Jangan ‘Gangjeong’, Marrybrown Akan Membawa Anda Keliling Dunia, Bermula Dengan Korea!

Thursday 8 April 2021

Tak sangka Marrybrown dah menjejak 40 tahun pada 2021 dan seiring dengan tagline something different, MB nak bawa rakyat Malaysia alami dunia fenomena Korea dengan penangan makanannya yang pasti memenuhi citarasa.


Biarkan deria rasa anda lalui perjalanan yang lazat ke Korea dengan Ayam Gangjeong yang manis dan pedas daripada Marrybrown.

Apa yang menarik dengan menu baru dari Marrybrown ni bila Ayam Gangjeong disaluti dengan gabungan mantap sos pedas kemanisan. 

a. Gangjeong Rice Bowl Combo - from RM11.90
b. Gangjeong Burger Combo - from RM15.90
c. 2-pc Gangjeong Chicken Combo - from RM17.90
d. 3-pc Gangjeong Chicken Combo - from RM21.90
e. Gangjeong Box- from RM25.80


Penggemar Marrybrown boleh memilih untuk menikmati sama ada dua atau tiga ketul ayam dari Kombo Ayam Gangjeong yang bermula dengan harga RM 17.90. Penggemar juga boleh menikmati burger yang dihidangkan dengan charcoal bun iaitu Kombo Burger Gangjeong yang bermula dengan harga RM 15.90. Semua kombo ini disajikan dengan Potato Wedges dan segelas Coca-Cola® Rasa Asli. 

Bagi mereka yang mahu menikmati kedua-dua Ayam Gangjeong dan Gangjeong Burger, Gangjeong Box adalah pilihan yang tepat. Set kombo ini dilengkapkan dengan Burger Gangjeong dan dua ketul Ayam Gangjeong, juga termasuk segelas Coca-Cola® Rasa Asli dan Potato Wedges, yang berharga RM 25.80. Bagi mereka yang “tidak lengkap tiada nasi” tawaran terbaru Marrybrown rice bowl sangat sesuai untuk anda. Bermula dengan harga RM 11.90, Kombo Gangjeong Rice Bowl didatangkan dengan nasi kukus dan potongan ayam. 

Dalam banyak-banyak set untuk menu baru dari Marrybrown ni, Nasi ayam Gangjeong dengan Gangjeong Burger yang paling menyelerakan sekali. Nasi kukus dengan hirisan ayam tu nampak simple tapi yang simple tu lah yang paling sedap. Nasi dia jenis sticky dan mengenyangkan. Bila makan panas-panas dengan ayam Gangjeong dah hilang craving bila terliur tengok drama Korea. 


Patty untuk burger Gangjeong agak tebal dan juicy. Bila makan terasa sos pedas manis ala Korea dari Marrybrown. Rasa tak puas makan sebiji charcoal burger, macam nak repeat order tapi perut ada satu je haha

Marrybrown kini mempunyai berjuta pengikut pelanggan, yang kini mempunyai lebih daripada 500 restoran yang terdapat di 16 buah negara dengan berobjektifkan pencapaian standard kualiti juga perkhidmatan, kebersihan serta nilai yang terbaik untuk pengalaman menu makanan yang sempurna. Sebagai penggemar fast food chain, boleh nampak perubahan dari semasa ke semasa Marrybrown. Menu unik, pelbagai dan sedap!


“Dengan berkonsepkan mengelilingi dunia, harapan kami agar penggemar dapat menikmati hidangan diperhentian pertama kami. Akan ada lebih banyak lagi tawaran khususnya menu-menu khas dari seluruh dunia yang pastinya akan kami sajikan  kepada anda  disepanjang tahun ini," kata Dato' Joshua.

Menariknya untuk ulang tahun ke-40 Marrybrown, ada pre-order disediakan bersempena i jualan 4.4 Shopee. Ikut perkiraan kasar, ada lebih kurang 1,000 yang dah pre-order menu baru dari Korea ni. Dashyat kan? Jadi korang pun jangan lepaskan peluang mencuba Ayam Gangjeong ni bermula dari 8 April 2021. 

Untuk maklumat lanjut, boleh follow Marrybrown di laman sosial rasmi di bawah :

Twitter: @MarrybrownMY
Website: https://marrybrown.com/

7 comments

  1. Dah lama tak makan menu dari Marry Brown. Nampak menarik ayam baru ni.

    ReplyDelete
  2. Boleh try ni.. Dah lama xjejak marrybrown

    ReplyDelete
  3. Wah.. menu baru.. Yeah!! Boleh gi cuba sebab Tanjung Malim dah ada Marrybrown..

    ReplyDelete
  4. Tengok dari jauh ni memang menyelerakan!!

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.