Movie Review | Sewu Dino (2023)

Saturday 4 November 2023


Pengarah: Kimo Stamboel
Penulis Skrip: Agasyah Karim, Khalid Khasogi 
Pelakon: Mikha Tambayong, Gisellma Firmansyah, Rio Dewanto, Marthino Lio, Givina Lukita Dewi, Agla Artalidia, Pritt Timothy, Karina Suwandi 
Syarikat Produksi: MD Pictures 
Pengedar: Amazon Prime Video
Genre: Seram / Thriller  
Durasi Tayangan: 121 minit
Tarikh Tayangan: 19 April 2023
Trailer:


Filem kedua yang diangkat dari kisah seram SimpleMan di Twitter berlatarkan masyarakat Jawa pada tahun 2003. Dek kesulitan ekonomi, Sri Rahayu (Mikha Tambayong) diambil bekerja oleh keluarga Atmodjo dengan bayaran upah yang tinggi. Mbah Karsa Atmodjo (Karina Suwandi) sendiri memilih Sri kerana dia memiliki keunikan iaitu lahir pada hari Jumat Kliwon. Sri mempunyai bau darah Wijoyo Kusumo dan Gadru.

Bersama Erna (Givina Lukita Dewi) dan Dini (Agla Artalidia), mereka dibawa ke sebuah rumah kecil yang tersembunyi di tengah hutan. Di sana, Sri, Erna dan Dini ditugaskan untuk memandikan Della Atmodjo (Gisellma Firmansyah), cucu Mbah Karsa, satu-satunya juga ahli keluarga dia yang tinggal. Della diikat di katil kayu dan dikurung di bawah keranda kerana keadaannya yang disantau sihir Sewu Dino (Seribu Hari) oleh Jatmiko (Ayez Kassar) lalu dirasuk oleh jin Sengarturih (Dayinta Melira). 


Setiap hari Dini, Sri dan Erna perlu memandikan Della dengan air bersih yang dicampur dengan 7 jenis bunga – mawar merah, mawar putih, kenanga, melur, cempaka putih dan melati gambir. Sepanjang upacara mandi mayat tersebut, pekerja perlu ulang ayat yang dibacakan dari rakaman Mbah Karsa sehingga selesai. Jika tidak, Sengaturih akan menyerang tanpa belas.
 
Sri dan Erna cuba larikan diri kerana takut namun mereka bertiga sudah terikat dengan perjanjian bersama Mbah Karsa. Sekiranya mereka lari, mereka bertiga akan mati. 


Kalau sembang pasal santau, tak ada perkara yang logik boleh diterima akal, sama juga keadaan Della yang dipaparkan dari awal filem hingga ke hari Sewu Dino. Della seumpama mayat hidup, berbau busuk, pucat, menyeringai, tidak makan atau minum namun mempunyai kekuatan untuk menyerang manusia. 

Belum diceritakan kenapa Mbah Karsa mempunyai luka di wajah dan badannya kerana filem Sewu Dino merupakan installment pertama untuk trilogi santau di bawah MD Pictures. Janur Ireng tajuk installment kedua manakala yang ketiga adalah Rogot Nyowo. Penggambaran filem Sewu Dino memakan masa selama 40 hari di sekitar Yogyakarta jadi kemunculan dua lagi sekuel mungkin tak akan ambil masa yang lama. 


Penceritaan Sewu Dino dikembangkan dengan baik, bermula dengan Sri yang terdesak mencari kerja untuk merawat ayahnya kemudian pertemuan bersama keluarga Atmojo. Di pertengahan cerita Sri mula mengalami mimpi aneh dan pelbagai kejadian mistik di rumah tersebut. Pace filem ni agak perlahan mungkin untuk wujudkan rasa seram. Sinematografi dari Patrick Tashadian antara kekuatan filem Sewu Dino. Lebih kurang sama dengan Teluh Darah yang mengangkat atmosfera suram dan kelam. 

Gangguan dari Sengaturih tak banyak sangat tapi gangguan kecil yang dialami dah cukup memberi impak seram. Berdebar setiap kali Sri, Dini atau Erna masuk ke dalam bilik Della untuk jalankan tugas mereka. Music score dari Ricky Lionardi menguatkan lagi rasa takut dan saspen naskhah arahan Kimo Stamboel. 


