Drama Review | Vincenzo (2021)

Tuesday 4 May 2021


Director : Kim Hee-won

Writer : Park Jae-bum

Cast :  Song Joong-ki, Jeon Yeo-been, Ok Taec-yeon, Kim Yeo-jin, Kwak Dong-yeon, Jo Han-chul, Choi Young-joon

Production Company : Logos Film

Distributor : tvN, Netflix

Genre : Crime / Legal / Drama

Running Episodes : 20 episodes

Release Date : 20 February 2021 – 2 May, 2021

Trailer : 

‘I am Vaisravana who leads yakshas and rakshasas. I'm still a villain and couldn't care less about justice. Justice is weak and empty.’

Selepas kematian boss yang dianggap seperti ayahnya, Consigliere Vincenzo Cassano (Song Joong-ki) bawa diri ke Korea Selatan untuk ambil timbunan jongkong emas berjumlah 1.5 trillion won yang terletak di basement Geumga Plaza. 

Kesemua jongkong emas tu kepunyaan Shaolin Wang dan dikawal dengan sistem keselamatan yang ketat. Hanya dengan menggunakan imbasan iris Shaolin Wang sahaja bilik kebal tu boleh dibuka dengan selamat tanpa meruntuhkan bangunan tersebut. Selepas kematian Shaolin Wang, Vincenzo dan kawan baik dia, Mr. Cho (Choi Young-joon) cuba untuk keluarkan emas tersebut tanpa pengetahuan sesiapa. 

Malangnya plan mereka berdua akan memerlukan masa yang agak panjang kerana kawasan tersebut dijadikan kuil kepada tok sami Buddha. Sementara menunggu masa yang sesuai, Vincenzo tinggal di bangunan tersebut dan kemudiannya berjumpa dengan peguam Hong Yoo-chan (Yoo Jae-myung). Beliau antara yang berkeras pertahankan Geumga Plaza daripada dirobohkan oleh Babel Group, syarikat gergasi di Seoul. 

Anak perempuannya, Hong Cha-young (Jeon Yeo-been) merupakan peguam panel kepada Babel Group yang sering terpalit dengan kontroversi. Salah seorang dari sukarelawan yang bersetuju untuk mencuba painkiller dari makmal Babel Group tuduh syarikat tersebut masukkan bahan kimia berdos tinggi – RD90. Bagi Babel Group, wang memainkan peranan penting untuk mendapatkan kelulusan untuk kesemua projek haram mereka. 

Dengan kepakaran dalam bidang guaman, Vincenzo bantu peguam Hong untuk menang kes mahkamah yang melibatkan Babel Group sampaikan mereka berdua dilanggar lori putih. Selepas kematian peguam Hong, Cha-young ambil alih firma guaman kecil ayah dia dan berazam untuk membalas dendam. 

‘Times have changed. Earnest, upright and old-fashioned lawyers like me can never beat people who are corrupt. You need someone who’s strong and brazen.’ - Hong Yoo-chan

Plot utama drama Vincenzo ni menarik dengan mengetengahkan kejahatan melawan kejahatan. Vincenzo bukanlah watak protagonis yang mengikut undang-undang walaupun dia adalah peguam di Itali. Hakikatnya Vincenzo lebih memainkan watak villain atau mafia dengan sisi lembut sejak pulang ke tanah air. Lakonan Song Joong-ki tampak meyakinkan sebagai mafia walaupun macam kelakar bila dengar accent Korea dia pekat masa berbahasa Itali. Dia dibawa ke Itali dari kecil tapi Hangeul tetap bahasa utama dia. 

Malangnya pengarah terlampau angkat Vincenzo sebagai manusia serba boleh dan kebanyakan watak sampingan terlampau bergantung pada dia. Dinamik antara Vincenzo dan Mr. Cho tenggelam dengan plot twist cliché. Chemistry antara Vincenzo dengan Cha-young juga nampak canggung dan cliché seperti dalam babak romantis antara watak utama. Buang masa tengok so kebanyakan masanya I skip je. 

Kalau diikutkan drama Vincenzo di bawah terbitan Logos Film boleh habis dalam 10 atau 12 episod tapi penulis Park Jae-bum stretch dan drag dengan strategi dan sub-plot yang berulang. Macam watak Choi Myung-hee (Kim Yeo-jin) acapkali membunuh pegawai yang tolak tawaran rasuah atau sesiapa yang tidak ambil pusing dengan ugutan dia. Jelak bila dari awal drama sehingga ke penghujung dia meggunakan modus operandi yang sama. Setiap kali ada extra yang muncul pada waktu siang pasti akan mati dengan tragis pada waktu malam. Thanks lori putih. 

