Penat Berjalan Dekat IKEA Cheras

Monday 6 June 2022


Dah bosan pergi IKEA Damansara jadi Ahad lepas ajak family pergi IKEA dekat MyTown Shopping Mall pulak. Kira hit two birds with one stones lah sebab adik-adik I suka naik MRT dan tren dari Kwasa menuju ke Cochrane ni menyinggah 13 stesen jadi puas lah dia duduk dalam tu. Tak mahal pulak tu tambang MRT ke MyTown sebab RM3.60 je. 

 

Dah puas naik tren boleh guna escalator tinggi pulak sampai boleh bergambar banyak-banyakkkkk!

Dari pintu masuk MyTown shopping Mall tu jauh juga nak kena berjalan sampai ke IKEA sebab dari hujungggg sini ke hujunggggg sana. Masa sampai tu tak lah ramai orang sangat tapi makin lama makin sesak. Maklumlah hujung minggu kan, ramai yang bawa family ke sini. Ingatkan ramai yang balik kampung jadi tak sangka pula IKEA akan penuh dengan orang. 


Walaupun ramai tetap happy dapat tengok showroom IKEA sebab dapat banyak ilham baru. Rasanya IKEA Cheras ni lebih tertumpu dengan dekorasi untuk studio house dan rumah apartment sebab cara susun atur barang menggunakan konsep menegak. Banyak juga showroom yang guna shelf panjang di bahagian dinding belah atas untuk simpan barang dalam storage. Sesuai lah nak apply untuk rumah sendiri sebab apartment jugak. 

Suka tengok showroom ni sebab stylish! Ala cool kids dekat New York










Dekat IKEA Cheras ni banyak juga lah barang yang ada dekat sini tapi tak ada dekat IKEA Damansara sebab IKEA terbesar di Malaysia kan. Haruslah lebih banyak pilihan dan lebih banyak showroom yang kreatif. Tertarik dengan lampu lantai menegak dia sebab cantik. Bunga atau pokok tiruan pun banyak pilihan juga dekat sini. Storage pun ada pilihan pelbagai jenis dan warna. 






Deko dekat beranda dia lebih kurang sama je dekat IKEA Damansara tapi bersaaiz kecil sebab rumah studio dan apartment. Nak follow tapi macam tak sesuai sebab beranda rumah basah bila hujan lebat. 



I nak apply idea deko ni dekat beranda rumah!!!

Rehat kejap lepas penat berjalan tengok showroom untuk ruang tamu

Sampai dekat showroom bahagian dapur pun banyak juga idea untuk hiasan dapur yang dibuat dengan hiasan secara menegak. Bab dapur ni mak I suka lah tengok tapi tang harga tu dia tak suka lah hshshs







Dekat sini ternampak pulak bakul IKEA RISATORP warna biru muda sebab dekat IKEA Damansara ada warna putih je. Tak tahu lah kalau ada warna lain jugak tapi everytime I pergi memang tak pernah nampak langsung. Rasa macam nak beli bila album Treasure I dah banyak nanti sebab warna dia ikut warna tema Teuland hiks!


Lepas melawat ruang kanak-kanak dengan bilik tidur ni terus surrender sebab energy dah habis nak teruskan perjalanan. Bila beratur dekat restoran pulak panjang nau lepastu menu dia tak best. Sudahnya makan dekat Food Empire je. Barang yang kitorang pilih tu pun terbiar je lah dekat IKEA tu. Beli dekat Shopee je lah gamaknya sebab masing-masing dah tak larat nak berjalan ke IKEA balik. Kalau sambung beli pun nanti kena beratur panjang pulak dekat kaunter. Tak sangguppppp!

Tren Penuh Dengan Cosplay Genshin Impact

Masa naik MRT menuju ke Stesen Cochrane Ahad lepas terkejut tengok ramai yang pakai cosplay anime. Tak tahu pula ada apa-apa event berkaitan dengan anime atau lebih tepatnya tak pernah tahu pun. Tahu pasal Anime Fest dekat Paradigm pun sebab ramai mengadu Petaling Jaya jam teruk. 

