Movie Review | The Grotesque Mansion

Friday 10 September 2021

Director : Jo Ba Reun

Writer : N/A

Cast : Seo Hyun-woo, Kim Bo-ra, Kim Hong-pa, Park So Jin, Lee Chang Hoon, Oh Dae Hwan, Park Kyung Bok

Production Company : N/A

Distributor : Olleh TV

Genre : Horror

Running Time : 106 minutes

Release Date : 30 Jun 2021

Trailer :


Masa blogwalking semalam nampak blogger Kak Sha share tentang movie seram Korea berjudul The Grotesque Mansion yang mempunyai 5 kisah pendek mengenai kawasan perumahan usang tersebut. Pelik juga kenapa Mansion sedangkan perumahan tersebut apartment complex. 

Kisah bermula dengan watak Ji-woo (Seo Hyun-woo), seorang pelukis webtoon genre seram mencari ilham untuk karya terbaru bila karya sebelumnya kurang mendapat sambutan. Dia berjumpa dengan penjaga rumah (Kim Hong-pa) tersebut untuk dapatkan maklumat dan cerita yang solid untuk dia letak di dalam webtoon dia nanti. 

Ada 4 kisah yang diceritakan oleh penjaga tersebut dan 1 kisah yang dialami oleh Ji-woo sendiri. Awalnya dia cuma dengar 3 kisah seram sahaja untuk dimasukkan dalam webtoon terbaru dia tapi bila penerbit perlukan kisah dia lebih panjang supaya boleh tarik ramai lagi pembaca, Ji-woo pergi semula dan minta penjaga tersebut berkongsi lebih lagi. 

Nak cerita panjang pasal 5 kisah pendek yang diceritakan pun susah jugak sebab pendek sangat nanti jadi spoiler pulak. Movie The Grotesque Mansion arahan Jo Ba Reun ni baru sahaja diterbitkan pada 30 Jun 2021 tapi tak ada banyak details tentang crew dan team production. Tak pasti kenapa dalam trailer ataupun poster tak dikreditkan langsung sedangkan naskhah ni menarik dan mempunyai beberapa jalan cerita yang segar. 

Antara cerita seram yang menarik perhatian bila penjaga menceritakan kisah seram yang berlaku pada wanita bujang, Choi Sun Hwa (Park So Jin) yang bekerja sebagai pharmacist dan bercinta dengan suami orang. Tak pasti kalau berbeza penulis untuk setiap cerita sebab olahan olahan cerita ni lebih menarik dengan beberapa hint dan elemen misteri yang dimasukkan. 

Macam scene Sun Hwa terkejut dengan senior dia (Shim So Young) yang bagi nasihat tentang affair dengan suami orang. Boleh jadi senior dia adalah isteri kepada Jung Ho Joon (Lee Dong Ha) sebab cuma Sun Hwa je yang nampak watak tersebut pada hari Inspektor datang untuk soal siasat. Kisah Sun Hwa juga berkait dengan kisah penulis Lee Hyung Hoon (Lee Chang Hoon) yang biadap dan juga pelajar Tae Hoon (Kang Yoo Seok) yang baru pulang dari luar negara kemudiannya menumpang di apartment tersebut. 

Set apartment usang menambahkan impak pada jalan cerita dan menghidupkan rasa ngeri setiap kali panorama apartment complex muncul pada skrin. Dekorasi dan props juga diberikan perhatian sebaik mungkin. Music background juga tak keterlaluan sebaliknya lebih bergantung kepada penceritaan. Bila tengok movie ni rasa nyilu dan meremang. Jumpscare tak banyak pun tapi pengarah berjaya build momentum dari screenplay yang ditonjolkan oleh para pelakon sampingan. Tengok kisah isteri patung tu jadi lemah semangat dari awal dia muncul sampai lah habis. Seram!