Watak Jang Han-seok (Ok Taec-yeon) didedahkan terlampau awal sampai hilang rasa gerun bila sisi psiko narsistik dia muncul. Ingatkan pengarah nak garap watak dia untuk jadi sparring partner Vincenzo tapi sayangnya dia cuma berani dekat belakang je. Dia hidup pun sebab Vincenzo bagi hidup. But still I amazed dengan dialog dia bila ditanyakan kenapa dia lebih suka hidup berselindung di balik Jang Han-seo (Kwak Dong-yeon). 

‘God enjoys making people suffer while remaining hidden someplace. Then he gives a couple of happy moments to delude them into thinking that life is worth living.’

Banyak lagi dialog  dari beberapa watak utama yang diambil dari famous quotes berkenaan strategi untuk mengalahkan musuh. Tapi disebabkan tak berapa banyak sangat knowledge tentang sejarah Itali ataupun politik negara baik Korea ataupun Benua Eropah, kebanyakan scene macam lost tanpa tahu makna sebalik quote, butir bicara ataupun props. Macam Guillotine File yang dicari tu adalah hukuman besar-besaran pada era French Revolution. Hukuman guillotine dicipta untuk orang ramai dapat tengok perangai sebenar individu yang berkuasa di atas. Macam dalam drama Vincenzo, individu tersebut adalah hakim, peguam, menteri dan lain-lain. 

Background score dari Park Se-joon menghidupkan feels dan mood pada beberapa scene. Komposer Park Se-joon menggunakan banyak instrumental atau musik klasik yang dicipta untuk menceritakan sejarah pada zaman tersebut. Tapi macam I cakap tadi, sebab kurang pengetahuan jadi tak boleh nak enjoy sangat.


Penggunaan CGI dalam drama Vincenzo memang banyak especially pada scene yang melibatkan negara Itali sebab semua tu visual effects dari studio Netflix je. Bila tengok tu tak sangka langsung Itali buatan. Details pada screenplay menambah makna pada beberapa scene macam elemen burung bila penggunaan gagak untuk menggambarkan kematian dan burung merpati, Inzaghi bawa maksud ketenangan dalam hidup Vincenzo. Elemen laut dalam yang menggambarkan kejahatan Babel Group tanpa batas. 

Walaupun drama ni tak logik dan tema perundangan cuma muncul sebagai satira kepada sistem perundangan yang dibutakan oleh rasuah, tapi action stunt Vincenzo dan pendirian dia tetap mencuri perhatian. Scene dia prank Han-seok atas stage tu gempak. Scene dia bunuh semua musuh dia pun menarik. Suka tengok ekspresi muka Vincenzo bila dia bunuh orang. Puas hati sangat tengok 3 watak jahat dalam drama ni mati dengan sifat mereka. Yang suka tikam belakang mati ditikam, yang suka menari dan permainkan hidup orang, menari sehingga mati dan yang kejam tanpa belas ditusuk tepat pada jantung. 

Tapi geram ada beberapa watak yang sengaja dibunuh oleh penulis untuk menghidupkan elemen drama walhal watak penting dalam hidup Vincenzo. Sekali lagi template cliché yang merosakkan plot utama dan penceritaan drama Vincenzo. Kalau suka dengan Song Joong-ki dalam avatar mafia, boleh la layan drama ni. 

1. Team Production +0.4, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +1, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0,4, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.3 =5.7 /10

10 comments

  1. i suka Song Joongki tapi macam susah nak masuk dengan cerita ni, tak berkenan dengan heroin dia..haha

    ReplyDelete
  2. kita singgah sini baca review. ramai yg bgtau kdrama ni best, plus main hero tu kak pip suka :)) ehehe

    ReplyDelete
  3. Tak tengok lagi drama ni tapi ramai kata best.

    ReplyDelete
  4. Best! Tapi tak sanggup nak tengok han seo mati :')
    Tapi dia mati bukan menjadi orang jahat. Nasib baik dia sempat merasa ada "hyung" walaupun bukan abang kandung sendiri kannnn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patutnya Vincenzo pergi fight dengan Babo tu instead of buka ikatan cha-young. Benda tu bila2 pun boleh buat. Sakit hati gila matikan watak macam tu je padahal watak tu ada character development

      Delete
  5. tengok dalam 3 ke 4 episod je... macam tak masuk dengan jiwa

    ReplyDelete
  6. Macam menarik pula Song Joong-ki bawa watak mafia..

    ReplyDelete
  7. Hahah thanks lori putih.

    ReplyDelete
  8. tak berkesempatan lagi nak layan drama ni... walapun tengook ramai yang update di fb...
    cuma kalau teringat ok tey chon tu, teringat la masa tengok dia mula-mula kat 3 meals a day tu betapa lembss nya dia ... tapi yelah tu dulu-dulu kot skrg dia dah semakin bagus

    ReplyDelete
  9. Ala tak tengok lagi. Cuma tahu ada orang share green screen digunakan. Memang tak sangka hasilnya

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.