Drama Review | The Big Bang Theory Season 5

 

Director : Mark Cendrowski

Writer : Chuck Lorre, Bill Prady

Cast :  Johnny Galecki, Jim Parsons, Kaley Cuoco, Simon Helberg, Kunal Nayyar, Mayim Bialik, Melissa Rauch, Aarti Mann,  John Ross Bowie, Sara Gilbert, Brian George, Alice Amter, Michael Trucco, Christine Baranski, Brian Thomas Smith, Leonard Nemoy

Genre : Sitcom

Running Episodes : 24 episodes

Release Date : 22 September 2011 – 10 May 2012

Production Company : CBS

Distributor : Netflix

Trailer :

Dari season pertama lagi dah didedahkan yang 4 sekawan - Sheldon Cooper (Jim Parsons), Leonard (Johnny Galecki), Raj (Kunal Nayyar) dan Howard Wolowitz (Simon Helberg) fanatik dengan franchise Star Trek. So bila sitcom The Big Bang Theory ni dah famous dan beberapa kali menang award, guest star pun makin gempak. Tak sangka Captain Spock (Leonard Nemoy), fav Sheldon buat voice cameo dalam episod 20 - The Transporter Malfunction!

Even greater when Stephen Hawking featured in episode 21 "The Hawking Excitation" when Howard was appointed to be in his team. Walaupun Sheldon selalu ejek Howard kelulusan MIT dan tak faham langsung bab fizik, tapi Howard tetap baik hati aturkan perjumpaan Sheldon dengan idola dia. Kalau jadi Sheldon pun pengsan jugak bila dapat jumpa Stephen Hawking. GOAT!

Sementara tu, Dr. Amy Farrah Fowler (Mayim Bialik), Bernadette (Melissa Rauch) dan Penny (Kaley Cuoco) semakin rapat. Amy berkenan sungguh dengan Penny dan anggap Penny sebagai kawan baik dia sampaikan order potret bersaiz besar gambar diorang berdua dalam episod 17 - "The Rothman Disintegration". Penny cuba mengelak untuk terima hadiah berharga $3,000 dari Amy tu dengan bagi alasan yang Bernadette akan terasa tapi tetap tak berjaya. 

Kebanyakan plot beberapa episod dalam season 5 ni ketengahkan watak-watak perempuan terutamanya Bernadette dengan Amy sebab diorang masih lagi baru dalam sitcom ni jadi banyak benda boleh dikembangkan. Even punchline Amy kelakar dengan expression muka dia yang beria tu. Persahabatan dia dengan Penny antara friendship bonding yang mencuri perhatian selain Raj-Howard dan Sheldon-Leonard. 

'Amy keeps trying to figure out if our cycles have synced up so we can call ourselves "The Tree Menstra-teers' - Penny (Episode 8 - "The Isolation Permutation")

Watak Bernadette pula garang sampaikan Howard jadi takut sama ada nak teruskan hasrat untuk berkahwin atau putuskan hubungan. Lagipun ayah Bernadette, Mike Rostenkowski (Casey Sander) nampak macam tak suka dengan dia bila tak ada something yang boleh disembangkan atau dilakukan bersama. Mrs. Wolowitz (Carol Ann Susi) pun tak nampak macam bersedia untuk lepaskan anak tunggal dia kepada orang lain sebab dia terlampau bergantung dengan Howard sejak kecil lagi lepas suami dia lari tinggalkan mereka berdua. 

Dalam episod 5 - "The Russian Rocket Reaction" Howard dijemput untuk join team angkasawan Rusia naik ke angkasa lepas. Teruja tapi dalam masa yang sama dia takut untuk tinggalkan ibu dan Bernadette. Bernadette pun dalam dilemma jugak dalam episod 12 - "The Shiny Trinket Maneuver" sebab Howard nak anak lepas berkahwin tapi Bernadette taknak anak jadi penghalang pada kerjaya dia. Kahwin atau kerjaya? By the way, Melissa Rauch dengan Simon Helberg nampak serasi bersama. Even watak Howard nampak lebih matang dan pandai buat keputusan sendiri bila bercinta dengan Bernadette. 

By the way dalam episod 11 - "The Speckerman Recurrence", scene Penny tanya pasal password wifi tu antara scene yang famous dekat Tumblr tahun 2012. Funny to watch back then, funny to watch now. Damnnnn!

'Did Sheldon change the Wi-Fi password again?'

'Uh yeah, it's 'Penny already eat our food, she can pay for our Wi-Fi. No spaces.'

Dalam review The Big Bang Theory Season 4 ada mentioned yang penulis Chuck Lorre dan Bill Prady macam sengaja wujudkan scene bersifat skeptikal, prejudis dan racism terhadap watak Raj dan Priya (Aarti Mann). Even worst dalam season ni watak Raj je yang tak ada character development dan terlindung di sebalik watak-watak yang lain. Dah la karakter dia sebagai seorang yang desperate teruk macam dalam episod 20 - "The Transporter Malfunction" bila Raj berjumpa dengan Lakshmi (Chriselle Almeida).

Watak Priya pun dibuang dari sitcom dengan berperangai tak senonoh sedangkan watak Leonard dibanggakan sebagai ladies’ man bila curang dengan Alice (Courtney Ford) dan rapat dengan Penny. Kira macam satu kebanggan lah bila short nerd guy boleh flirt dengan 3 orang perempuan dalam satu masa. Nasib baik lah watak Sheldon masih lagi digarap dengan bagus walaupun watak dia annoying. Kudos to Sheldon sebab berjaya balas prank dekat Leonard untuk Halloween. That one is a must watch! 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.8, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 8.2/10

1 comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.