Selebriti Bollywood Dan Kepercayaan Karut Yang Diamalkan

Sunday 11 April 2021

Well jangan ingat dekat industri kita je ada artis yang jumpa bomoh sebab dekat Bollywood pun lebih kurang je. Ada stars yang siap lantik personal astrologi untuk ramal nasib diorang dalam industri padahal merepek jugak lah sebab none of it proven scientifically. 

Dulu pernah baca dekat blind items ada pelakon senior ni jumpa dengan bomoh sebab nak movie anak lelaki dia hits dekat box office. Bomoh tu suruh dia buat upacara pemujaan dan korbankan seekor lembu hitam kemudian minum darah binatang yang disembelih masa bulan mengambang. Sampai sekarang tak tahu siapa sebab hints yang diberi pun tak banyak sangat. Was it work? Idk....

Yang I senaraikan ni kepercayaan tahap biasa dan kebanyakannya yang tukar nama atau surname supaya meningkat populariti dan movie diorang berjaya dekat box office. 

1. Govinda

Govinda antara pelakon lelaki terkenal pada zaman 90-an dulu sebelum dia join politik. Antara kepercayaan karut Govinda bila dia akan sembelih ayam setiap kali sebelum berlakon dalam sesebuah movie. Kalau ada outdoor shooting, dia akan tanya dulu astrologer dia tarikh atau masa yang sesuai untuk bertolak pergi. 

2. Rakesh Roshan 

Ayah Hrithik Roshan adalah seorang pengarah dan produser filem di Bollywood. Kepercayaan karut yang dipegang sejak muda sehingga sekarang bila tajuk movie dia wajib guna huruf K macam Kaho Naa Pyaar Hai, Koi Mil Gaya, Krrish

3. Subhash Ghai

Pengarah dan produser filem terkenal Subhash Ghai selalunya akan ambil pelakon bernama M dalam filem yang dijangka akan hits dekat box office macam Meenakshi dalam Hero (1983), Meri Jung (1985), Madhuri Dixit dalam Ram Lakhan (1989), Khalnayak (1993), Manisha Koirala dalam Saudagar (1991), Mahima Chaudry dalam Pardes (1997). Nama asal Mahima adalah Ritu tapi ditukar dalam debut movie dia atas suggestion Subhash Ghai. 

4. Sonam Kapoor

Sonam pernah bagitahu dalam interview yang dia tak boleh dub suara dalam posisi duduk sebab nanti bawa nasib malang. Kebanyakan movie dia flop dekat box office so tak pasti lah dia masih amalkan kepercayaan ni ataupun tak since dia pun dah tak banyak sign movie. 

5. Varun Dhawan

Tak pasti sejak bila Varun mula amalkan kepercayaan karut ni bila dia tulis nama dia tanpa space - VarunDhawan. Mungkin lepas movie October flop sebab sejak debut movie Varun semuanya hit di box office. Instead of blaming the bad luck, dia patut jaga mulut dia berkaitan hal nepotism. You reap what you sow man. Btw, Coolie No. 1 flop jugak. 

6. Ayushman Khurana

Tak pasti sejak bila dia tambah huruf N dan R dalam nama dia untuk improve luck dia. One thing for sure, dia patut tambah lagi huruf dekat nama dia sebab movie Shubh Mangal Zyada Sabdhan flop dan dikritik oleh beberapa pihak. Middle class character dia pun dah mula membosankan. 

7. Ajay Devgan

Or should I spell Ajay Devgn? Ajay bukan orang yang percaya pada kepercayan karut tapi disebabkan permintaan keluarga, dia buang huruf A pada surname. 

8. Nushrat Bharucha

Girl change it to Nushrratt Bharuccha for better luck tapi movie Chhalang tetap flop dan lakonan dia bukanlah sesuatu yang layak dipuji. Go sign up for acting class and choose better script. 

9. Akshay Kumar

Kepercayaan karut Akshay bila dia perlu terbang ke luar negara sebelum movie dia ditayangkan di panggung. Akshay ada private jet so dia akan ajak co-stars untuk join sekali. Pernah nampak video dia naik private jet dengan Sid Malhotra dan Jacqueline Fernandez masa movie Brothers (2015). 

10. Bipasha Basu

Bagi pelakon cantik ni dia akan gantung limau dan cili dalam vanity van, rumah dan juga kereta kepunyaan dia untuk elakkan bad luck. Kepercayaan ni diamalkan oleh ibu dia kemudian diturunkan kepada Bips. Tangkal limau dan cili ni akan dibeli pada setiap hari Sabtu. 

11. Amitabh Bachchan

Lepas kejatuhan Big B dalam Bollywood gara-gara production house dia yang bankrap, rancangan Kaun Banega Crorepanti selamatkan kewangan dia. Sejak dari situ dia mula pakai cincin bertatahkan batu sapphire. Big B juga tak suka pergi ke stadium untuk tengok perlawanan kriket secara langsung sebab dia taknak bawa nasib malang kepada team India. 

12. Shah Rukh Khan

King Khan percaya nombor 555 bawa kekayaan kepada dia sebab tu nombor rumah, nombor plat kereta, vanity van ataupun motor dia akan ada 555. Kalau tak, dia taknak drive atau naik kenderaan tu. Dalam movie Chennai Express (2013), krew dah sediakan motor dengan nombor plate 555 untuk SRK. Mungkin sebab tu movie Zero flop. 

13. Hrithik Roshan

Masa zaman awal-awal Hrithik berlakon di Bollywood, tak ramai yang perasan kehadiran ibu jari kedua sebab dia sebolehnya sorok dari kamera sebab tu cara dia salam orang agak berbeza. Tak tahu sejak bila Hrithik mula show off extra thumb dia dan anggap kecacatan fizikal dia sebagai lucky charm. Pernah keluar dalam blind item yang Hrithik Roshan berhenti berlakon untuk tahun 2018 sebab astrologer dia nasihatkan supaya stop berlakon sekejap. Turns out true lah sebab Super 30 dengan WAR lonjak balik nama dia. 

