebab dekat Los Angeles memang dah biasa. Even dekat Malaysia pun pindah rumah antara aktiviti muafakat antara penduduk kampung satu ketika dahulu. Sekarang mungkin dah tak banyak lah sebab orang Malaysia lebih prefer rumah batu. 

Berbalik kepada movie Sardar Ka Grandson terbitan T-Series, Emmay Entertainment dan JA Entertainment ni mengetengahkan konsep cerita yang fresh dan berbeza. Sayangnya pengarah dan penulis Kaashvie Nair lebih tertumpu pada konflik keluarga Amreek daripada menceritakan fakta dan skills untuk profesion pindah rumah ni. 

Boleh je masukkan macam mana demografi LA dengan Pakistan akan mempengaruhi proses pemindahan tersebut. Macam penduduk Pakistan yang suka gantung bendera ataupun kain rentang di jalan. Peralatan yang akan digunakan, kos-kos terlibat dan beberapa faktor lain seperti cuaca. Semua ni boleh dimasukkan dalam scene perbincangan bersama Radha ataupun dengan pegawai kedutaan instead of mute dan gantikan dengan soundtrack. 

Dekat second half tu pengarah cuba masukkan elemen drama bila wayar elektrik mengganggu proses tersebut tapi tak menjadi sangat lah elemen drama tu sebab persoalan tu dah timbul sejak Amreek jejakkan kaki di kawasan tu. Jadi mehhh bila pengarah buat scene Amreek terkejut dengan masalah tu sedangkan dia dah berbincang dengan Radha dan pegawai kedutaan. Makcik bawang kat situ pun cakap ‘takkan tak fikir dulu masa proposed haritu’. Demmm makcik bawang 1 – Amreek 0. 

Lakonan Arjun Kapoor not bad lah tapi yang mencuri perhatian haruslah Neena Gupta sebagai nenek tua berumur 90 tahun. Ada saja perangai dia yang buat I terhibur tengok. Tapi yang buat I amazed bila dia boleh copy gaya lakonan Aditi Rao Hydari yang lakonkan watak dia masa muda. Walaupun bertukar pelakon mengikut range usia, lenggok dan karakter watak Sardar tu tetap sama! 

Visual dari Mahendra J Shetty mainkan peranan yang besar dalam movie genre drama komedi terutamanya bila rumah dua tingkat tersebut nak dibawa pulang ke Amritsar. VFX nampak real dan beberapa effects membantu menghidupkan penceritaan. Shot dari beberapa angle buatkan chemistry antara Arjun-Rakul dan John-Aditi nampak cantik dan romantik. Music album dari Tanishk Bagchi quite okayish. 

Walaupun movie ni mengetengahkan mesej perpaduan antara dua negara tapi apa motif Chhote (Mir Mehroos) beria bantu Amreek pun tak dikembangkan. Dan kenapa Datuk Bandar sakit hati sangat juga tak dijelaskan dengan lebih mendalam. Movie Sardar Ka Grandson berlatarkan komuniti masyarakat Punjabi tapi kebanyakan dialog nampak seolah memperlekehkan komuniti tersebut dan try hard untuk masukkan oh-ho dalam kebanyakan daily conversation. 

Movie ni boleh jadi lagi best kalau digarap dengan lebih padat isi ceritanya bila kisah ni diinspirasikan dari kisah benar tentang kerinduan Krishan Kumar Khanna pada rumahnya di Pakistan. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.4, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.3 = 6.6/10

3 comments

  1. jalan cerita nampak menarik juga tapi sayang bila pengarah nak cerita dia terlebih drama

    ReplyDelete
  2. patotnya true story should be amazing kan

    ReplyDelete
  3. plot pasal pindah rumah tu kalau lebih detail mesti lagi menarikkan Farhana.. Yelah buat orang teruja nak tahu macam mana nak dibuat..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.