Sales Training HDRF Penjana, Menara UOA Bangsar Day 1

Minggu ni kena hantar pergi sales training di Tower B, Menara UOA Bangsar selama 3 hari di bawah penganjur Evoing. Masa HR minta copy IC tu dah lemau dah sebab 3 hari kena pergi Bangsar. Nasib baik lah memang ada elaun dari company. Malam hari Selasa tu dah prepare baju apa nak pakai, barang apa nak bawak, semua dokumen yang berkaitan lah untuk training tu. 

Since dia buat dekat Bangsar, tak la risau sangat bab makan sebab dekat area tu memang penuh dengan kiosk makanan bila turun LRT. First time sebenarnya menapak ke Menara UOA Bangsar ni. Sebelum naik ke tingkat 12A, kena register dulu sebagai pelawat. Nasib baik masa datang tu saing dengan Iman & En. Hamza, so tak ada lah kes sesat di hari pertama. 

Dekat level 12A ni memang penuh dengan bilik dan dewan untuk seminar dan training macam ni. Baru tahu yang Tower B ni ada MyIPO untuk pendaftaran hakcipta, paten dan jenama tu. So chambee dengan lawyer memang selalu pergi sini lah. Lepas ni kalau kena suruh pergi, dah tahu lah dekat mana tapi kalau dengan kereta macam cari nahas sebab parking tak ada flat rate. Mau mencecah RM50 kalau stay lama dekat sini. 

Sebelum masuk ke bilik training, ternampak book shelf cantik ni penuh dengan novel-novel sastera dan buku puisi. Tapi tak sempat nak baca pun, dah nama pergi training memang penuh dengan aktiviti je lah. Novel dekat situ pun macam tak pernah bersentuh. 

Masa sampai dekat bilik Cempaka tu tak ramai sangat lah peserta lain yang datang so mana yang ada tu kena suruh isi borang kedatangan dulu oleh pihak penganjur. 

Teringat pulak zaman belajar kalau masuk kelas mesti duduk depan sebab bila duduk belakang bukannya fokus pun apa lecturer ajar. So dekat training ni pun duduk depan jugak lah cerita dia. Untuk hari pertama ni Coach Amar Shafie yang akan ajar tentang Take Charge! 

Jam pertama tu masing-masing lemau je bagi respon sebab semua tak breakfast lagi. Bila dah dapat minum pagi baru la kemain aktif memasing. Dalam kelas ni kalau aktif bagi respon akan dapat bintang. Bila dapat kumpul banyak bintang, ada la pangkat dan kelebihan yang diberi

5 bintang pangkat Dato' - Ada kelebihan untuk pergi tandas ikut suka hati dia ataupun keluar makan ikut suka hati dia. 

10 bintang pangkat Tan Sri - Ada kelebihan yang sama dengan Dato', boleh berhentikan coach ataupun minta tukar makanan dengan peserta lain

15 bintang pangkat Tun - Ada kelebihan sama macam Tan Sri dan boleh berlagak lebih banyak

20 bintang dan ke atas pangkat Mendiang - yang ni semua lah dia tapau ikut suka dia

I tak berminat pun dengan sistem bintang ni sebab terpaksa datang gara-gara HR letak nama dalam borang datang nak belajar ilmu dia je. 

Not bad lah untuk first day sebab banyak benda boleh belajar terutamanya tentang Pilihan vs Nasib. My aim for 30s untuk jadi lebih cool dan chill macam Ranbir Kapoor so bila belajar tentang topik ni, banyak membantu untuk I jadi lebih relaks. Tapi tak relaks lah kalau jumpa yang suka menipu lepastu mengadu sana-sini then acah mangsa. Orang macam tu kita block je number dia. Kalau jumpa pun tak payah beria sangat nak cakap. Haaa see, masalah akan datang tapi ada penyelesaiannya berdasarkan pilihan yang kita buat. Gittewwww, pratikkan apa yang diajar. 

Dalam kelas ni jugak belajar tentang Bangau yang suka bagi alasan dan salahkan orang lain so Coach Amar ajar supaya berubahlah, usah membangau lagi! Then coach bagi Formula Kejayaan which I already know lah sebab masa dekat UiTM dulu dah belajar dah pun untuk subjek yang relate dengan Business. 

Sebelum keluar makan tengahari, ada sesi promote Miang Kham dari abang Shahrul. Bawa barang jualan dia dari Melaka untuk semua peserta dalam kelas ni rasa. I dah rasa dah so I pergi lunch awal dari yang lain sebab tak nak dapat ayam bahagian isi. 

Lepas habis lunch, nama kena petik pulak untuk sembang dengan Coach Amar dekat depan. Tak tahu kenapa, mungkin sebab I diam je kot dari awal kelas. Kalau tengok dekat tag nama, bintang I yang paling sikit haha tak pun sebab I pakai baju pink sama dengan coach wkwkwk

Bilik training ni memang sejuk sangat sebab air-cond jenis centralized so even dah tutup aircond pun masih lagi menggigil sebab air cond luar kuat. Bila ada sesi menari dengan aktiviti yang bergerak, tak lah terasa sangat kesejukan tu. Masa sesi mencari persamaan dan teknik mirroring atau matching, banyak bercerita so mood bertukar excited lah sebab sesi ni memang diorang betul-betul nak dengar bukan cerita syok sendiri hihu

Bila hari pertama best, hari kedua jadi semangat nak belajar lagi banyak topik dengan coach lain pulak. Dah la makanan sedap-sedap. Belum hilang kenyang minum pagi dah keluar lunch lepastu tahu-tahu dah minum petang fuhhh syok kerja kerajaan haha kbai

2 comments

  1. IONQQ menyediakan pelayanan terbaik dan bisa di percaya
    ayo segera bergabung bersama kami
    WA : +855 1537 3217

    ReplyDelete
  2. i dah lama tak p training like this .. best kan, tapi now kena jaga SOP jadi tak best plakkk

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.