Watak pertama yang muncul depan mata ialah Hu Tao. Being a non-fans, that name doesn't even ring a bell. I aware dengan pemakaian dia tapi I tak  kenal watak apa. Adik bongsu dah excited teruk bila nampak sampai tak berkelip mata dia pandang tau. Hu Tao dari Genshin Impact katanya. Padahal sebelum tu dia dah nak terlelap sebab dari Kwasa Sentral menuju ke Cochrane, ada 13 stesen kena singgah. 


Singgah dekat stesen lain, watak Xiao pula masuk tren. Bertambah terbeliak lah biji mata dia pandang. Both of them pula menyembang pasal event yang diorang nak pergi ni. So being a good sister, adik kedua I request untuk bergambar. Happy lah dia bila permintaan tu dilayan. Tak jauh dari tempat kitorang ada juga beberapa watak lain tapi tak sempat lah nak approach sebab semua watak ni turun dekat stesen Bukit Bintang - Pavillion. 

Try jugak cari dekat social media apa-apa event dekat sana tapi tak ada. Adik dah ajak pergi ke tempat cosplay ni menapak tapi kalau tak tahu event apa macam mana nak pergi kan? Buatnya private event untuk anime cosplay meet up ataupun open house haaa tak ke naya? 

Masa balik pun ternampak juga beberapa cosplay tapi kali ni semuanya lelaki so a bit segan nak request tapi pergi je lah request bergambar sebab dua bulan atau tiga bulan kemudian belum tentu dah nak jumpa geng cosplay ni. Benda free kan, kita layankan je permintaan budak-budak ni. Dekat stesen Kwasa Sentral pun ada juga watak Kazuha dengan Barbara kot tapi laju je memasing jalan, tak sempat nak tegur atau ajak menyembang pun. 

Tengok lah nanti bulan 9 ni kalau Anime Fest tu jadi nak proceed, I kosongkan jadual bawa diorang pergi sana. Walaupun tak kenal mana-mana watak tapi layankan aje minat diorang. Mana lah tahu ada rezeki boleh jumpa Hakken buat cosplay Loid Forger anime SpyXFamily pulak hehehe

Firma Guaman Ram Reza & Muhammad Dan Industri Seni

Sunday 5 June 2022

Sejak dari tahun 1998 lagi firma Ram Reza & Muhammad membantu anak guam yang bergiat aktif dalam dunia industri hiburan negara sama ada industri perfileman ataupun muzik menerusi spektrum visual juga audio. 

Jikalau masyarakat awam banyak memandang masalah guaman yang melibatkan anak seni hanyalah kerana kontroversi, skandal panas ataupun masalah penyalahgunaan bahan-bahan terlarang, industri hiburan melangkaui lebih dari itu. 

Dalam rutin harian mereka sebenarnya mempunyai banyak dokumen rasmi yang perlu ditandatangani, banyak kontrak yang perlu disaring atau diteliti terlebih dahulu sama ada berpihak secara adil ataupun tidak terhadap anak seni. Ada kes di mana pelakon dibayar harga pelakon pembantu walhal pegang watak utama dan dipaksa bekerja lebih dari tempoh jam yang sepatutnya. Kes bayaran tertunggak juga sudah biasa berlaku baik pelakon di set ataupun teater persembahan. 

Menjadi peguam Dato' Seri Siti Nurhaliza, kebanyakan kontrak atau perjanjian seperti Perjanjian Konsert, Perjanjian Memorandum Persefahaman, Perjanjian Persembahan, Perjanjian Duta Produk, Perjanjian Kolaborasi dan banyak lagi akan dinilai terlebih dahulu sebelum ditandatangani oleh kedua belah pihak yang terlibat. Antara duta produk ternama yang pernah dikendalikan oleh Ram Reza & Muhammad ialah AEON, JUSCO, Maybank, Maxis, Cuckoo, VIVO, Vantage, Jovian dan terbaru, Swarovski. 

Sama juga seperti proses pembikinan lagu di mana setiap karya, harta intelek malah logo akan didaftarkan atau dipatenkan terlebih dahulu di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) kerana Ram Reza & Muhammad mempunyai kepakaran tersebut menerusi MyIPR. Dan kerana kepakaran ini telah memudahkan anak guam untuk berkarya tanpa perlu pening, terkeliru atau teraniaya. 

