Drama Review | The Big Bang Theory Season 7

Director : Mark Cendrowski

Writer : Chuck Lorre, Bill Prady

Cast :  Johnny Galecki, Jim Parsons, Kaley Cuoco, Simon Helberg, Kunal Nayyar, Mayim Bialik, Melissa Rauch, Kevin Sussman, Carol Ann Susi,  John Ross Bowie, Brian Posehn, Sara Gilbert, Brian George, Alice Amter, Michael Trucco, Christine Baranski, Kate Micucci, Brian Thomas Smith, Stephen Hawking

Genre : Sitcom

Running Episodes : 24 episodes

Release Date : 26 September 2013 – 15 May 2014

Production Company : CBS

Distributor : Netflix

Trailer :


Dekat episod akhir Season 6, Howard Wolowitz (Simon Helberg) letak nama Leonard (Johnny Galecki) untuk sea expedition bersama team Stephen Hawking selama 6 bulan. Sejak ketiadaan Leonard, Penny (Kaley Cuoco) luangkan masa bersama Sheldon Cooper (Jim Parsons) sampai bagitahu rahsia tentang movie debut dia padahal Sheldon dengan Leonard dah tahu pasal tu masa Penny datang berpindah ke apartment tu. 

Bila Leonard dah balik baru dia dapat tahu yang Raj (Kunal Nayyar) dah boleh bercakap dengan perempuan tanpa minum alkohol. Since then, dia suka lepak dengan watak-watak perempuan sebab sisi feminin dia. Tak lama kemudian Raj buat party dengan tema scavenger hunt dalam episod 3 - "The Scavenger Vortex" lepas murder mystery party dia gagal. Ada kawan macam Raj best kot sebab ada je idea dia untuk kawan-kawan buat aktiviti masa party. 

Penny: “You really going to lie on the floor and pretend to be dead the whole time?” 

Stuart: “What do you think I’d be doing at home?”

Leonard cadangkan pilih partner dengan cabut undi tapi Penny terasa sebab dia ingat Leonard dah menyampah dengan dia. So dia team up dengan Sheldon, Leonard dengan Bernadette (Melissa Rauch) dan Amy (Mayim Bialik) dengan Howard. 

Walaupun Howard lega dia tak satu group dengan wife dia sebab Bernadette agak agresif dan competitive gila tapi dia macam kekok jugak dengan Amy sebab sepanjang mereka berkawan, tak pernah lagi Amy dengan Howard lepak sama-sama. Masa dalam game ni baru Amy dengan Howard tahu yang diorang ada persamaan dan share music taste yang sama. Dalam episod 15 - "The Locomotive Manipulation" pun diorang spend time dengan partner masing-masing untuk Valentine’s Day dalam keretapi. Annoyed dengan perangai Sheldon tapi turned out to be the sweetest Valentine’s Day untuk Amy. 

Pengarah Mark Cendrowski  bawa balik watak Zack (Brian Thomas Smith) dalam episod 9 - "The Thanksgiving Decoupling" bila Penny cerita yang dia pernah pergi Vegas lepastu mabuk kemudian kahwin dekat sana. Penny dengan Zack anggap benda tu kelakar tapi Leonard minta diorang berdua bercerai secara rasmi sebab kahwin dekat Vegas sebenarnya valid. 

Beberapa watak dari season lepas mula dikembangkan dalam season ni macam Stephen Hawking a.k.a best friend Sheldon, Lucy (Kate Micucci) yang sekejap nak sekejap taknak dengan Raj, Dr. "Bert" Bertram Kibbler (Brian Posehn), pakar geologi yang jatuh cinta dengan Amy bila Amy dihantar ke Caltex University untuk buat research. Dr. Barry Kripke (John Ross Bowie) pun dalam diam rupanya syok dengan Amy.

Sisi romantik Howard pun ditonjolkan dalam episod 6 - The Roamnce Resonance bila dia plan untuk nyanyi lagu yang dia cipta khas untuk Bernadette. Suka betul tengok scene diorang dua walaupun relationship Penny dengan Leonard antara plot utama dalam sitcom terbitan CBS.

Lepas 6 season sitcom The Big Bang Theory bersiaran baru penulis tonjolkan macam mana kalau Sheldon tak ada dalam hidup kesemua watak utama dalam episod 11 - "The Cooper Extraction". As for audience mestilah takkan wujud sitcom ni kan haha! Masa Sheldon balik ke Texas untuk tolong kakak kembar dia bersalin di rumah, mereka berenam termasuklah Stuart (Kevin Sussman) bayangkan macam mana agaknya hidup diorang tanpa Sheldon. 

Amazed dengan diorang boleh bertahan dengan perangai manipulative, narcissist dan ego Sheldon. Dalam episod 10 - "The Discovery Dissipation" pun boleh nampak macam mana Sheldon terima kegagalan dia dalam penemuan paling besar yang dia pernah buat sampaikan China guna kajian dia untuk cipta something. Penny dengan Leonard announce diorang dah bertunang pun Sheldon nak cerita pasal dia jugak yang jadi tumpuan. 

Dalam episod 16 - "The Table Polarization" pulak dia nak semua orang makan dekat sofa instead of meja makan walhal Raj dah bertahun duduk dekat bawah. Sheldon guna alasan yang dia tak suka perubahan padahal Amy tu perubahan besar dalam hidup dia, takde pulak yang lain kata apa. Mengecewakan. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.5 = 7.5/1

2 comments

  1. Best cerita ni.. Dah habis tengok semua season.. Duk melayan thun lpas masa MCO awal2 tu

    ReplyDelete
  2. Dah seasons 7.. Rajin Farhana tengok semua seasons ye..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.