Bila Pintu Kaca Bunyi Kraak Kraak Kraaakkk

Friday 20 August 2021

Seriau sangat bila glass door berbunyi kraak kraak kraak macam tu. Gaya macam nak pecah pun ye jugak. Dia akan berbunyi setiap kali orang buka pintu. Selalunya yang suka buka pintu ganas ni courier service lah sebab diorang nak cepat so bukak dengan sepenuh hati. 

Awalnya tu perlahan je bunyi dia tapi makin lama makin kuat. Petanda lah tu dah makin teruk. Masa dia berbunyi perlahan tu bukannya taknak pergi repair tapi PKP kan, siapa je buka kedai. Bila dah masuk fasa PKPB, baru lah dapat repair. Kebanyakan yang kitorang call charge sampai RM800 tapi nasib baik jumpa uncle ni harga RM250 je include checking sebab kitorang hantar video dekat Whatsapp so dia dah tahu dekat mana punca masalah dia. 


Tapi apa-apa pun punca dia dekat bahagian bawah ni je haha


Lama juga dia nak repair pintu ni pun sebab nak angkat pintu tu keluar dari bracket dia. Pintu kaca ni berat jugak lah. Nak adjust tu pun kemain lama sebab kalau salah measure ketinggian dia, boleh makan border bahagian atas. 

Lega sangat bila pintu kaca dah hilang bunyi kraak kraak tu. Lepas dah jadi macam ni kitorang minta courier service drop parcel dekat luar je lagipun tengah Fasa 1 so better elakkan diorang masuk. Dah sanitize parcel dekat luar baru ambil bawa masuk dalam. 

9 comments

  1. Ni kalau buat cerita seram mesti jadi hehe

    ReplyDelete
  2. Jauh nauu beza harga tuuu, RM800 dengan RM250, mujurlah jumpa yang RM250 ni. Benda yang bermasalah bawah tu jeee, sikit je kann

    ReplyDelete
  3. ganas betul abang courier. dah kena letak warning kat diorang lepas ni..haha

    ReplyDelete
  4. risau kan sbb pintu kaca..
    tkot jgk kang tiba2 kaca pecah.. kalo pntu kayu xde la nk risau sgt.. haha..

    nasib baik dpt repair dgn hrga murah..

    ReplyDelete
  5. ganas bah dorang buka pintu.

    ReplyDelete
  6. Krak krak rak tu bunyi macam tulang patah haha.

    Apa2 pun nasib dah settle. Tapi jauh lari 800 dengan 250 tu. Nasib jumpa yang murah

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum puan....boleh saya dapatkan nombor whatsapp uncle ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. I tak sure uncle ni active lagi ke tak tapi boleh try tanya 018-6935965

      Delete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.