Kelemahan pada naskhah The Grotesque Mansion ni bila jalan cerita dia tak beri ruang untuk watak-watak pada setiap cerita untuk berkembang. Macam watak Tae Hoon yang perlu menumpang di apartment tersebut walhal kedatangan dia disambut dengan kimchi basi. Ada peluang untuk keluar dari situ tapi dia offer diri untuk kemas rumah supaya dapat stay lama. Tak ada backstory pada watak yang terlibat dan kisah kultus pemujaan juga tak diberikan peluang untuk muncul kecuali si ketua di penghujung cerita. 

Mungkin 5 kisah pendek dengan durasi 106 minit menjadi punca kenapa setiap cerita agak pendek dan cepat. Feel dia ibarat kisah seram yang kita selalu cerita di asrama sebelum tidur. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.8/10

Lotus' Frozen Pepperoni Pizza

Thursday 9 September 2021

Menyinggah dekat Lotus' Mutiara Damansara minggu lepas, rasa nak try Frozen Pepperoni Pizza dia sebab teringin nak makan pepperoni pizza. Alang-alang dah nampak lepastu dekat rumah ada air fryer tak payah fikir banyak lah terus sambar je. Nak beli Domino's macam over sangat nanti ada pulak order lain yang menyelit. 


Harga dia pun tak lah mahal sangat dalam RM10 macam tu untuk kuantiti 285g sekotak. Boleh lah nak makan time dinner, tak nak yang heavy sebelum tidur haha

Masak guna air fryer dengan suhu 220 selama 10 minit je. Sorry lupa nak ambik gambar masa frozen sebab excited sangat nak makan pepperoni pizza ni. 


Bila bukak air fryer tu macam hmmm kenapa sosej dia terbakar sikit? Nak kata lama sangat tak lah jugak sebab doh dia okay je. Bila rasa tu sedap je tapi bukan taste kitorang lah sebab dah terbiasa dengan pizza Domino's bila doh dia nipis. Makan Lotus' frozen pepperoni pizza ni macam makan pizza dekat pasar malam sebab doh dia tebal. Lepas ni beli dekat Domino's je lah nampak gayanya haha

Kopi Saigon, Citarasa Vietnam

Tuesday 7 September 2021

Masa belek IG ternampak kawan update dia tengah sibuk kemas kedai baru dekat Sungai Buloh. Bila tengok kedai dia jual Kopi Saigon terus DM tanya dia jual kopi famous ni ke? Bila dia reply cakap ye terus dapat invitation ke sana. Kalau pergi beli dekat sana boleh dapat kopi free. 

Tapi semata nak keluar untuk beli kopi memang malas sebab masa tu baru je lengkap vaksin. Tak berani lagi nak keluar ke tempat sesak. Dah lama nak merasa Kopi Saigon ni sebab ada senior sekolah dulu cakap sedap. Tengok dekat IG pun ramai jugak yang promote kopi ni. Kopi Saigon Sungai Buloh ni belum masuk lagi dalam Foodpanda ataupun Grab sebab baru buka. Application dia ambil masa dalam 2 minggu macam tu. So I order guna Lalamove je. 

Nasib baik charge dari Sungai Buloh ke Subang Bestari tak lah mahal sangat dalam RM11 je. Alang-alang dah beli guna Lalamove, baik beli banyak sikit ye dak? Kopi Saigon yang menggunakan biji kopi dari Vietnam ni ada 7 jenis bancuhan. 

i. Kopi Saigon (Kopi + Susu Pekat)

ii. Kopi Hitam (Kopi + Gula)

iii. Kopi Cincau (Kopi + Susu Pekat + Cincau)

iv. Kopi Latte (Kopi + Susu Pekat + Extra Susu Segar)

v. Kopi Santan (Kopi + Susu Pekat + Santan)

vi. Kopi Mocha (Kopi + Susu Pekat + Koko)

vii. Kopi Yogurt (Kopi + Susu Pekat + Yogurt)

Kalau tengok pada poster ni Kopi Saigon, Kopi Kelapa dengan Kopi Mocha adalah bestseller. Nak merasa kopi kelapa tu macam tak berani sebab santan tu tak tau dimasak sampai mendidih ataupun bancuh dengan air supaya kurang pekat. Kalau bancuh tu bahaya dekat perut lah sebab jenis cepat kembung. 

