Blog Performance July 2021

Sunday 1 August 2021

 

Ikutkan taknak update blog hari ni tapi esok lusa akan busy so baik jangan bertangguh kan? Belek Canva jumpa poster cantik terus guna untuk thumbnail entry ni. Sejak ada Canva ni makin rajin nak edit poster sebab tak sampai 2 minit pun dah siap haha

1. PV 

Dalam entry blog performance bulan Jun 2021, dah target nak dapat all time PV 1.5 juta tapi tersilap kira padahal tak yakin langsung pun traffic boleh cecah 100k jugak bulan ni. Disebabkan setiap hari maintain je graf tak jatuh sangat tak naik sangat, boleh la cecah 100k tu. Bulan depan tak pasti macam mana but hopefully boleh maintain. 

Sebenarnya untuk bulan Julai tak fokus sangat dekat PV sebab masa Jun tak lebih dari target asal so dah bersyukur tambah pula dah dapat beberapa loyal readers dari Indonesia. Good news for me bcs I do aim for that. So untuk bulan Ogos ni hopefully boleh cecah 1.6 juta. 

2. Posts


Bulan Julai meriah lah dengan movie review dekat popular post sebab ternampak dekat group FB ada orang share pasal movie Haseen Dillruba. Sama juga dengan movie Ali & Ratu Ratu Queens tu sebab viral dekat FB. Dah update review baru nampak dua movie ni viral so rezeki terpijak lah dapat traffic tinggi. 

Disebabkan movie Ali & Ratu Ratu Queens jugak dapat exchange link dengan reviewer Indonesia. Memang tak sangka langsung masa tu. Blog kita ada dalam bloglist kawan-kawan blogger pun dah happy, inikan pula website negara luar. Bulan lepas pun banyak juga review movie, drama dengan telemovie cerita melayu masuk dekat popular post sebab cuti raya kan, cerita dekat Astro confirm lah ulang tayang. 

3. Keywords



Dah jarang dah tengok bahagian keywords ni sejak dua tiga bulan ni. Malas nak tengok sebab sebelum ni banyak yang merepek tapi bulan ni bila check banyak keywords berkaitan dengan movie yang muncul. Tak tahu kenapa birthday akim tu muncul padahal dah lama dah berlalu. 

4. Audience

Tak banyak beza pun dengan bulan Jun tapi traffic dari Indonesia dah berkurang dan jatuh ke tempat ketiga. Traffic dari Sweden pula banyak tapi tak pasti lah organic ataupun bots. Sembang pasal organic traffic dengan bots ni dah mula membahayakan adsense beberapa orang blogger dah. Sebelum ni baca je dekat blog orang lain kali ni diri sendiri pulak kena. Murung jadinya sampai rasa tak nak update blog sangat dah. Sebab no point beria kalau sumber income kena sekat gara-gara bots ni. Paid job pun dah lama tak dapat dan tak ambik sebab semua social media kena buat baru. 

5. Bilangan Entri

Awal tadi ada cakap PV bukan main focus kan untuk bulan Julai? Sebab main focus tu terletak pada bilangan entri ni haaa. Bulan Julai ni dah tercapai target untuk update entri sampai cecah angka 2,000. Sebab ada otai blogger pernah cakap traffic dia tinggi tiap bulan sebab entri dia dah banyak. So benda tu bukan sesuatu yang menghairankan lah. 

Since semua social media I problem dan tak boleh promote blog dah so dengan cara ni je lah boleh naikkan traffic pun. Stress lah bila jadi macam ni sebab bukan senang nak kumpul organic followers/readers so bila hilang macam tu je rasa penatnyaaaaaa lah. 

Update : Alhamdulillah Adsense dah kembali normal lepas tukar setting auto comment kepada always comment moderation. 

14 comments

  1. Semoga terus sukses lg..😀😀

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, banyak target tercapai tu. Tahniah! Semoga terus naik dan naik lagi. Syukur juga adsense dah muncul kembali.

    ReplyDelete
  3. Wahhhhhh idola sangat ni! Doakan ain pun dapat jadi macam ni hehe. Tapi tu la maleh nak buat entry coiiiiiii hahaha. iolls bw rajin lah sikit

    ReplyDelete
  4. Tahniah,Kak Farhana. Semoga target untuk bulan ni tercapai.

    ReplyDelete
  5. Tahniahh kakk
    Rabia edit sijil guna canva jgk
    Sekejap je siap nyaa

    ReplyDelete
  6. Tahniah rajin mengentri blog
    Akhir tahun ni memang boleh cecah 2j tu

    ReplyDelete
  7. traffic dari sweden tak rasa bots sebab pv blog i pun naik sejak lockdown sebab diorang, nak harapkan trafic local sendu je. apa yang dicari pun tak tahulah..hahaha

    ReplyDelete
  8. All the best for 1.6juta tu. Hehe

    sekarang canva tempat lepak mak tang. Haha sampai habis bateri tak sedar.

    ReplyDelete
  9. hebatttt������keep on blogging��

    ReplyDelete
  10. Tula ada canva lagi senang, by the way performance blog memang mantap habis ♡♡♡

    ReplyDelete
  11. byk nyer entri awak, dik oii.
    akak xde idea la nak naip entri byk.
    ada tu ada, tapi tak reti nak naip nyer hu hu hu hu...
    tiap mlm dok tgk movie. tapi tu la, malas nak review :) ha ha ha ha...
    hadoi lah. tu yg blog sejuk beku je pv nyer kah kah kah :)

    ReplyDelete
  12. Tgk jugak ceta ali tu.. biasa je storylinenya tp best jugak.. 2x dh tgk 😂😂😂

    ReplyDelete
  13. Samalah, memang pakai canva je. Senang!
    Tahniah Ana, semoga blog makin terus sukses! Keep blogging! Dan semoga tercapai apa yang Ana impikan.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.