Movie Review | Hutang 2D (2021)

Wednesday 4 August 2021

 

Pengarah : Irwan Rauf, Eric Fuzi
Penulis Skrip : Eric Fuzi
Pelakon : Ayie Floor 88, Baby Shima, Ropie, Ogy Ahmad Daud, Black Hanifah, Wafiy Aan, Akram Floor 88, Achoi Floor 88, Eric Floor 88, Amir Floor 88, Falique Floor 88, Coki, Altimet
Syarikat Produksi : Arie Zaharie Production, Knack Knack Studios, Tech Trader
Pengedar : Astro First (Saluran 480), Astro Go, Astro On Demand
Genre :  Aksi / Komedi
Durasi Tayangan :  minit
Tarikh Tayangan : 5 Ogos 2021
Trailer :


Filem terbaru terbitan Arie Zahari Production mengisahkan tentang Ayie (Ayie Floor 88), seorang pelukis webtoon yang kuat berangan dan pengecut. Dia mempunyai dua masalah dalam hidupnya iaitu hutang bapanya, Pak Jie (Ropie)sehinggakan banyak barang digadaikan dan cinta terpendamnya pada Shima (Baby Shima), anak tunggal Mak Ima (Ogy Ahmad Daud) yang meniaga nasi lemak di hadapan rumah. 

Kehadiran dua orang gangster iaitu Han (Black Hanifah) dan Kit (Wafiy Aan) yang datang mengutip hutang tertunggak menambahkan satu lagi masalah dalam hidupnya. Segalanya berubah melalui tablet ajaib yang diberikan oleh Gua Mambang (Altimet) di mana segala lukisannya menjadi hidup. 


Dengan adanya tablet ajaib tersebut, dia mencipta rakan-rakan yang mempunyai kuasa ‘superhero’ yang luar biasa -  Akram (Akram Floor 88) kuasa cahaya, Achoi (Achoi Floor 88) kuasa api, Eric (Eric Floor 88) kuasa gagah perkasa, Amir (Amir Floor 88) kuasa meniru suara, Falique (Falique Floor 88) kuasa kelajuan untuk membantu Ayie menyelesaikan masalah hidupnya. 

Filem Hutang 2D dikatakan sambungan kepada music video lagu Hutang yang pernah berentap di AJL ke-35 dengan mengetengahkan konsep hutang yang mengangkat tema kekeluargaan dan persahabatan dalam naskhah sulung Eric Fuzi sebagai pencetus idea dan pengarah pembantu kepada Irwan Rauf. 


Penceritaan yang berlatarkan masyarakat penduduk kawasan rumah flat dipaparkan dengan baik bila ada babak yang menceritakan bagaimana akrabnya hubungan antara jiran di blok tersebut. Ibarat cubit paha kiri, paha kanan juga terasa. Bila Ayie ada masalah, Mak Ima dan Shima yang hulurkan bantuan tanpa pernah berkira. 

Walaupun pengarah menggambarkan Ayie sebagai pengecut bila Han dan Kit datang serang ayah dia tapi personally for me, watak Ayie lebih kepada mengalami trauma. Sudahlah tiada mak, dibesarkan pula dengan ayah yang tak bertanggungjawab. Ada duit lebih sikit pergi berjudi. Tak adil bila Shima marah Ayie kemudian Gua Mambang pula kena hormat dan berbaik dengan Pak Jie. Nasib baik lah Gua Mambang bagi tablet tu dan watak Ayie pun gunakan ke arah yang baik dengan menolong keluarga dan jiran di kawasan tersebut. 


Penceritaan pada first half santai dengan pengenalan beberapa watak dan kebolehan Ayie melukis webtoon menggunakan tablet ajaib dia. Bila masuk second half dah mula messy bila watak Han dan Kit menculik ramai anak dara di kawasan flat tersebut. Lebih baik kalau pengarah stick dengan konflik hutang Pak Jie dengan dua gangster ni sahaja. 

Bab lakonan tak ada masalah semuanya nampak natural dengan watak yang diberikan malah chemistry antara Ayie dengan Baby Shima pun nampak kuat dalam beberapa babak bersama. Watak sampingan pula terlampau ramai sampai ada watak yang muncul sekejap sahaja dan tak memberi impak pada penceritaan seperti watak Coki. Pelakon extra pula agak mengganggu bila tak serius dengan watak masing-masing macam pembantu ketua kampung masa penduduk flat berhimpun mengadu masalah anak dara hilang. 


Filem Hutang 2D ni menelan belanja sebanyak RM300,000 dan sebahagian besar dibelanjakan kepada visual effects yang digunakan untuk scene aksi. Walaupun terikat dengan bajet tapi visual nampak menarik dengan menggunakan template 2D. Musik latar merupakan koleksi lagu-lagu hit dari kumpulan Floor 88 sendiri dan 2 buah lagu baru diperkenalkan – Ku Ingin dan Sahabat. 



Mungkin movie Hutang 2D masih kurang menyengat dari segi penceritaan tapi sebagai platform pengenalan dari barisan penyanyi yang mencuba beralih angin ke bidang lakonan, naskhah santai ni sesuai sebagai hadiah kepada peminat. Teringat zaman 90-an dulu bila penyanyi kumpulan lelaki terbitkan movie masing-masing macam Boboi, Sofazr, New Boyz dan banyak lagi. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 5.8/10

8 comments

  1. uish laju post..haha

    yg best tu lakonan diorang, tak expect masing-masing boleh berlakon dengan bagus :)

    ReplyDelete
  2. Laju nyaaaaa... Koi belom lagi ada hati nak nengok. Mungkin laki nanti dia tengok la kot. Haha

    ReplyDelete
  3. filem kalau banyak sangat watak dan plot memang serabut. Tapi rasanya filem ni akan mendapat sambutan dari peminat Floor88.

    ReplyDelete
  4. Wah! Floor 88 berlakon pulak. boleh tengok nanti nie :)

    ReplyDelete
  5. floor88 ni akak kenal time tgk program tv3 i can see your voice ke apa tu.
    kenal yg gemok tu aje, pelakon kanak2, kan dedolu.
    berlakon jugak ekk diorang? ok la tu. pelbagaikan bakat di usia muda.
    pelakon yg lain dlm movie ni kuat-kuat gak, Fana. nampak menarik.

    ReplyDelete
  6. Kreatif kn? Dpd lagu boleh jd drama... bkn novel je boleh jd drama lagu pn boleh

    ReplyDelete
  7. Wah, Hutang dah jadi filem! Diorang ni ada kelompok peminat sendiri. Kira kalau buat produk boleh jual juga la :) Tengok Ropie teringat dia jadi bapak Uchee dalam video Floor 88 Yang Benar.

    ReplyDelete
  8. wah jalan cerita dia best. pelakon pun menarik

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.