Walaupun skrip naskhah seram dari Agasyah Karim dan Khalid Khasogi tampilkan kisah yang unik dan segar namun ada juga beberapa babak yang timbulkan pertanyaan seperti persiapan Mbah Tamin atau para pekerja sendiri. Sepanjang 3 tahun Mbah Tamin menjaga para pekerja kenapa tak ambil langkah lebih berhati-hati macam pakai extra protection supaya tak digigit oleh Della. Kenapa tak prepare bekalan air mandi lebih awal kalau dah tahu pam air rosak? Tak ada pula larangan air perlu diambil terus dari pam bukan air yang telah disimpan dalam bekas. 


Lakonan Mikha Tambayong sebagai pelakon utama tampak bagus tapi adakalanya mengelirukan terutamanya di bahagian hujung. Mungkin juga tersekat dek kerana penulisan. Karina pula benar-benar cemerlang dalam persalinan wanita misteri yang sanggup menggunakan apa cara sekalipun untuk kekalkan status bangsawannya. Nevertheless, it is a good story to watch. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.8, 6. Genre +1, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.6/10

Movie Review | In the Tall Grass (2019)


Director: Vincenzo Natali
Writer: Vincenzo Natali
Cast: Harrison Gilbertson, Laysla De Oliveira, Avery Whitted, Will Buie Jr., Rachel Wilson, Patrick Wilson
Production Companies: Copperheart Entertainment, Netflix
Distributor: Netflix
Genre: Supernatural / Horror / Drama
Running Time: 90 minutes, 101 minutes (Extended version)
Release Dates: 20 September 2019 (Fantastic Fest), 4 October 2019 (Netflix)
Trailer:


Filem In the Tall Grass mengisahkan tentang Becky (Laysla De Oliveira) bersama adiknya, Cal (Avery Whitted) dalam perjalanan ke San Diego. Semasa berhenti sekejap kerana Becky terasa mual, mereka terdengar suara kanak-kanak lelaki meminta tolong. Suara tersebut datang dari kawasan rumput yang tinggi di sebelah jalanraya. 

Becky dan Cal cuba mencari kanak-kanak bernama Tobin (Will Buie Jr.) namun tidak berjumpa walaupun suara dia kedengaran dekat sahaja. Becky dan Cal terpisah dan sesat di kawasan rumput tinggi tersebut. Hari semakin gelap namun mereka tidak jumpa jalan keluar apatah lagi bertemu dengan Tobin. 

Tak lama kemudian Cal berjumpa dengan Tobin lalu bawa dia ke bahagian tengah di mana sebuah batu besar berada. Tobin cuba pujuk Cal supaya dia sentuh permukaan batu tersebut tapi belum sempat Cal sentuh, dia terdengar jeritan Becky. Di kawasan lain, Becky terjumpa dengan Ross Humboldt, ayah kepada Tobin. 

Kata Ross, mereka sekeluarga mencari Freddy, anjing peliharaan yang masuk ke dalam kawasan rumput tinggi tersebut. Tobin mula hilang diikuti dengan isterinya, Natalie. Mereka sekeluarga mengalami nasib yang sama dengan Becky dan Cal. Bila Becky mula percaya dengan kata-kata Ross, Natalie muncul dan tegah supaya selamatkan diri dari Ross kerana mereka semua akan mati kerana batu tersebut.

‘I think it's a safe bet it's been here since before the Kiowa hunted on the Osage Cuestas. Older than the hills. Probably was here before the glaciers came and carried the hills away. You realize we're in the center of the contiguous United States. Smack-dab in the middle of the continent.’ – Ross Humboldt

Naskhah seram supernatural ini diadaptasikan dari novel "In the Tall Grass", karya nukilan Stephen King dan Joe Hill yang diterbitkan pada tahun 2012. Konsep In The Tall Grass adalah time-loop sepertimana yang dialami oleh Tobin, Becky dan Cal. Bila Tobin bagitahu rumput dekat situ tak gerakkan makhluk yang dah mati, dekat situ dah boleh tangkap rumput dekat situ bukan rumput biasa. Bukan saja kedudukan rumput sentiasa bergerak yang mana buatkan mangsa dia terperangkap malah berupaya untuk kelirukan mangsa macam Travis (Harrison Gilbertson). 