"Ada dalam kalangan penggiat seni sebagai contoh penyanyi dan pemuzik, apabila menandatangani sesuatu kontrak, malangnya dia tidak begitu memahami apa yang ditandatangani dan kemudiannya dia berhadapan dengan masalah hak cipta." - Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM),2020



Selain Dato' Seri Siti Nurhaliza, Ram Reza & Muhammad juga pernah berurusan dengan selebriti tanah air yang lain seperti almarhum Pak Ngah, Malique Too Phat, Faizal Tahir, Aubrey Suwito, Aizat Amdan, Fathia Latif, Aiman Hakim Redza, Maria Farida, Fasha Sandha, Dato' Aaron Aziz, Dato' Jalaluddin Hassan, Dato' Hattan, Search, XPDC, Bumiputra Rockers, Ayahanda Rani Kulup, Akim, Black, Tomok, Hazama, Sissy Iman dan ramai lagi. Untuk artis dari negara seberang pula, Wali Band, Oki Setiana Dewi, Kris Dayanti juga Radja. 

Mungkin nama Encik Nor Hisham bin Haji Muhammad tidaklah dikenali ramai kerana beliau lebih selesa bekerja di bawah radar dan lensa kamera. Namun pengalaman dan ilmu pengetahuan dalam profesion undang-undang juga perniagaan membuatkan klien lebih selesa bekerja dan titipkan kepercayaan untuk mengendalikan kes dan dokumen mereka. 

Sesuai dengan jabatan korporat yang dibuka dan dibantu oleh Encik Izharul Effendy untuk memastikan peranan sebagai peguam korporat berjalan dengan lancar, cawangan Ram Reza & Muhammad yang terletak di Ara Damansara memudahkan klien dalam industri seni berurusan dengan selesa. Selebriti yang mempunyai syarikat miliknya menggunakan khidmat Ram Reza & Muhammad sebagai setiausaha syarikat seperti Dato' Aaron Aziz dengan restoran Kidz & Creme.

Selain mempunyai tunjang yang kuat, Encik Nor Hisham juga percaya dengan kekuatan kerjasama dari sesebuah pasukan. Maka penting untuk beliau sentiasa berkongsi ilmu, tips dan pengetahuan melalui training class dan perbincangan santai bersama peguam muda yang mengorak langkah dengan kreativiti atau skills masing-masing untuk menyelesaikan pelbagai jenis masalah dalam profesion guaman walaupun beliau sendiri sibuk sebagai ahli jawatankuasa dalam Advocates and Solicitors Disciplinary Board (“ASDB”), ahli Jawatankuasa Induk Pelaburan Universiti Putra Malaysia, ahli Jawatankuasa Yayasan Pelajaran MARA dan juga sebagai ketua keluarga. 

Memandang industri hiburan sebagai salah satu penjana ekonomi negara, Encik Nor Hisham Hj Muhammad sentiasa berkongsi nasihat dan memujuk supaya lebih ramai anak seni baik yang baru saja menceburi dunia hiburan mahupun yang sudah lama bertapak dengan mempunyai jumlah peminat yang ramai agar sentiasa mencari bantuan guaman sebelum menandatangani sebarang kontrak. 

Buanglah pemikiran skeptikal yang bersifat negatif di mana khidmat guaman mahal dan membebankan kerana kos turun naik mahkamah lebih mahal harganya. Sama juga dengan nasib harta intelek yang masih lagi dipandang enteng untuk dijaga. 

Mungkin jika lebih ramai yang datang untuk dapatkan khidmat nasihat undang-undang akan tercetus idea untuk mencipta rang undang-undang baru untuk menjaga anak seni dan mengurangkan masalah eksploitasi. Sudah masanya sebuah pembaharuan budaya kerja dalam industri seni diangkat ke tahap yang lebih selamat dan beretika. 

