Movie Review | Ghanchakkar (2013)

Saturday 3 April 2021

Director : Rajkumar Gupta

Writer : Parveez Shaikh, Rajkumar Gupta

Cast : Emraan Hashmi, Vidya Balan, Rajesh Sharma, Namit Das, Parvin Dabas

Production Company : Reverie Entertainment, UTV Motion Pictures

Distributor : UTV Motion Pictures

Genre : Comedy / Thriller / Mystery

Running Time : 137 minutes

Release Date : 28 June 2013, 3 July 2013 (USA)

Trailer :

'Sanju' atau nama sebenarnya Sanjay Atre (Emraan Hashmi) dengan isteri dia, Neetu (Vidya Balan) hidup sederhana dengan pendapatan mereka sebagai pencuri. Mereka berdua decide untuk tak mempunyai anak sebab taknak anak-anak malu dengan kerjaya mereka. Satu hari Sanju dapat panggilan telefon dari Pandit (Rajesh Sharma) dan Idris (Namit Das) buat tawaran untuk rompak sebuah bank.

Semasa perayaan Diwali nanti mereka perlukan skills Sanju untuk merompak Rs350 juta kemudiannya bahagi sama rata. Semuanya berjalan lancar dan mereka akan berjumpa kembali selepas 3 bulan supaya jejak mereka tak dapat dihidu oleh pihak bank ataupun polis. Sanju dipaksa untuk sorokkan suitcase yang diisi dengan wang rompakan tersebut. 

Selepas 3 bulan, Pandit datang untuk menuntut janji tapi Sanju pula disahkan sporadic amnesia oleh Dr. Gulati gara-gara kemalangan kemudiannya dihantar ke Hospital Fortis untuk rawatan. Ada beberapa peristiwa yang dia lupa dan beberapa perkara yang dia ingat tapi kalau Sanju skip makan ubat, ingatan dia akan mula pudar. Kadang-kadang keluarga Neetu pun dia tak ingat siapa, rumah dia pun dia lupa dekat mana. 

Pandit dengan Idris syak Sanju sengaja nak perangkap supaya mereka berhenti ugut tentang duit tapi memang Sanju tak ingat langsung. Puas Sanju cari di mana dia sembunyi duit tersebut berdasarkan semua hint dan ingatan yang tersisa tapi semuanya sia-sia. Macam mana Sanju dengan Neetu nak selamatkan diri dari Pandit dan Idris, kena tengok dekat Netflix lah. 

Mantap lakonan Emraan Hashmi melalui watak Sanju sebab dia yang lead cerita ni ke arah mana. Kita pun keliru dengan keadaan dia sama ada dia betul-betul hilang ingatan ataupun sengaja nak pekena Pandit dengan Idris. Lagipun watak mereka berdua nampak tak berbahaya, senang sangat kalau dia nak tipu kemudian lari dengan duit Rs350 juta tu. 

Setiap kali pengarah penulis Rajkumar Gupta bagi hint Sanju berpura-pura, dia akan hadirkan watak Neetu dan yakinkan audience yang Sanju memang betul amnesia sampai lah munculnya plot twist melibatkan kawan baik dia sendiri, Uttam Nagpal (Parvin Dabas) juga watak misteri baru menagih duit yang sama. Walaupun chemistry Vidya dengan Emraan nampak meyakinkan sebagai pasangan suami isteri tapi kelompongan watak Neetu diselamatkan oleh lakonan Emraan. 

Music album dari Amit Trivedi digubah dengan konsep movie Ghanchakkar yang gila-gila dengan lagu Lazy Lad dan Allah Meherbaan. Uniknya, music video dihasilkan berbeza untuk marketing promo dengan lagu dalam movie bila bergerak seiring dengan jalan cerita. MV untuk marketing promo langsung tak bagi hint tentang jalan cerita.

 

Dalam trailer nampak macam fun je perjalanan movie terbitan UTV Motion Pictures ni tapi boleh kata agak dark lah dengan komedi yang dicampak secara paksa atau berulang-ulang macam scene masakan Neetu, phone call dari ibu Sanju dan majalah fesyen. Pace dia tak lah laju sangat tapi tak lah perlahan sangat. Kalau digarap dengan baik mungkin movie ni boleh jadi lebih baik dari Bluffmaster (2005) malangnya, ada beberapa scene yang nampak tak logik dan draggy. 

Overall, I suka dengan performance Emraan dalam movie Ghanchakkar walaupun tampak bersahaja tapi cemerlang dan meyakinkan. Nak tengok lagi tu mungkin tak lah sebab dah tahu plot twist dengan ending macam mana. Tapi kalau ada yang tengah mencari movie santai, this one is recommended for sure! 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.8, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0.2 = 5.3/10

1 comment

  1. geram la klu ada yg draggy or repeat scene.. tak enjoy nak look forward mcm ni

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.