At first I thought rumput ni adalah alien sebab ada batu besar di bahagian tengah seolah-olah jantung kepada kawasan maze tu. Rupanya rumput tu lebih kepada penjara kepada pendosa dan bertindak sebagai kawasan pengadilan sebab tu lokasi dia terletak berhadapan dengan gereja. Masa Cal park kereta dekat situ, patutnya dia dah boleh perasan something fishy sebab ada banyak kereta yang berhabuk diparkir di kawasan yang sama walhal dalam kawasan gereja tersebut kosong. 

Dekat second half, Cal dengan Travis perasan ada wormhole pada kawasan rumput bila Freddy muncul entah dari mana dan mengajak mereka pergi ke wormhole tersebut. Sebelum mereka berempat berlindung di pusat boling pun dah boleh agak Becky yang telefon dari susur masa yang lain dan bagi amaran. Tapi kita tahu konsep takdir bertindak di mana sesuatu yang dah ditetapkan berlaku akan tetap berlaku walaupun manusia cuba untuk elak. 

Sinematografi ngeri dan menakutkan berjaya dihidupkan oleh Craig Wrobleski walaupun cuma berlatarkan padang rumput tinggi yang tampak tenang ditiup angin. Bak kata pepatah, air yang tenang jangan disangka tiada buaya jadi sama lah juga dengan rumput tinggi ni. Bila sesat, senang sangat untuk overthink jadi dengan provokasi halus, mangsa senang terganggu dan fobia. Perasaan ada mata yang memerhati dan mengejar pun sama kuat. BGM yang menggunakan suara angin dan dikir halus menguatkan lagi rasa seram tersebut. 

Penceritaan In the Tall Grass sebenarnya kreatif tapi disebabkan pace yang perlahan dan banyak babak tak dikembangkan buatkan kita tak connected dengan watak utama. Even worst, ada yang boleh berhenti tengok separuh jalan tanpa ambil pengajaran yang dimasukkan. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +0.7, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 8.8/10

**************************************************************************





*SPOILER: Baca lepas tengok filem*

Dalam filem In the Tall Grass padang rumput tinggi jadi penjara kepada semua watak yang dimasukkan. 

Becky – Hamil anak luar nikah dan bertindak untuk gugurkan
Cal – Terlampau sayang dengan Becky sampai provok Travis untuk bunuh diri
Travis – Lari dari tanggungjawab sebagai bapa kepada anak Becky
Ross – Tamak dan sentiasa perdaya individu lain untuk beli unit hartanah. Walaupun dalam keadaan genting, perangai dia tak berubah
Natalie – Tutup mata dengan perbuatan Ross
Tobin – nakal

Batu besar di tengah rumput tinggi tu bertindak sebagai redeemer tapi untuk yang betul-betul bertaubat dengan dosa sendiri macam Travis. Ross pula masih kekal dengan sifat tamak jadi dia tak dapat keluar dari situ. 

Sementara Travis guna peluang tersebut untuk bawa Tobin keluar dari rumput tinggi dan selamatkan Becky juga Cal supaya tidak masuk ke kawasan tersebut. Sayangnya Natalie dan Freddy terkorban di situ atau mungkin akan jumpa jalan keluar juga nanti. 

Jenama Pakaian Sukan dari Pulau Pinang Galak Gaya Hidup Aktif di Shopee Live

Friday 3 November 2023

Pada awal tahun,  Elgini Apparel Sdn Bhd (Elgini), jenama pakaian sukan dari Pulau Pinang telah memulakan operasi di kilang baharu mereka bersaiz 30,000 kaki di Nibong Tebal untuk memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat. Menurut Elgini, peralihan strategik kepada dalam talian, dengan keutamaan terhadap strim langsung merupakan salah satu faktor utama populariti mereka semakin berkembang di pasaran tempatan. 

Menyertai Shopee pada November 2020, Elgini serta-merta aktif di platform strim langsung Shopee Live setelah mengenalpasti potensi platform ini dalam membantu penjual mengembangkan kecapaian dalam talian, membina komuniti, dan mengukuhkan keterlibatan pengguna secara langsung. Elgini menggunakan alatan dan ciri platform, seperti Shopee Coins, Shopee Live Games, dan baucar eksklusif untuk Live sahaja, dalam meningkatkan keuntungan jualan, keterlibatan pembeli, dan jumlah pengikut.  