Memandangkan baru stage nak mencuba, so I pilih Kopi Saigon, Kopi Mocha, Kopi Latte dengan Kopi Cincau. Bila order sampai, ada dapat satu extra Kopi Saigon, kawan I bagi free. Dia bungkus kopi tu pun rapi dan kuat. Sekuat ranger macan, ranger kuda jelapak merah. Ayat ni ayat admin Facebook Kopi Saigon ea, bukan I yang over tau. 

Personally for me memang tak boleh go dengan rasa Kopi Saigon sebab pekat sangat kopi Vietnam ni lepastu campuran dengan susu tin agak manis dekat tekak. Tapi antara 4 kopi tu, kopi cincau paling sedap. 

Kopi Saigon ni bau dan rasa dia macam ada esen kelapa atau minyak kelapa dara. Tak tau lah tu keunikan dia ataupun memang biji kopi vietnam ada esen tu. Bau dan rasa tu yang buat spoill mood. Nasib baik Kopi Mocha dengan Kopi Cincau agak pekat dengan campuran koko dan cincau so tak lah terasa sangat. 

Kopi Saigon ni ada cawangan lain juga dekat Taman Dato Harun, Puncak Alam, Taman Maluri, Greenwood Gombak, Jalan PJS2/2, Kg Melayu Subang, Pantai Dalam, Kg Baru KL. Masa I taip entry ni baru I tau wujudnya outlet dekat Kg Melayu Subang. Nasib baik lah nawaitu nak support member hahaha kbai

BIRTHDAY GIVEAWAY SHEILA INSPIRE

Monday 6 September 2021


Movie Review | Veteran (2015)

Saturday 4 September 2021

 

Director : Ryoo Seung-wan

Writer : Ryoo Seung-wan

Cast : Hwang Jung-min, Yoo Ah-in, Jung Woong-in, Yoo Hae-jin, Jang Yoon-ju, Song Young-chang, Shin Seung-hwan, Jang So-yeon

Production Company : CJ Entertainment

Distributor : CJ Entertainment, Netflix

Genre : Comedy / Action

Running Time : 123 minutes

Release Date : 5 August  2015

Trailer :


Filem yang mendapat kutipan box office ke-5 tertinggi dalam sejarah tayangan filem di Korea Selatan dan memenangi banyak anugerah baik di dalam mahupun luar negara ni bertemakan jenayah yang dilakukan oleh chaebol dari konglomerat Sinjin Trading. 

Inspektor Seo Do-cheol (Hwang Jung-min) yang kebetulan berjumpa kembali dengan kenalan dia si pemandu lori, Bae (Jung Woong-in) semasa misi menangkap geng Rusia yang seludup kereta mewah di Korea. Dalam pertemuan tu dia bersimpati dengan nasib Mr. Bae yang sudah lama tak dapat gaji walaupun bekerja keras. 

Bertambah malang lagi nasib dia bila kesemua pemandu lori diberhentikan kerja serta-merta tanpa tempoh notis yang panjang. Bila Mr. Bae  berjumpa dengan pengarah Jo Tae-oh (Yoo Ah-in), dia dibelasah dengan teruk kerana buat kecoh untuk sesuatu yang kecil. Tak lama kemudian anak lelaki Mr. Bae (Kim Jae Hyeon) hubungi Inspektor Seo Do-cheol untuk maklumkan ayah dia dimasukkan ke hospital akibat jatuh dari tingkat 8. 

Do-cheol dapat tahu Mr. Bae dibelasah dengan teruk dan tiada langsung footage CCTV pada waktu yang sama kejadian tersebut berlaku. Dia tahu ada sesuatu yang mencurigakan tambahan pula bila Choi Dae-woong (Yoo Hae-jin) pembantu Tae-oh datang berjumpa dengan isteri dia (Jin Kyung) untuk beri rasuah supaya mereka diamkan sahaja perkara ni. 

