Drama Review | The Big Bang Theory Season 6

Thursday 29 April 2021

 

Director : Mark Cendrowski

Writer : Chuck Lorre, Bill Prady

Cast :  Johnny Galecki, Jim Parsons, Kaley Cuoco, Simon Helberg, Kunal Nayyar, Mayim Bialik, Melissa Rauch, Kevin Sussman, Carol Ann Susi,  John Ross Bowie, Brian Posehn, Sara Gilbert, Brian George, Alice Amter, Michael Trucco, Christine Baranski, Kate Micucci, Brian Thomas Smith, Stephen Hawking

Genre : Sitcom

Running Episodes : 24 episodes

Release Date : 27 September 2012 – 16 May 2013

Production Company : CBS

Distributor : Netflix

Trailer :


Banyak perkara berlaku dalam The Big Bang Theory Season 6 bila Howard Wolowitz (Simon Helberg) dengan Bernadette (Melissa Rauch) dah pun berkahwin dalam majlis kecil bersama keluarga dan kawan  rapat - Sheldon Cooper (Jim Parsons), Leonard (Johnny Galecki), Raj (Kunal Nayyar), Amy Farrah Fowler (Mayim Bialik) dan Penny (Kaley Cuoco) di penghujung season 5

Walaupun ayah Bernadette, Mike Rostenkowski (Casey Sander) tak berapa suka dengan menantu dia tapi dia tetap respect dengan Howard. Sementara tu, Mrs. Wolowitz (Carol Ann Susi) selalu contact anak dia dekat angkasa lepas. Depan mak dia Howard bagitau dia okay je hakikatnya dia selalu kena buli dengan angkasawan lain - Mike Massimino dan Buzz Aldrin. Fun fact, both of them adalah angkasawan sebenar dan diambil berlakon supaya nampak real dengan pengalaman di angkasa lepas dan guide crew team The Big Bang Theory. 

Semenjak Howard ke angkasa lepas, Raj makin rapat dengan Stuart (Kevin Sussman), owner kedai buku komik tempat diorang berempat selalu lepak dan berdiskusi tentang teori dan persoalan mengenai superheroes dari Marvel atau DC. Sheldon yang tak suka terima perubahan dalam hidup dia paksa Stuart untuk berperangai seperti Howard, main game yang sama dengan Howard even makan benda yang sama dengan Howard dalam episod 2 - "The Decoupling Fluctuation". 

Episod 4 - "The Re-Entry Minimization" kelakar bila Sheldon, Leonard, Penny dan Amy main Pictionary bila seorang kena lukis objek dekat whiteboard dan seorang lagi teka apa objek tu. Tengok banyak kali scene ni still tergelak sebab Sheldon suka buat teruk. 

Sheldon : It’s asymptotically free partons inside a quark-gluon plasma!

Leonard : Nothing with quarks.

Sheldon : It’s an observational rebuttal of the Lambda-CDM model of the universe.

Penny : Chocolate chip cookies! 

Amy : Yes!!

Bila Howard balik dari angkasa lepas, dia tak sudah-sudah brag pasal achievements dia sampaikan semua orang meluat nak menyembang dengan dia. Kalau dekat Malaysia tak ada masalah pun brag sebab kena panggil ke seminar, forum, wawancara, events macam Dr. Syed Muzaffar tu haaa lenguh la mulut dia ulang cerita yang sama. 

Episod 19 - "The Closet Reconfiguration" agak sedih sebab Sheldon baca surat dari ayah Howard masa dia kena game dengan Bernadette untuk kemas wardrobe closet diorang. Howard tak ada kekuatan untuk buka dan baca surat tu. Bila dia jumpa balik, dia terus bakar dan buang tanpa ambil peduli dengan isi kandungan surat tersebut. Bagi dia, yang lepas biarlah lepas. Tak ada justification yang adil untuk dia tahu lepas ayah dia tinggalkan masa kecil dulu. 

Boleh kata dalam season 6 ni pengarah dan penulis banyak tekankan juga kembangkan kehidupan Howard dari watak-watak yang lain. Dia pergi ke angkasa lepas, berkahwin dengan wanita impian dia, didedahkan soft side dia dan talent Simon Helberg untuk ajuk suara pelakon terkenal macam Nicholas Cage sampai Sheldon happy main game Dungeons & Dragons dalam episod 23 - "The Love Spell Potential". 

Raj pula ada kejutan untuk fans sitcom ni bila dia jatuh cinta dengan Lucy (Kate Micucci) yang mempunyai anxiety tahap kronik. Disebabkan kecewa ditinggalkan Lucy bila Raj cuba untuk kenalkan Lucy pada kawan-kawan dia, di penghujung season pengarah sembuhkan penyakit bisu bila berjumpa dengan perempuan cantik seperti Penny, Bernadette dan Amy. Tapi Amy menyampah dengan perubahan tu sebab Raj bercakap tak henti sampai dia dah penat nak dengar. 

Dalam season 6 ni hairstyle Sheldon dengan Leonard nampak kelakar padahal season lepas masa Leonard bercinta dengan Priya tu dah smart dah. Meanwhile style Raj masih lagi sama padahal anak orang kaya. Howard je lah makin handsome sebab dia pakai shirt NASA instead of tight pants sama warna dengan plaid shirt dia. Seeeeee, told you this season is for Howard! 

1. Team Production +0.9, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 9.4/10

1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.