Salah satu kejayaan yang membanggakan Elgini adalah kadar tinggi kepuasan pelanggan yang memacu pembelian berulang. Elgini memiliki 310,000 pengikut dengan rating 4.9 bintang dari hampir 500,000 pengulas di Shopee. 

Pada bulan September, Elgini mendapati hampir separuh daripada jumlah jualan mereka adalah daripada strim langsung di Shopee. Ketika kempen 10.10 lepas, jualan Shopee Live mereka meningkat 1.9 kali ganda berbanding hari biasa, dan mereka mencapai tontonan tertinggi dengan 3.7 kali ganda lebih tinggi berbanding hari biasa. Sasaran pelanggan utama Elgini adalah pembeli massa Melayu dan Shopee Live menghubungkan mereka dengan demografi ini. 

Ketika sesi strim langsung, pengacara dalam busana Elgini memacu jualan dengan berinteraksi dengan pelanggan secara langsung dan memberi penerangan produk. Mereka mempertunjukkan banyak jenis pakaian termasuk jaket ‘windbreaker’, seluar yoga, dan seluar track terlaris (yang telah terjual lebih 700,000 helai). Mereka turut mengetengahkan ciri-ciri pakaian yang disukai rakyat Malaysia seperti pemilihan fabrik yang menyejukkan, boleh regang, dan bergaya sopan. Produk-produk ini popular dalam kalangan rakyat Malaysia dari seluruh latar belakang, usia, dan saiz, popular buat penunggang motosikal dan penggemar aktiviti luar seperti mendaki, joging, senaman aerobik, pergi ke gim, mengembara mahupun untuk berehat di rumah.  

Setiap sesi ini berlangsung selama dua atau tiga jam sepanjang hari, dengan maksimum sejumlah 14 jam setiap hari untuk kecapaian maksimum. Berdasarkan pemerhatian Elgini, prestasi sesi strim langsung mereka cemerlang terutamanya apabila mereka ‘pin’ strim mereka di bahagian atas ‘page’ Shopee Live dan pada waktu malam. Strim langsung yang dilakukan secara kerap membolehkan Elgini membina hubungan yang lebih rapat dengan pengguna lalu memacu komuniti dalam talian yang teguh dan pengkalan pelanggan setia. 

Encik Lim Chong Soo, Ketua Pegawai Eksekutif Elgini berkata, "Shopee Live adalah platform pilihan Elgini yang telah membantu kami meningkat secara berskala dan berjaya dalam talian. Ianya membantu perniagaan berhubung dengan pelanggan secara lancar dan menyeronokkan yang meningkatkan kepuasan membeli-belah, dan pada masa yang sama boleh menarik perhatian pengguna yang sedang aktif mencari produk. Memandang ke hadapan, Elgini Apparel ada rancangan strategik berjangka panjang untuk strim langsung Shopee kami di mana kami teruja untuk mengembangkan kreativiti kami dan berhubung dengan penonton dengan ciri yang lebih kukuh untuk pengalaman membeli-belah terbaik.” 

Asalnya pengilang pakaian sukan (OEM) dengan 15 tahun pengalaman industri, Elgini beralih menjadi jenama tersendiri pada tahun 2018 dan menyertai Shopee pada tahun 2020. Sebagai pemilik jenama dan pengeluar, Elgini boleh  melaraskan harga bagi memenuhi kehendak pelanggan, sekaligus menepati misi menawarkan pakaian sukan mampu milik dan berkualiti tinggi untuk semua  rakyat Malaysia. 

*******************************

Mengenai Shopee

Shopee ialah platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan. Shopee menggalakkan sebuah ekosistem digital yang inklusif dan mampan dengan membolehkan pendigitalan perniagaan, membolehkan perniagaan-perniagaan mengembangkan kehadiran dalam talian mereka, membantu lebih ramai orang mengakses dan memperoleh manfaat daripada perkhidmatan digital, serta membangkitkan komuniti tempatan.

Shopee menawarkan pengalaman yang mudah, selamat, dan menarik yang dinikmati oleh berjuta-juta pengguna setiap hari. Shopee juga merupakan penyumbang utama kepada ekonomi digital di rantau ini dengan komitmen teguh untuk membantu jenama dan usahawan tempatan berjaya dalam e-dagang.