Banyak sub-plot yang ditambah untuk menguatkan lagi plot utama yang memaparkan jenayah melibatkan chaebol di Korea Selatan dengan pace yang laju. Walaupun tema dan mesej sosial yang dibawakan oleh pengarah dan penulis Ryoo Seung-wan ni agak berat namun penceritaan yang diolah dan diadun dalam template aksi komedi menjadikan naskhah terbitan CJ Entertainment ni menarik untuk ditonton. 

Scene Mr. Bae bagitahu tentang masalah kerja dalam babak berdurasi 2 minit nampak bersahaja walhal dua watak berbicara hal yang agak tegang dan berat. Scene pendek je tapi ikat perasaan audience sebab realiti jijik yang berlaku dalam kehidupan. Ekspresi kedua-dua watak mainkan peranan utama bila terpaksa pasrah dengan kezaliman di depan mata. 

Sama juga dengan scene polis yang ditugaskan untuk tutup kes Mr. Bae nyalakan rokok untuk Choi Dae-woong. Tak perlukan penjelasan panjang pun untuk kita nampak rasuah dan kebobrokan yang berlaku dalam institusi polis. Sama juga rasuah kepada pihak media untuk tutup cerita jenayah yang berlaku. Boleh nampak yang pengarah Ryoo Seung-wan gunakan pendekatan tunjuk melalui screenplay daripada beritahu melalui dialog atau naratif. 

Elemen kelakar wujud pada babak yang berlatarkan kehidupan team Metro Police yang diketuai oleh Leader Oh (Oh Dal-su) bila mereka memaparkan realiti sebenar bila ditugaskan untuk memberkas penjenayah. Kalau dalam movie crime yang lain boleh nampak sisi tegas, serious dan tegang tapi dalam movie Veteran ni penat gelak bila masing-masing mengaduh sakit dan penat setiap kali penjenayah lari daripada ditangkap. Scene Ma Deong-sok buat cameo tak sampai seminit tu macam tak perlu je? Dia memang ada fanbase sendiri ke sampai pengarah perlu masukkan watak dia walaupun sekejap? Mungkin dia macam Reza Rahadian, muncul sekejap pun dah buat penonton happy. 

Paparan visual dengan teknik yang menarik dari Choi Young-hwan menambahkan lagi impak pada beberapa babak yang ada dalam movie Veteran. Terutamanya teknik close up yang menjelaskan reaksi muka dengan perbuatan jahat dari watak-watak antagonis. Sama juga dengan music score Bang Jun-seok sehingga tercalon dalam kategori Best Music di pelbagai award events. 

Veteran ni akan jadi one of my fav movie lepas A Hard Day (2014)  dengan konsep, genre dan tema yang sama sebab penulisan dan execution yang mantap. Uniknya industri perfileman Korea Selatan ni bila diorang selalu hantar movie aksi komedi ke festival filem sedangkan industri filem negara lain hantar movie yang slow paced dengan mesej yang berat. Shouldn’t they learn by now that kind of template is a bore? 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Movie Review | Bulan dan Pria Terhebat

Pengarah : Ghaz Abu Bakar

Penulis Skrip : Ghaz Abu Bakar

Pelakon :   Zahirah MacWilson, Maya Karin, Zizan Razak, Bell Ngasri, Khir Rahman, Alif Hadi, Mimi Ernida, Sein Qudsi, Aprena Manrose, Didie Alias

Syarikat Produksi :  Nizra Entertainment, Astro Shaw, Skop Productions

Pengedar :  Astro First, Netflix

Genre :  Aksi / Komedi

Durasi Tayangan : 106 minit

Tarikh Tayangan : 12 Mac 2020 (Malaysia, Brunei, Singapura)

Trailer :


Bulan (Zahirah MacWilson) disuntik dengan dadah kemudiannya dieksport ke Malaysia untuk dijadikan barang dagangan kepada ketua sindiket Ricky (Sein Qudsi). Dia berjaya keluar sebaik sahaja sampai di kawasan gudang konco tersebut kemudiannya bertemu dengan Haris (Zizan Razak), pemandu e-hailing Faszz. 