14. Ekta Kapoor

Produser terkenal antara yang percaya dengan astrologi bila tangan dan jari dia penuh dengan cincin batu dan juga gelang yang diberikan oleh sami. Dia suka kalau drama atau movie di bawah production house dia bermula dengan huruf K. 

15. Alaya Furniturewala

Pelakon baru dengan debut movie Jawaani Jaaneman percaya setiap kali dia pegang kayu atau batang kayu akan tambah aura positif dalam hidup dia. Sebelum dia buat apa-apa aktiviti, dia akan pegang kayu dan sebut Touchwood. Kalau tak jumpa kayu, dia akan cari something kemudian ketuk kepala dia. 

16. Ranbir Kapoor


Bila dia nampak red mail truck, dia akan silangkan jari dan berdoa sampai lah trak tu berlalu pergi. Ranbir mula amalkan kepercayaan ni dari sekolah rendah sampai lah kepercayaan karut ni berhenti tunaikan impian dia. Rasanya yang tunaikan impian dia tu mak dia je sebab anak emas. Mungkin sebab tu dia amalkan kepercayaan kedua bila semua harta kepunyaan dia kena ada nombor 8 since birthday Neetu adalah 8hb. 

17. Salman Khan

Tengok dekat tangan dia ada bracelet batu biru pun dah tahu apa kepercayaan dia. Metal bracelet yang dihadiahkan oleh Salim Khan jadi penarik aura positif dalam hidup Salman. Sekarang mungkin dia kena tambah lagi bracelet sebab movie dah banyak flop sejak Reshma Shetty lari dari hidup dia. 

18. R Madhavan

Kata pelakon terkenal ni airport scene akan bawa luck dalam movie dia so dia prefer kebanyakan movie dia shoot dekat airport macam movie 3 Idiots, Tanu Weds Manu dan Tanu Weds Manu Returns. 

19. Sanjay Kapoor

Sanjay kata ramai je pelakon yang ada kepercayaan pelik. Macam dia dengan keluarga dia tak akan minum air sebelum keluar dari rumah. Bagi Sanjay sendiri dia tak suka dipanggil dari belakang bila dia dalam perbincangan yang melibatkan hal kerja atau perkara serius. 

20. Ranveer Singh

Sejak kecil Ranveer selalu jatuh sakit so ibu dia ikhtiar dengan ikat benang hitam pada buku lali kaki dia supaya boleh elak perkara buruk berlaku. Sampai sekarang Ranveer tak pernah buang benang hitam tu. 

21. Rajkumar Rao

Nama asal Raj ialah Rajkumar Yadav tapi disebabkan cadangan astrologer, dia tukar kepada Rajkumar Rao untuk luck dan kejayaan di Bollywood. Menjadi lah apa yang astrologer tu bagitahu dan sebab tu dia tambah lagi satu huruf M pada Rajkumar lepas beberapa kejayaan filem dia. Lepas ni mungkin tambah huruf lagi sebab movie dia asyik flop je. 

22. Rani Mukherjee

Pelakon wanita terkenal pada era 90-an hingga sekarang ni awalnya debut dengan nama Rani Mukherjee tapi kemudiannya tukar kepada Rani Mukerji atas cadangan astrologer untuk tambah aura positif dalam hidup. Lagipun asyik bergaduh dengan Kajol so why not tukar surname kan? As if surname yang bawa nasib malang walhal perangai memasing pun sama naik je. 

23. Karishma Kapoor

Era 90-an adalah era kegemilangan Karishma Kapoor atau nama manja dia, Lolo. Masuk zaman millenium, dia ubah kepada Karisma Kapoor atas saranan astrologer tapi perkahwinan sebenarnya punca kejatuhan Karishma sebab berkahwin dengan lelaki yang alcoholic, abusive dan tahi dadah. 

24. Karan Johar

Pengarah, pelakon, produser dan hos terkenal Bollywood ni dahulunya ada satu kepercayaan bila dia akan release movie dengan huruf K - Kuch Kuch Hota Hai, Kal Ho Na Ho, Kabhi Khushi Kabhi Gham, Kabhi Alvida Naa Kehna tapi bila movie Kaal flop, dia berhenti percaya benda ni. 

25. Bobby Deol

Sama macam Alaya F, Bobby Deol pun suka pegang blok kayu setiap masa dan sebut Touchwood. Dia akan simpan blok kayu dalam beg dia. Bobby akan pegang atau sentuh kayu setiap kali dia sebut setiap perkataan. 

Semua dalam senarai ni yang mengaku secara public dalam interview. Ada yang kantoi dalam blind items tapi dah tak ingat dekat mana nak korek so tak dapat lah nak masukkan dalam senarai. But if I found it, I'll share it here okay. 

4 comments

  1. Fuhhhh, bukan biasa biasa kepercayaan karut diorang semua ni hahahaha. Semua tak masuk akal.

    ReplyDelete
  2. selagi manusia...maka selagi itu tidak lagi daripada mempercayai sesautu yang karut marut.

    kadang-kadang ada juga perkara yang tidak ada saintifik tetapi boleh berlaku kerana kepercayaan sahaja

    ReplyDelete
  3. eh rani and kajol asyik gaduh ? kenapa eh? i tak pernah tauuu

    ReplyDelete
  4. Pergh!! Kemain kepercayaannya.. Tapi tak pernah tahu pun kajol dengan rani suka gaduh.. ish ish..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.