Shopee adalah sebahagian daripada Sea Limited (NYSE: SE), sebuah syarikat internet pengguna global yang terkemuka. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kehidupan para pengguna dan perniagaan kecil menerusi teknologi melalui tiga perniagaan terasnya: Shopee, Garena dan SeaMoney.

Starbucks Sekinchan

Thursday 2 November 2023

Setiap kali balik ke Sabak Bernam akan ternampak Starbucks baru di stesen minyak Petron, Sekinchan. Starbucks ni cantik sebab berwarna pink digabungkan dengan hiasan kayu berwarna coklat muda. Kebetulan masa tu nak redeem voucher birthday, dapat satu potong kek percuma, singgah lah beli kopi jugak dekat sini. 


Starbucks ni terletak di sebelah kiri Petron, jadi kalau minum dekat sini boleh nampak permandangan sawah padi di pekan Sekinchan. Ruang dia kecil je tapi ada banyak tempat duduk dengan interior dan jenis meja makan yang berbeza. 




Pilihan pastries pun banyak so it's a good choice lah redeem kek dekat sini sebab banyak jenis nak bandingkan dengan Starbucks dekat Oasis Square Ara Damansara. I ambil Hazelnut Chocolate Cake tapi jangan tanya macam mana rasa dia sebab dah habis dah dimakan adik-adik. Pretty sure kalau nak beli merchandise Starbucks pun better beli dekat sini sebab lebih banyak stok. Masa ni keluar edisi Mickey Mouse. Dekat Starbucks Oasis tak banyak pilihan tapi dekat Starbucks Sekinchan, semua design ada. Warna tumbler yang pastel nude tu cantik tapi bukan Mickey Mouse pulak. 




Lama juga menunggu untuk order siap sebab banyak. I beli latest drink, Rock Salted Caramel Frappucino dengan Chocolate Whipping Cream tapi barista tu tak fokus buat kerja. Ayin kata tak sedap, manis sangat. Tak pasti lah kenapa tak fokus sangat sebab dua drinks salah. Order Hot Hazelnut Latte tapi dapat Hot Hazelnut Chocolate. Hmmmm lepas ni kena check sebelum bayar. 

Ram Reza & Muhammad x UIA Career Fair

Kali kedua untuk tahun ni Ram Reza & Muhammad dapat slot untuk career fair dan kali ni di Universiti Islam Antabangsa Malanysia di Gombak. Kalau ikutkan pertalian RRM dengan UIA ni agak kuat lah sebab ramai partners, lawyers dengan chambees ramai dari universiti ni. 


Kalau terlibat dalam career fair ni Kak Nurul sebagai HR lah yang in charge. Props, bunting, company profile, booklet, business card dan goodies semuanya Kak Nurul yang sediakan. Ms Tasya dengan Yun assist dan join pada hari kejadian. 

Bunyi macam kesian kan, Kak Nurul yang prepare semua benda but to be honest kitorang tak tahu pun ada career fair ni. Tup tup dalam meeting Kak Nurul bagitahu dia akan pergi ke UIA. Career Fair sebelum ni beria, siap ada yang bergilir shift untuk jaga booth. 


Mungkin sebab Kak Nurul expect booth akan sendu macam sebelum ni, so dia pun pergi dengan relax dan santai je lah. Tup tup ramai pulak yang datang sampai kena call En. Hazman datang backup. Berbeza lah sambutan dengan event sebelum ni. Ramai sangat nak attend sampai tak menang tangan, tak sempat nak lunch, tak sempat duduk pun. 


Ni je gambar yang sempat ambil dekat Career Fair UIA 2023 ni sampai nak buat video untuk TikTok pun tak sempat. Kitorang assume mungkin sebab booth ni buat dekat Fakulti Undang-Undang jadi ramai yang datang jenguk sebab nak tahu lebih lagi pasal chambering dan peluang pekerjaan di firma. Booth RRM jadi tumpuan juga sebab firma RRM ada banyak department - Civil, Corporate, Conveyancing, Company Secretary, Syariah, Patent & Trademark. Lagi satu sebab goodies bag kitorang cantik. Thanks to Hanako Personalized Craft for that! 💖💖💖😊😛


Anyway it's a great experience for RRM. Thanks for the opportunity from UIA. Terima kasih juga kepada students UIA yang singgah ke booth RRM. Semoga dapat manfaat dari perkongsian kami. All the best and till me meet again!