Belum sempat Haris soal siasat bagaimana Bulan boleh sampai ke kawasan tersebut, dia sudah pun lari dan berjumpa dengan intel untuk mulakan misi peribadi dia. Bulan adalah ahli tentera khas negara Indonesia tapi menyamar dan datang ke Malaysia untuk menjejak adiknya, Melati (Aprena Manrose) yang diculik oleh modeling agency. 

Suspek pertama dalam kehilangan Melati ialah Agus (Khir Rahman) yang menguruskan urusan eksport dari Indonesia ke Malaysia. Walaupun Bulan dapat maklumat lokasi Melati tapi Agus dah inform Madam (Didie Alias) supaya pindahkan ke kawasan lain. Bulan berjumpa dengan Haris dan tawarkan RM10,000 kalau dia jadi driver untuk ke Johor Bahru. 

Nak tak nak terpaksa lah Haris terima bila dia kusut dengan permintaan keluarga Sarah (Sofia Dendroff) yang nak buat majlis kahwin di Golden Royal Palace Hotel. Haris ajak sekali kawan-kawan dia, Arab (Bell Ngasri) dan Daud (Alif Hadi) ke sana. Dalam masa yang sama, Agus jemput Tony (Maya Karin) untuk hapuskan Bulan dan rampas kembali tab yang penuh dengan bukti perniagaan haram mereka. 

Sebelum ni tahu kewujudan movie Bulan Dan Pria Terhebat ni gara-gara single track Akim & Majistret - Roulette sebab lirik dia unik penuh dengan peribahasa Melayu. Masa tu tak rasa nak tengok pun sebab tajuk cerita dan pelakon tak menarik minat. Bila tengok movie Mat Bond Malaya, pengarah Ghaz Abu Bakar ada mention pasal movie ni lepastu ternampak pulak dekat Netflix, saja try tengok masa lunch. Tak sangka pulak movie ni best. 

10 minit awal dah tertarik sebab fight scene Bulan dekat gudang tu sharp dan realistik. Filem tempatan jarang tonjolkan watak protagonist perempuan dalam genre aksi komedi. Sebelum ni pernah tengok Fify Azmi dalam movie Wira (2019). Kali ni Zahirah pula mencuri tumpuan. Bila tengok interview dia dengan Mstar, dia ada bagitahu harapan dia supaya movie Bulan dan Pria Terhebat jadi penanda aras filem aksi wanita. Zahirah jalani latihan intensif sebelum mula penggambaran jadi tak hairan lah hasilnya terlihat cantik. 

Kalau tengok dalam movie Mat Bond Malaya, pengarah dan penulis Ghaz Abu Bakar ni memang suka bekerja dengan Zizan Razak jadi tak hairan lah kenapa Zizan boleh ada dalam movie ni walaupun dia cuma pelakon sampingan dan screentime yang lebih pendek dari franchise Polis Evo (2015). Malah berkongsi pula skrin dengan pelawak Bell Ngasri. 

Personally lakonan Zizan bukanlah kekuatan utama movie aksi ni tapi sepenuhnya digalas oleh Zahirah yang baru pertama kali muncul di layar lebar. Sebelum ni tengok dia berlakon dalam drama TV3 tak ada lah syok sangat pun tapi dalam movie ni lakonan dia cemerlang dengan slang Indonesia walaupun ada masanya kedengaran janggal. Terima kasih pada Ghaz yang berjaya cipta satu avatar wanita yang mantap dan berkualiti. Keluar dari stereotaip dan prejudis terhadap watak perempuan. Bukan sahaja pada watak Bulan, malah Tony dan Mimie. 

