Movie Review | Tokan (2013)

Wednesday 18 August 2021

Pengarah :  Ghaz Abu Bakar

Penulis Skrip :  Ghaz Abu Bakar, Helmi Jamil, Fadzil Zahari

Pelakon : Zizan Razak, Johan As'ari, Liyana Jasmay, Sofi Jikan, Wan Hanafi Su, Pekin Ibrahim, Wanna Ali, Ajai

Syarikat Produksi : Pencil Pictures, MIG Pictures Sdn Bhd

Pengedar : Metrowealth Pictures, Netflix, MUBI

Genre :  Aksi / Komedi Gelap

Durasi Tayangan : 93 minit

Tarikh Tayangan : 26 Disember 2013

Trailer :


Tokan seperti tajuknya mengisahkan mengenai aktiviti perniagaan terlarang yang menghasilkan dadah dan diedarkan ke beberapa tempat di dalam negara dan juga luar negara. Tuan Kamil (Wan Hanafi Su) adalah tokan terbesar di negeri Melaka dan mempunyai pengawal peribadi yang setia selama 10 tahun melindungi tanpa persoalkan perniagaan haram majikannya. Yusof (Pekin Ibrahim) tahu tuan dia terhutang budi dengan tokan lama yang dibunuh secara kejam lantas mengambil alih perniagaannya. 

Dek kerana sibuk dengan perniagaannya, jarang dia dapat luangkan masa bersama kedua-dua orang anak perempuannya. Tuan Kamil tahu anak bongsu dia, Wana (Wanna Ali) hanyut dalam dunia dadah tambah pula bila Mat Lobe (Zizan Razak) yang menjadi pengaruh utama. Harapkan pegar, pegar makan padi. Sementara Suri (Liyana Jasmay) pula hampir dicederakan oleh mat gian di Kampung Periuk kerana orang suruhan Mat Lobe cadangkan tempat tersebut untuk buat kajian. 

Mat Lobe mengadu nasib dengan Solihin (Sofi Jikan), pencipta dadah yang kreatif dan banyak menghabiskan masa dalam kontena yang terletak di tapak pembinaan. Tak banyak Solihin dapat bantu melainkan bagi ciptaan terbaru dia pada Mat Lobe supaya dapat push sales lebih banyak. Mungkin juga Solihin boleh slow talk dengan Yusof bila mereka berdua lebih rapat. 

‘Gua tak tahu lah kenapa gua lepak dengan lu. Sebab lu rasa diri lu teruk. Jadi lu kena jumpa orang macam gua yang lebih teruk daripada lu. Supaya lu rasa feel good pasal diri lu kan?’ – Solihin

Serabut dengan masalah Mat Lobe tak lah seserabut masalah pemburu misteri yang ingin semua yang bekerja di bawah Tuan Kamil mati. Macam mana Yusof nak selamatkan Tuan Kamil daripada pemburu tersebut, kena tengok sendiri lah di Netflix. 

Memandangkan genre movie Tokan di bawah terbitan Pencil Pictures dan MIG Pictures Sdn Bhd ni black comedy dalam dunia jenayah, tak boleh lah nak mengharapkan watak hero adalah baik walaupun pengarah Ghaz Abu Bakar cuba olah watak Yusof sebagai karakter yang tersepit dalam keadaan. Plot twist ada pada ending cerita and for me macam menarik jugak lah sebab pengarah sengaja tease pada beberapa babak. 

Awalnya macam malas lah nak tengok movie ni tapi saja layan sebab Netflix recommend but turns out jalan cerita dia menarik dengan cerita yang dipaparkan secara realistik mengenai realiti masalah dadah dalam kalangan anak muda di negara ni. Pada awal movie agak perlahan dan berat tapi bila masuk second half dengan kemunculan pemburu misteri dan beberapa babak aksi buatkan momentum penceritaan meningkat. 

Sinematografi dari Wan Chun Hung menampilkan sisi gelap Bandaraya Melaka yang terkenal sebagai destinasi pelancongan. Visual mungkin tak lah cantik mana tapi okay lah untuk pembikinan movie pada tahun 2013. Tona gelap lebih banyak digunakan untuk disesuaikan dengan genre dan mood penceritaan juga screenplay. Lagu Tokan oleh W.A.R.I.S dan Fiq sesuai dengan tema movie. 

Antara kekuatan movie Tokan adalah pada lakonan barisan utama pelakonnya dengan cara lakonan yang tersendiri terutamanya Pekin dan Sofi Jikan. Menarik kalau penulis kembangkan lagi persahabatan dua watak yang berbeza karakternya tapi energetik dalam profesion mereka. Sayangnya Zizan agak try hard dengan babak kelakar dan sometimes nampak cetek bila dalam situasi genting macam babak kejar-mengejar dengan Rano (Johan Asari). Apapun karya tempatan ni selayaknya diberikan perhatian walaupun dah terlambat selama 8 tahun.

1. Team Production +1, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.8, 6. Genre +1, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +1 = 8.3/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.