Movie Review | Blok 404 (2018)

Thursday 13 May 2021

 

Pengarah :  Azma Aizal Yusoof

Penulis Skrip :  Adza Emie

Pelakon :  Raja Azrey, Dato’ Boy Iman, Zamarul Hisham, Amar Asyraf, Nadia Brian, Aedy Ashraf, Risteena Munim, Adrea Abdullah, Izreen Azminda, Fasha Sandha, Azrel Ismail, Taufiq Hanafi

Syarikat Produksi : DBI Entertainment

Pengedar :  Empire Film Solutions

Genre : Triler / Seram

Durasi Tayangan :  82 minit

Tarikh Tayangan : 28 Jun 2018

Trailer :


Masa nampak movie ni dekat WeTV, ingatkan movie Blok 404 (2003) yang pernah famous dulu rupanya tak walhal kebanyakan pelakon utama dia sama. Movie Blok 404 ni diterbitkan di bawah DBI Entertainment milik Dato’ Boy Iman. Katanya movie Blok 404 yang asal adalah special untuk dia so dia nak buat pembikinan semula di bawah production house dia. 

Jalan cerita tak sama walaupun movie ni dianggap sebagai pembikinan semula tapi konsep tu lebih kurang la bila ada rumah di dalam hutan yang menunggu mangsa. Dalam movie Blok 404 di bawah arahan Azma Aizal Yusoof mengisahkan guesthouse 404 milik Wan (Raja Azrey) di dalam hutan dengan konsep ‘Back to Nature’ sebab dekat situ takde wifi ataupun line telco pun. Kawasan guesthouse tersebut dijaga dan dibersihkan oleh Husin (Zamarul Hisham). 

Misha (Risteena Munim) baru mula bekerja dan sudah diberi amaran supaya jangan buka bilik yang mempunyai laluan ke bawah tanah. Kekasih dia, Dwan (Amar Asyraf) pujuk supaya berhenti sebab tempat tu macam pelik tapi Misha bertegas untuk stay. Tambah pula ada artis, Hairi (Amar Asyraf) dan kekasih dia, Intan (Nadia Brian) yang bekerja sebagai model dan agak terkenal di Instagram. Zul (Dato’ Boy Iman) yang bawa mereka berdua ke guesthouse tu sebab kereta mereka rosak di tengah jalan. 

Disebabkan ramai yang menetap pada minggu tersebut, Wan ajak mereka semua untuk datang ke parti BBQ. Kecoh pada awal parti bila Intan nampak mesej dari perempuan lain dalam handphone milik Hairi. Bila Intan pergi dari situ dalam keadaan marah, Hairi abaikan dan cuba mengorat Misha. Tanpa mereka semua sedar Intan diserang oleh lelaki bertopeng dan disuntik dengan cecair supaya badannya kejang. Lelaki tersebut perlahan-lahan menyeksa Intan dan merakam perbuatan tersebut sehinggalah Intan mati dibunuh dengan peralatan yang ada di situ. 

Lelaki bertopeng tu dah muncul pada babak awal di mana sepasang suami (Kamal Adli) isteri (Kilafairy) diseksa akibat dosa mereka yang suka menerima rasuah. Kiranya movie ni nak sampaikan mesej yang pembunuh bertopeng ni akan muncul dan sucikan negara daripada orang-orang yang suka melakukan seks rambang, rasuah, penggunaan dadah, pencemaran alam sekitar dan dosa-dosa lain yang mencemarkan dan menyakiti orang lain. Tapi tak faham kenapa pembunuh attack Dwan sedangkan dia suka dengan alam dan tak buat dosa apa pun. Kejam pulak tu siksaan dia dapat. 

Sinematografi Mohd Shahreel Abu Bakar tak menghidupkan elemen misteri ataupun seram sangat pun. Tambah pula bila ada scene yang disunting dengan lemah. Rasanya teknik tu digunakan dalam movie Blok 404 yang asal tapi macam tak syok pula bila guna untuk movie sekarang. Kalau tribute pun macam tak kena pada tempatnya. 

Movie Blok 404 yang asal berjaya tinggalkan trauma yang mendalam sebab lakonan Raja Azrey yang psiko dan mengerikan masa dia buru mangsa dia dalam banglo tu. Berbeza dengan movie 2018 ni bila pembunuh bertopeng dan konconya membunuh tanpa sebab pun. Memang niat mereka untuk sucikan dosa tapi bila diorang attack Dwan tu I dah rasa mehhhh. Diorang nak bunuh orang yang guna dadah tapi diorang pun sama je. 

For me instead of recreating Blok 404, why not diorang buat movie original je sebab idea ni fresh dan konsep ni pun jarang diketengahkan. Boleh nampak banyak scene yang ditapis macam scene penyiksaan tu sebab kamera lebih fokus dekat muka mangsa instead of luka mangsa. Even luka pun tak teruk mana dan darah pun tak banyak hasil dari penyiksaan tu. Kalau movie negara luar dah sebaldi darah team production guna. Macam scene suami isteri tu nampak tak logik bila tengok daging dipotong dari tangan diorang sebab makeup effect hasilnya amatur sangat. Pisau yang pembunuh guna pun tak ada kesan darah lepas dah potong daging dari si suami. 

Anyway, movie Blok 404 ni boleh la nak layan kalau bosan sangat tapi nak compare dengan movie asal tu jauh beza. Lakonan Dato Boy Iman sangat mengecewakan sebab try hard sangat. Chemistry Raja Azrey dengan Fasha Sandha nampak canggung. Sayang lah penulis tak tunjuk respond dari rakaman pembunuhan lelaki bertopeng ni sebab motif diorang attack artis dan model kerana nak raih populariti dan duit tapi yang tinggal hanyalah persoalan. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.2 = 4.8/10

2 comments

  1. ingatkan wetv upload movie lama, tak tahu pula ada remake blok 404 ni. ingat2 lupa je jalan cerita dia tapi rasanya yg versi asal lagi best..

    ReplyDelete
  2. cerita dia not bad tapi banyak scene yang disturbed for me.. macam lucah2 pulak tengok boy..why kena buat movie macam tu..macam over gila..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.