Bab visual tak perlu dipertikaikan lagi bila movie Bulan Dan Pria Terhebat ni diterbitkan di bawah Astro Shaw dan Skop Productions, dua syarikat produksi otai dalam industri filem tempatan. Cuma visual effects dalam babak Arab cuba topeng muka buatan Julie (Mimi Ernida) nampak lemah. Nasib baik babak tu kelakar bila Arab menyamar sebagai Syamsul Yusof. 

Harapnya lepas ni pengarah Ghaz Abu Bakar buat franchise juga kepada movie Bulan sebab watak dia ada potensi untuk jadi karakter fisyen kegemaran dalam kalangan penonton wanita. Please notice this request haha

1. Team Production +1, 2. Visual +0.6, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +0.7, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9/10

Berjaya Beli Tiket Konsert Online B.I!

Bila dah berjaya beli tiket ni memang tak sabar nak tunggu bulan Oktober datang sebab bukan first online concert untuk B.I je tapi first online concert untuk I jugak sebagai audience. Sebelum ni pergi yang real punya, kali ni nak merasa pengalaman join online concert pulak. Masa tengok iKON dekat KContact 4 pun dah excited, apatah lagi yang memang betul konsert. 


Sebelum ni dah nampak B.I update gambar dekat studio LiveXLive so ramai yang assume B.I nak buat online concert lepas album Waterfall keluar. Nak pulak masa tu Destiny Rogers datang ke Korea makin bertambah kuat lah assumption tu. B.I dengan Destiny Rogers ada kolaborasi untuk single track Got It Like That sebelum keluarnya album Waterfall. 

Yang buatkan assumption ni bertukar jadi kenyataan sahih bila B.I tersalah upload poster dekat Weibo. Dia nak announce pasal pre-order vinyl record album Waterfall tapi dia tak sengaja upload poster online concert dia. Memang kecoh lah semua fans cerita dia. 


Garu kepala lah semua staff IOK Music bila CEO sendiri buat kesilapan comel macam ni. Nasib baik tak letak tarikh dalam poster tu cuma bagitahu je bulan berapa. Sejak B.I keluarkan charity album, Midnight Blue kemudiannya single Got It Like That dan album Waterfall, tak pernah ada bulan yang sepi dari ex-leader iKON ni. Youtube channel, TikTok dengan Twitter pun sentiasa update. B.I dah bagitahu yang dia akan bekerja 200% lepas dia menghilangkan diri selama setahun setengah lepas keluar dari YG Entertainment. 


20 Ogos 2021, pihak LiveXLive reveal tarikh online concert pada 3 Oktober 2021 nanti. Jualan tiket akan dibuka pada 2 September 2021. Ada 8 jenis pakej yang ditawarkan oleh 131 Label dan LivexLive ni. 

i. $19.90 - Livestream Only [Livestream PPV Ticket]
ii. $29.90 - Livestream with Rewatch Access [Livestream PPV Ticket with rewatch]
iii. $54.90 - Subscription Bundle [Livestream PPV Ticket with rewatch. +1 year LiveXLive  Plus Subscription. Only available in US & Canada]
iv. $64.99 - Merch Bundle 1 [Livestream PPV Ticket with rewatch + Merchandise T-shirt. Shipping included]
v. $104.99 - Merch Bundle 2 [Livestream PPV Ticket with rewatch + Merchandise Hoodie. Shipping included]
vi. $144.99 - Merch Bundle 3 [Livestream PPV Ticket with rewatch + Merchandise T-shirt and Hoodie. Shipping included]
vii. $164.99 - VIP Meet & Greet Bundle 1 [Livestream PPV Ticket with rewatch + Virtual Meet & Greet (1 minute) + Merchandise T-shirt. Shipping included]
viii. $214.99 - VIP Meet & Greet : All Merch Bundle [Livestream PPV Ticket with rewatch + Virtual Meet & Greet (1 minute) + Merchandise T-shirt and Hoodie. Shipping included]


Ikutkan macam nak beli T-shirt dengan Hoodie online concert B.I ni tapi design tak cantik so kita beli tiket untuk livestream online concert je. Nak beli tiket meet & greet tu tak mampu sebab mahal nau padahal boleh sembang seminit je dengan dia. Terkejut dapat bercakap dengan dia confirm makan masa sampai 30 saat. Baru cakap hi dah habis dah turn menyembang dengan dia. 