WEBTVASIA, SYARIKAT EKONOMI PENCIPTA TERKEMUKA, BEKERJASAMA DENGAN SYARIKAT MEDIA DIGITAL YANG PALING PESAT BERKEMBANG KOREA SELATAN, UZUROCKS, UNTUK MEMBENTUK PAKATAN STRATEGIK SERTA MEMBANGUNKAN EKONOMI PEMBIKIN KANDUNGAN PAN-ASIA 

WEBTVASIA dan UZUROCKS menandatangani perjanjian MoU jalin kerjasama strategik untuk berganding bahu dalam pembangunan ekonomi pembikin kandungan Pan-Asia

WEBTVASIA akan membantu dalam pengedaran, pengiklanan dan pengurusan, kandungan digital, muzik dan artis UZUROCKS di sekitar zon Asia Tenggara.

Kedua-dua syarikat akan bekerjasama; antara SME Music dan syarikat penghasilan filem dari Korea Selatan dan Asia Tenggara.

Bersetuju untuk bekerjasama bagi transformasi dari era Web 2.0 ke Web 3.0 dengan menggunakan teknologi baharu. 

Dari kiri, Ketua Pegawai Eksekutif UZUROCKS, Eddie Park sedang berjabat tangan bersama Ketua Pegawai Operasi WEBTVASIA / Ketua Pegawai Eksekutif Singapura, Victor Chin, selepas menandatangani MoU di ibu pejabat WEBTVASIA Singapura.


UZUROCKS, iaitu sebuah syarikat hiburan media digital dan perdagangan yang terkenal di Korea Selatan, kini menjalinkan kerjasama dengan WEBTVASIA, yang merupakan syarikat utama baharu dalam ciptaan pembangunan ekonomi Pan-Asia. Tidak sahaja tertumpu di Korea Selatan, objektif utama perjanjian ini adalah untuk memperluaskan lagi empayar perniagaannya di Asia Tenggara.

Kedua-dua syarikat media digital ini telah menandatangani perjanjian MoU bagi menghasilkan perjanjian strategik demi pembangunan syarikat yang melopori ekonomi Pan-Asia secara menyeluruh. Antara intipati perjanjian tersebut adalah seperti;  mengembangkan dan merapatkan hubungan artis-artis dan media Korea Selatan di sekitar zon Asia Tenggara dan wilayah-wilayah di China, serta membangunkan kandungan asli, solusi pemasaran bagi jenama rentas sempadan, perdagangan sosial, perniagaan rangkaian berbilang saluran, dan kemudahan kerjasama antara syarikat penerbitan muzik dan filem tempatan negara di Asia Tenggara dan Korea.


UZUROCKS telah memperoleh reputasinya dalam industri media digital dengan menjadi syarikat rangkaian berbilang saluran yang utama dalam aplikasi TikTok di Korea Selatan, pembangunan saluran saiz mega dari awal seperti Lee Si-Young, pelakon wanita Korea daripada siri Netflix 'Sweet Home'. Saluran TikTok Lee Si-Young menjadi muka media yang utama dalam penerbitan kandungan oleh seorang wanita yang mencapai 10 juta pengikut. Kini, salurannya telah memperoleh 17.3 juta peminat.  UZUROCKS juga menghasilkan pelbagai  kandungan asli untuk selebriti terkenal seperti Ji Suk-Jin daripada ‘Running Man’, Din Din daripada ‘2 Days & 1 Night’, dan Lee Ji-Hye, bekas ahli kumpulan K-pop ‘S#ARP’.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif UZUROCKS, Eddie Park, “Kini, kami mengembangkan perniagaan melangkaui pengeluaran dan pengedaran kandungan media sosial. Seperti WEBTVASIA, kami menyediakan perkhidmatan dalam pemasaran jenama, perdagangan sosial, barangan, pengeluaran kandungan asal OTT dan teknologi. Saya memutuskan untuk bekerjasama dengan WEBTVASIA adalah  kerana,  kami mempunyai beberapa persamaan dan juga perbezaan yang boleh dipertingkatkan lagi. Baru-baru ini, UZUROCKS juga menjalinkan bekerjasama dengan syarikat ternama seperti Netflix, SM Entertainment dan SBS.


