Bakar Rotiboy Frozen Pack Guna Air Fryer

Bulan lepas viral pasal Rotiboy dijual secara frozen maka tak lah kitorang melepaskan peluang untuk beli home kit edition ni sebab boleh bake guna air fryer. Rotiboy home kit edition ada 15 biji doh frozen dengan 480 gram coffee cream topping. 


Rotiboy Frozen Pack ni cuma ada mexican coffee bun yang famous tu je lah. Rasanya edition ni cuma nak test water je dalam situasi pandemik ni. For sure lah sales Rotiboy drop teruk bila ramai yang tak boleh keluar rumah sekerap sebelum ni. 

Harga untuk frozen pack ni RM33.00 termasuk SST dan bukannya caj penghantaran. Masa order tu pihak Rotiboy cakap ambil masa paling lewat dalam 3 hingga 5 hari je sebab ramai yang order. Tapi kitorang dapat hujung bulan 29/07/2021. Dalam 3 minggu jugak lah lepas settle buat pembayaran kepada Rotiboy. 

Kitorang pun tak push sangat lah sebab pihak Rotiboy whatsapp untuk follow up bagitahu frozen pack akan sampai hujung bulan. Nasib baik lah level kempunan tak lah tinggi mana sebab tengok gaya viral dah boleh agak tak mampu dapat awal. Bila dah dapat tu craving pun dah hilang so minggu ni baru buat sebab kalau lebih dari 6 minggu lepas sampai dekat tangan, doh tu akan rosak. 


Cara nak bakar roti ni pun senang je. Letak dalam air fryer lepastu letak topping dekat bahagian atas. Jangan tanya lah kenapa comot sangat Pana buat kerja. Tak kerja bakery kan, so ikut suka lah nak calit tanpa seni. Asal tutup permukaan doh tu kira halal lah. 


Dah settle bab topping, bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 15 hingga 20 minit ikut manual yang Rotiboy bagi lepas scan QRcode yang dia bagi. Tapi pelik betul kejadian Rotiboy Mexican Coffee kitorang haha


Pelik sebab dia tak naik kembang pun macam bun jual dekat Rotiboy tu. Habis topping meleleh ke bawah bila doh tak mengembang dengan jayanya. Bab bau memang wangi dah sebijik sama macam Rotiboy. Bab rasa pulak sedap je hahaha sebab doh tu memang masak cuma tak gebu dan kembang macam bakeri Rotiboy. 


Lepastu bila makan tu kena hati-hati sebab dalam doh ni ada mentega. Bila doh tak kembang, mentega tu cair tapi tak terserap elok. Jadinya dia akan meleleh keluar macam air. Bahaya lah kalau makan panas-panas sebab mulut boleh melecur. 

Tak pasti lah sebab cara kitorang letak bun tu salah ke, sebab tak sesuai guna air fryer ke ataupun dah menuju ke expiry date. Ada lagi 10 doh so kitorang akan cuba bake lagi guna method yang berbeza tapi kalau sama jugak kejadiannya memang beli dekat bakeri je lah lepas ni. Lagipun Rotiboy frozen pack ni dah diberhentikan penjualan sebab permintaan yang terlampau banyak. Siapa yang dah merasa dan berjaya tu memang terbaik lah haha

7 comments

  1. uii sedapnya.. xtau pulak ada frozen

    ReplyDelete
  2. Uish sedap je rupa diaa. Lama jugak dah tak pekena rotiboy ni.

    ReplyDelete
  3. lama dah tak dapat ni, rupanya dah boleh bakar sendiri kat rumah ek, menarik betul!

    ReplyDelete
  4. ala tak pernah tau pun ada frozen pack. favourite ni. selalu beli kat KLCC

    ReplyDelete
  5. Ala, napa akak boleh tak tau ada yang frozen.. hubby akak suka sangat makan rotiboy nie, sampaikan dia selalu pesan kalu akak pegi ke Alamanda, belikan dia roti tue...

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.