Masa nak beli tiket tu pun dah sold out dah tiket pakej VIP ni sebab limited untuk 100 orang je. Padahal masa beli tu sejam lepas tempahan dibuka kot. Tak tahu lah pukul berapa diorang bertapa depan online counter tu. 



Rasanya 3 pakej tiket je yang berbaloi untuk dibeli - Pakej Livestream dengan 2 pakej VIP ni. Yang lain tu macam tak menarik sangat pun. Subscription access tu pun tak terbuka untuk semua negara. Tak pasti lah ID ramai dekat US ke tak. Tapi bila belek akaun Instagram LiveXLive ni dia dah slowly buka untuk artis Korea. Mungkin dah nampak fans mana yang suka leburkan duit walaupun pokai lol

Anyway, lega dah berjaya beli tiket online concert B.I dengan jayanya. Hilang satu keresahan buat masa terdekat ni. Lepas ni nak beli tiket online concert untuk iKON pulak walaupun macam dalam samar je entah ada entah tidak sebelum iKON keluar dari YG Entertainment tahun depan. Tsskkk

Rest In Peace, Sidharth Shukla

Thursday 2 September 2021


Lepas lunch tadi dapat DM dari kawan bagitahu pasal Sidharth Shukla meninggal sebab heart attack. Terkejut sebab baru je beberapa hari lepas nampak post dia dengan girlfriend dia, Shehnaaz Gill. I'm not a fan of him since dia adalah TV actor dan berlakon sebagai supporting cast dalam movie Humpty Sharma Ki Dulhania tapi sayangnya bila dapat tahu ada pelakon yang berbakat meninggal dalam usia muda secara tiba-tiba. 

Sidharth Shukla agak famous di Bollywood lepas join rancangan Big Boss 13 dan menang dalam program reality show tersebut. Fanbase Sidharth dengan Shehnaaz pun agak tinggi. Both of them banyak berlakon dalam MV untuk single tracks penyanyi di Bollywood. Favorite MV diorang lagu Bhula Dunga - Darshan Raval. Chemistry diorang pun strong since both of them bercinta in real life. 



Setakat ni pihak polis sahkan tiada foul play dalam kematian mengejut Sidharth Shukla dan dia meninggal sebelum sampai ke Hospital Cooper. Boleh kata kes Sidharth ni macam kes arwah Asyraf Sinclair jugak since Sidharth seorang yang amalkan healthy lifestyle tapi meninggal sebab heart attack. Semoga family Sidharth dan Shehnaaz tabah terima ujian ni. Shehnaaz pertama kali berjumpa dengan Sidharth pada bulan September dan terima berita sedih ni pada bulan September. Shehnaaz memang yakin sangat Sidharth tak akan tinggalkan dia tapi takdir Tuhan tu siapa nak jangka, bila dan macam mana ajal datang menjemput. 


Lepas post-morterm tengahari tadi, mayat Sidharth Shukla dah dibawa pulang oleh keluarga. Ramai rakan artis dan selebriti yang datang untuk bagi penghormatan terakhir sebelum disemadikan. Fans pun berkumpul depan rumah sejak siang sampai ke malam. Yang bukan fans ni pun macam tak percaya bila dapat berita, apatah lagi fans yang memang dekat dengan Sidharth. A shocking news, indeed. Gone too soon, rest in peace Sidharth Shukla. 