Fred Chong, selaku Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan WEBTVASIA pula berkata, “Kerjasama ini tidak hanya terhad kepada pengembangan merentas sempadan  bagi kandungan dan bintang yang sedia ada, malahh, juga merupakan sebuah model perniagaan ekonomi pencipta baharu. Sebagai inovator terkemuka dalam ruang ekonomi pencipta, Eddie, Ketua Pegawai Eksekutif UZUROCKS, dan saya berkongsi visi yang hampir sama. Kami berdua cuba untuk menggabungkan teknologi Web 3.0 untuk memberikan autonomi yang lebih dan peluang kepada pencipta kandungan. Kerjasama kami tidak akan terhad kepada perniagaan Web 2.0 yang sedia ada. UZUROCKS boleh menjangkau jutaan penduduk Asia di luar Korea Selatan, dan kita boleh memanfaatkan industri hiburan paling maju di Asia. Perkongsian ini boleh mewujudkan sinergi di luar imaginasi kami.”


WEBTVASIA mempunyai rekod prestasi perniagaan yang lama dalam pengembangan perniagaan rentas sempadan serta bakat dan kerjasama media di Korea. Pada 2017, WEBTVASIA berjaya melancarkan siri animasi 3D mega hit 'BoBoiBoy', dengan memperoleh perjanjian pemerolehan eksklusif dengan salah satu platform video terbesar China iaitu Tencent Video, dengan lebih 129 juta pelanggan. 

Walaupun dalam era pandemik baru- baru ini, WEBTVASIA turut bekerjasama dengan YouTube untuk menganjurkan konsert dalam talian maya, 'One Love Asia'.  Dengan adanya sokongan Unicef, konsert tersebut berjaya mengumpul derma bagi menyokong kanak-kanak yang terjejas akibat pandemik Covid19. Turut memeriahkan One Love Asia, adalah 50 bintang popular yang mempunyai pengaruh besar di Asia seperti, Choi SiWon, Duta Serantau Unicef dan ahli kumpulan lelaki Korea Selatan, Super Junior, Apink Jung Eun-Ji, Namewee, dan ramai lagi.

ASTRO ORIGINALS TAMPIL KESINAMBUNGAN FILEM BOX OFFICE 2008, (HISTERIA) YANG LEBIH BERANI, ‘GORE’ & MENGUJAKAN | ‘Histeria The Series’ Angkat Isu Sosial Di Sekolah

Terbaharu, Astro Originals bakal menampilkan sebuah drama siri premium yang mengisahkan misteri pelajar sekolah yang diganggu dengan misteri kematian pelajar 10 tahun lalu, iaitu, ‘Histeria The Series’. Drama siri premium ini merupakan kesinambungan daripada filem seram pecah panggung tahun 2008, ‘Histeria’ lakonan Liyana Jasymay, Scha Al-Yahya, Yana Samsudin, Ady Putra dan diarahkan oleh pemenang Best Asean Feature Award di Bangkok International Film, James Lee. Menarik, Histeria The Series mengembalikan pengarah asal filemnya untuk mengarahkan siri premium ini.

Pengarah James Lee amat terkenal dengan sentuhan karya-karya bergenre seram seperti filem ‘Tolong Awek Aku Pontianak’, ‘Sini Ada Hantu’, ‘Claypot Curry Killers’, ‘Two Sisters’. Bagi kesemua 8 episod Histeria The Series memperlihatkan James Lee mempertaruhkan kreativitinya dengan gaya pengarahan beridentiti serta suntingan segar yang mampu menghasilkan kesan dramatik yang lebih berkualiti dan realistik dalam mengetengahkan elemen seram yang lebih ‘gore’ dan berani.

Kelainan drama premium kali ini adalah ia mengangkat isu yang semamangnya berlaku dalam kalangan masyarakat kita dari dahulu sehingga sekarang ini iaitu masalah sosial seperti buli dan gangguan seksual di sekolah. Histeria The Series bakal temui penonton bermula 6 Jun ini setiap hari Isnin, jam 9.00 malam, di Astro Citra, saluran 108 atau strim di platform Astro GO atau On Demand.

Terbitan Astro Shaw dan produksi oleh Infinitus Gold ini juga menyaksikan jenama Astro Originals meletakkan kepercayaan kepada pelakon-pelakon muda berbakat besar sebagai teraju utama seperti Mia Sara Datuk Afdlin Shauki, Sharifah Aryana Syed Zainal Rashid Al-Yahya, Amelia Christie dan Serra Kamal. Tambah menarik, ia juga mengembalikan pelakon dan watak asal daripada filemnya iaitu Liyana Jasmay sebagai Murni dan turut membariskan pelakon hebat tanah air, Namron, Tony Eusoff, Ziana Zain, Ziha Salleh, Fimie Don, Mathni Razak dan Dr. Rosdeen Suboh.