Minggu kedua terakhir bulan Oktober, Perpustakaan Negara Malaysia adakan Hari Bertemu Pelanggan. Memandangkan kitorang pernah berhajat untuk pergi ke Perpustakaan Raja Uda, Kuala Lumpur tapi tak pernah lagi jadi kitorang grab this opportunity sebab accessible via MRT Laluan Putrajaya. I terkeliru antara Perpustakaan Negara Malaysia dengan Perpustakaan Kuala Lumpur sebab dua-dua perpustakaan berada di ibu kota rupanya bangunan yang berbeza. 

Perpustakaan Negara Malaysia lebih klasik binaannya dengan corak seni kebudayaan Melayu. Perpustakaan Negara Malaysia ditubuhkan pada tahun 1966 bertujuan untuk jadi arkib untuk koleksi khazanah ilmu negara. 

Nampak macam senang tapi sebenarnya kena jalan jauh bermula dari pintu utama MRT Raja Uda. Nasib baik ternampak laluan jejantas belakang bangunan Yayasan Selangor connected ke Institut Jantung Negara. 

Habis masa lama jugak dekat sini sebab tersalah masuk ke bahagian parking. Patutnya dari jejantas tu pergi ke belah kanan kemudian ke jalan utama dan naik jejantas besar ke Perpustakaan Negara Malaysia di seberang jalan. 



Sampai dekat situ terus menapak ke Adam’s Mini Zoo sebab nampak ada ayam cantik. Ada itik, kambing, Arnab, burung, ular dan iguana. Entrance fee, RM10 dengan makanan haiwan. Malas nak masuk sebab saiz sangkar tu kecil je. Takut terpijak pulak ayam dekat situ, kang kena patuk pulak. Sakittttt. 






Berjalan ke bahagian belakang ada tapak khemah untuk Hari Bertemu Pelanggan. Sampai je dekat situ ada staff PNM tegur untuk ambil kad di booth pendaftaran. Kalau dapat cop dari semua booth yang terlibat, boleh dapat hadiah. Tak ambil masa lama pun nak siapkan sebab semua booth diletakkan bersebelahan je. 

Jadi lama dekat situ sebab usha semua booth makanan yang ada. Lepastu seronok minum kopi Adabi dekat situ sebab sejuk dan pekat. Tak pernah lagi nampak kopi Adabi sebab tu kitorang beli satu pouch. Tak nak beli banyak sebab dekat rumah ada banyak stok kopi tak habis lagi. Satu pouch kopi Adabi ni RM12. 


Ni lah hadiah kitorang dapat dari Perpustakaan Negara Malaysia. Fail Koleksi Nadir.



Koleksi Nadir merupakan bahan yang diterbitkan sebelum tahun 1950an dan/atau sukar diperolehi, terbitan habis cetak atau tiada dalam pasaran lagi. Ia merupakan khazanah warisan ilmu yang memuatkan maklumat penting berkaitan sejarah awal sosio-budaya, ekonomi, bahasa, agama, kepercayaan, politik di Nusantara dan Tanah Melayu merangkumi Alam Melayu, Straits Settlements, Malaya, Persekutuan Tanah Melayu dan Kepulauan Melayu. 

Dekat dalam fail tu ada door sign, buku nota Perpustakaan Negara Malaysia dan pen Perpustakaan Negara Malaysia. Selesai dekat situ, kitorang masuk ke bangunan perpustakaan sebab nak tengok koleksi buku di situ. Susun atur dekat sini tersusun cantik dan kemas tapi ada juga beberapa section yang belum sempat unpack sebab stok buku baru sampai. 








Koleksi novel FIXI tak banyak dekat sini, ada dalam beberapa baris je. Banyak lagi koleksi dekat rumah I but I have no complaint sebab datang untuk menjenguk bukan untuk meminjam. Kalau PNM ni senang untuk pergi dan balik, tak ada masalah untuk datang lagi but ermm nope. Baik baca dari apps PNM je hshshs


Tapi seronok masa belek buku tentang filem dekat sini sebab I jumpa buku yang kupas teknik pembuatan filem dan fotografi. Sempat baca sikit je tapi banyak dah ilmu I dapat. Happy jugak sebab apa yang I masukkan dalam review sebelum ni ada penjelasan yang sama macam dalam buku Komunikasi Visual ni. 