SUPRISE GIVEAWAY BY AIENIENKA


Story sikit the best suprise yang korang pernah dapat sebelum ni

The best surprise bila adik gigih datang ke majlis konvo zaman Diploma dulu sampai 5 kali sesat jalan. Datang dengan kawan-kawan dia pulak tu nak bagi surprise punya pasal tapi diorang pulak yang terciduk atas jalan haha

Blog Performance August 2021

 

Bila public holiday jatuh tengah minggu mula la rasa malas betul nak masuk kerja balik esoknya. Dah lemau satu hal, nak catch up balik siapkan semua kerja yang tertunda sebab cuti pun satu hal jugak. Bila lemau campur penat, maka malas lah nak update blog haha situ je hala tuju perenggan ni. 

Nak bermalasan pun tak boleh sangat sebab blog adalah sumber kedua ye dak? So kita mulakan bulan September dengan penilaian blog untuk bulan Ogos 2021. 

1. PV


Bulan Ogos pun mencecah 100k pageviews sama macam bulan-bulan sebelumnya dan lebih tinggi sikit dari pageviews bulan Julai 2021. Terkejut jugak bila tengok beberapa hari mencecah 5k pageviews dan paling tinggi pada 20/08/2021 bila mencecah 6936. Tu yang paling tinggi pernah dapat la tu dalam sehari. 

Dalam entry Blog Performance bulan Julai 2021 dah target nak cecah 1.6 juta PV all time and yupp dah cecah lah sebab PV monthly naik sampai 120k. So untuk bulan September ni nak cecah 1.72 juta pulak. 

2. Posts


Post bulan Ogos ni berpatah balik ke popular post seperti bulan sebelumnya. Bulan Julai je banyak movie review yang appear dekat Popular Post ni. Masa sembang pasal Pampas tu tak expect pulak boleh naik setinggi tu padahal saja menaip mengarang extra sikit dari biasa sebab bosan. Movie Siccin pun muncul kembali setelah lama menghilang. 

Movie Review Ladies vs Ricky Bahl tu ramai juga yang menjengah padahal saja update movie lama since tak pernah buat review lagi. Nanti kalau kering idea boleh lah update review untuk movie Hindustan zaman 2012 ke atas sebab banyak movie yang best zaman tu. Sementara nak tunggu Bollywood release movie baru tahun depan ye dak?

3. Keywords


Keywords bulan Ogos agak hambar nak dibandingkan dengan bulan Julai tapi tak tahu lah kalau daily keywords ada perubahan yang menarik sebab I jarang tengok pun dekat sini. Since niche I entertainment dan spesifisik pada movie reviews, keywords ni tak lah membantu sangat di kala kekeringan idea. Mungkin next month I tak masukkan dah keywords ni sebagai salah satu indikator untuk report card ni. Kalau rasa ada yang menarik je baru tambah dekat bawah.  

4. Audience
Sama dengan bulan Julai, audience dari India dah lama hilang dari radar. Nak kata tak ada update movie review Hindustan ataupun South India, ada lah jugak peningkatan. Tengok lah bulan ni nak pulun lebih sikit lah kot update pasal Fashion Files dengan reviews. Bab gossip tu tak pasti lah sebab dah tak ada sumber dah sekarang. 

5. Bilangan Entri
To be honest sejak PV dah mencecah 100k ni dah mula jadi malas ea nak update. Tambah pulak dah lemau asyik terperap dekat rumah, makin bertambah jelak nak layan movie dengan drama je. Dah lengkap dua dos vaksin pun tak berani nak pergi merayap mana-mana. Sebelum endemik ni syok lah jugak tiap minggu pergi lepak dekat cafe tak pun terjah restoran baru. Tak tahu lah mampu ke tak mencecah bilangan tahun 2020. 

Actually bulan ni ak pasti lah dapat selalu update blog ataupun blogwalking macam bulan Ogos ke tak sebab ada new rules dekat office which I don't really agree much. So I hope sesiapa yang datang berkunjung, diharap memahami lah bila kunjungan tersebut akan dibalas lebih lanbat dari biasa. Terima kasih yang datang membaca dan tinggalkan komen. Take care and stay safe everyone ❤🌸