Movie Review | Maria Mariana II

Pengarah : Yusof Haslam

Penulis Skrip : Yusof Haslam

Pelakon : Erra Fazira, Ziana Zain, Awie, Rosyam Nor, Roy Azman, Noraini Hashim, Ning Baizura, Zulkifli Ismail, Shaharon Anuar, Jesslyn

Syarikat Produksi :  Skop Productions Sdn Bhd.

Pengedar :  Grand Brilliance Sdn Bhd, Skop Productions Sdn Bhd.

Genre :  Drama / Aksi

Durasi Tayangan : 118 minit

Tarikh Tayangan : 2 April 1998

Trailer :


Sequel dari movie Maria Mariana arahan Dato’ Yusof Haslam membawa kembali pergaduhan antara  Maria (Erra Fazira) dengan adiknya Mariana (Ziana Zain) walaupun pada filem lepas si kakak dah berkorban nyawa untuk selamatkan si adik. Kali ni pergaduhan meletus bila Mariana sering keluar malam untuk melepak di kelab malam dek kerana terkesan dengan kata-kata Ray (Roy Azman) tentang kisah silamnya.

Puan Zainab (Noraini Hashim) kecewa bila Mariana buat perangai lagi. Sangkanya perangai anak bongsunya akan berubah setelah sebulan Maria terlantar di hospital. Rupanya Mariana cuma nak balas dendam setelah dimalukan di khalayak ramai oleh Ray dan geng dia. Kejadian tersebut tak berhenti di situ bila Mariana dan Remy (Rosyam Nor) diganggu dalam perjalanan pulang ke rumah. Nasib baik Sazali (Awie) muncul tepat pada waktunya. 

'Buat pertama kali aku melihat ketakutan seorang lelaki di depan seorang perempuan. Perangkap dari soerang wanita yang kau anggap boneka yang boleh kau main-mainkan' - Mariana

Dek kerana terhutang budi, Mariana bekerja sebagai penyanyi di Kelab Malam X kepunyaan Sazali. Dari situ mereka berkenalan lebih rapat dan jatuh cinta. Bila Mariana sampaikan hasrat Sazali untuk datang merisik, ibunya menolak kerana pekerjaan Sazali yang dipandang serong oleh jiran sekeliling. Dalam masa yang sama Maria juga mendapat maklumat bahawa Sazali merupakan pengedar utama pil-pil khayal yang membahayakan masa depan anak muda di bandaraya Kuala Lumpur. 

Kalau dalam Maria Mariana 1, dua beradik ni banyak bertelagah mulut sampai masing-masing sedia maklum apa masalah yang dihadapi. Tapi dalam sequel pula masing-masing lebih banyak diam bila bergaduh. Durasi filem lebih panjang sikit dari yang sebelumnya tapi dipenuhi dengan flashback dari scene dalam Maria Mariana 1 dan soundtrack bila ada banyak scene kelab malam. Soundtrack dalam album Maria Mariana II ni ada banyak lagu dari penyanyi lain selain Ziana macam title track dari Slam, lagu Alangkah oleh Ning Baizura, Roda-Roda Kuala Lumpur dari AC Mizal dan banyak lagi. 


Memandangkan Maria pun dah bercinta dengan Dr. Faris (Zulkifli Ismail), ada banyak panorama berlatarbelakangkan lokasi terkenal di Kuala Lumpur macam Sunway Lagoon, Jalan Duta dan lain-lain. Dalam sequel ni banyak jugak scene dekat office Mariana sebab ada watak Remy yang syok dengan dia. Suka sangat tengok koleksi outfit yang dikenakan Mariana, nampak elegan sebab body cut Ziana yang lentik. Even dekat rumah pun outfit dia cantik-cantik berbeza dengan Maria yang pakai ala kadar. 

For makeup effects masih lagi amatur macam scene headshot tapi ada tompokan darah tanpa lubang tu kelakar jugak lah. Patutnya tak perlu close-up pun sebab posisi badan tu dah jelas menunjukkan watak tu sudah mati. Warna darah pun cair kemain padahal sirap zaman tu pekat je. Zaman tu mana ada inai instant macam sekarang, seminggu je dah hilang so warna inai masa scene majlis kahwin pudar gila. Patutnya tak payah tunjuk pun takpe sebab tak cantik. Btw masa scene kahwin ni ada cameo dari Syamsul Yusof masa kecik, jadi tukang pegang bunga manggar haha comel je. 

Lakonan Ziana masih lagi bagus dalam sequel dan kening dia pun banyak kali mainkan peranan berbanding filem sebelumnya. Ingatkan dalam sequel ni, Erra akan dapat screentime lebih tapi sama jugak, watak dia agak terhad. Kali ni perhatian lebih tertumpu pada Awie dan Rosyam Nor. Roy Azman pun dapat screentime lebih pada first half. 

'Aku ingin menatap keayuan wajah kau. Wajah seorang gadis manis yang sering membuat aku mimpi dalam tidurku. Simpan saja kisah hitam itu dalam lipatan hidup kau. Aku hanya mahu memiliki hati dan jiwa kau, Ana.' - Sazali

Tengok scene Awie ride motor dekat Kuala Lumpur rasa syok je macam shooting masa Hari Raya sebab jalan lengang. Sekarang ni Hari Raya pun penuh je kereta dekat KL tu. By the way thanks Netflix for Maria Mariana franchise. Takde la bosan sangat raya ni haha

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 9.4/10

7 comments

  1. Dah lama cerita maria mariana ni . Best jugak tgok

    ReplyDelete
  2. Ekceli tak suka sambungannya, suka MM 1 je hahaha

    ReplyDelete
  3. Masa tengok cerita ini suka tengok ekspresi ziana zain.. tambah-tambah part kening dia.. hehehe

    ReplyDelete
  4. aww masa semua tengah muda, hahah perasan gak kat netflix ada balik

    ReplyDelete
  5. Cerita lama ni hehe . Pernah tgk dlu

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.