Dekat sini siap ada kompilasi movie review dari pengkritik filem. How cool is that?!! Very very very cool!!! Bukan senang nak jumpa buku tentang filem jadi tak banyak tempat boleh jadi rujukan. No wonder lah ada student yang jadikan blog I sebagai rujukan before this. I feel honored. 




Bila dah jumpa buku-buku tentang filem ni mula lah berbelah bahagi, nak pinjam ataupun baca perenggan penting. Lepas perut berbunyi, kitorang keluar tanpa meminjam. Like I said, susah nak datang sini. Mungkin akan datang lagi tapi bukan dalam masa terdekat. 



Sebelum balik singgah kejap dekat booth Dr. Buku sebab tertarik tengok cara PNM baiki buku-buku yang dah rosak. Masa awal penubuhan dulu, Perpustakaan Negara Malaysia ni antara objektifnya adalah untuk memelihara dan memulihara buku jadi tak hairan lah kenapa PNM ni expert dalam bab membaiki buku yang dah rosak. Rosak dari segi cover buku tercabut, ada helaian terkeluar. Kalau rosak kena api atau kena makan anai-anai tu tak termasuk lah sebab tu damage loss. 

Tengok dekat booth sebelah ada nampak khidmat urut selama 15 minit. Terus cakap nak sebab dah lama tak urut bahu. Lately rasa tegang sangat sampai tak selesa nak buat kerja. Seronok akak ni urut walaupun seram sebab ada teknik kiropraktik tu. Berbaloi lah 15 minit tu sebab urat tak tegang, badan pun rasa ringan lepas mengurut. 



Selesai dekat situ, bergambar kejap dekat pintu masuk Perpustakaan Negara Malaysia ni sebab cantik. Tak boleh nak lama jugak dekat sini sebab awan dah gelap, angin pun kuat. Takut pulak masa jalan balik tu basah lencun. Anyway, it's a good experience here. 

Blog Performance Oktober 2023


Bulan lepas berangan nak improve performance blog tup tup sakit sampai berminggu-minggu baru fully recover. Bila dah sakit, banyak lah kerja tertunggak lepastu tak ada lah masa nak update blog. Google pulak buat hal maka terhasil lah Tragedi Oktober seperti tahun-tahun sebelumnya. 

1. PV

Walaupun terjadinya Tragedi Oktober, PV menaik sikit lah berbanding September 2023, boleh lah buat ghaso-ghaso. Kalau tengok dari awal bulan sampai ke minggu ketiga tu sendu je graf, masa tu lah SEO Google buat hal. Bukan lah buat hal pun, sebab Google tengah tukar algorithm baru jadi bagi kesan lah kepada PV dan juga Adsense. Perasan pun sebab nampak ada blogger lain up status discuss pasal benda ni. 

But that's okay lah sebab benda tu bukannya boleh dikawal pun. Kita mampu redho aje. Hujung bulan dah start naik balik macam biasa. Banyak movie baru masuk dalam Netflix pun antara punca PV naik jugak. Hopefully bulan November ada berita gembira lah sebab all time PV dah cecah 4.9 juta jadi tak jauh pun dari angka 5 juta. Kalau tak dapat bulan ni, Disember ada jugak sebab target asalnya, hujung tahun 2023. 

2. Posts


Tengok Popular Post untuk Oktober boleh nampak entry movie review yang mendominasi sebab semua movie ni dah masuk OTT platform. Paling tinggi, entry Movie Review | Jemputan Ke Neraka sebab baru masuk Netflix. Memandangkan musim Hantu Lapar dengan Halloween dah habis, boleh lah start layan movie seram bulan ni. Dah masukkan a few movies dalam list, nanti sakan la update entry review. 

3. Bilangan Entri


Kalau dah namanya tak sempat update, memang harapan je lah nak nampak entri cecah target. Dapat 40 entry pun sebab update entry yang senang-senang je. Semoga bulan ni menaik lah bilangan entry tu sebab album gallery pun dah penuh. Ada banyaaaaaakkkk pending entry untuk bulan November. Beza entry tahun lepas pun dah semakin besar gap sebab tahun ni baru 3 kali cecah 60 entry. 

Sekian personal rant untuk permulaan November. Pendek tapi penuh dengan harapan. Terima kasih yang berkunjung ke sini and please take good care of yourself ye sebab dah start musim tengkujuh.