Terdahulu Astro Originals telah menampilkan deretan drama siri premium daripada pelbagai genre, nilai hiburan berbeza serta olahan jalan cerita segar seperti diinspirasikan dari pendedahan isu-isu yang sememangnya berlaku dalam kalangan penonton seperti ‘Kampong Pisang Bersiri-Siri’ (francais filem komedi nombor 1 negara), ‘Projek: Anchor SPM’ (memperkenalkan genre coming of age), ‘I-Tanggang’ (mengetengahkan isu realiti penderitaan mental Munchausen Syndrome by Proxy), ‘Dukun Diva’ (angkat kisah female con artist dan anti-heroes), serta ‘Kuasa’ (kisah fiksyen sebuah keluarga berpengaruh dalam dunia hiburan).

Mewakili Astro, Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad menyatakan Astro terus fokus dalam memperkukuhkan jenama Astro Originals dengan mempersembahkan konten terbaik berkualiti filem yang boleh dinikmati oleh masyarakat Malaysia meliputi semua latar dan sekaligus mengangkat mutu drama siri tempatan setanding drama siri luar negara. “Kelainan dan daya tarikan drama siri premium di bawah jenama Astro Originals adalah kualiti produksi serta jalan ceritanya yang boleh dinikmati oleh masyarakat Malaysia. 

Kali ini menerusi Histeria The Series menyaksikan Astro Originals tampil pertama kali dengan mengangkat genre misteri seram dengan isu-isu yang hangat diperkatakan dalam masyarakat sekarang ini iaitu masalah sosial seperti buli serta di padatkan dengan adegan-adegan yang lebih berani. Filem Histeria merupakan salah satu IP (Intellectual Property) di bawah Astro Shaw, dan kami merasakan jalan ceritanya masih relevan sehingga kini. Jadi kami kembalikan filem tersebut menerusi drama siri premium. Meskipun ia adalah kesinambungan daripada filem terdahulu, namun jalan cerita bagi siri ini mempersembahkan naratif baru dengan konflik yang dekat dengan masyarakat dan mudah untuk difahami.

“Sementara itu, melalui karya ini juga memperlihatkan Astro Shaw bekerjasama buat pertama kali dengan Infinitus Gold untuk menghasilkan drama siri premium. Kerjasama baik melalui projek terdahulu seperti filem Hantu Kak Limah dan Sangkar telah membuka ruang untuk kedua-dua pihak meluaskan kreativiti di platform televisyen pula. Kami berhasrat agar Histeria The Series bukan sahaja memberikan nilai hiburan kepada penonton, malah ia dapat membuka mata lebih ramai pihak mengenai isu-isu dalam kalangan pelajar, ibu bapa dan guru yang mampu menjadi pengajaran.”

Menurut Penerbit Eksekutif Infinitus Gold Sdn Bhd, Gayatri Su-Lin Pillai berkata, “Kami amat berbesar hati berpeluang untuk sekali lagi bekerjasama dengan penerbit Astro Shaw dan kali ini menghasilkan drama siri premium. Saya secara peribadi pernah terlibat dalam penghasilan filem Histeria tahun 2008, jadi karya tersebut amat di hati saya. Bagi Histeria The Series, kami tampilkan suntingan yang lebih teliti dan ‘grand’. Kami harap kehadiran karya ini dapat menyumbang nilai hiburan yang baik serta memartabatkan lagi kualiti drama siri Malaysia.”

Histeria The Series mengisahkan tentang pelajar remaja di sebuah sekolah berasrama mulai dihantui oleh perkara misteri dan membawa mereka untuk menjejak kes pembunuhan yang berlaku 10 tahun lalu di sekolah mereka. Satu per satu insiden dan perkara ngeri berlaku. Episod pertama Histeria The Series akan ditayangkan secara serentak di saluran Astro Citra dan Astro Ria pada jam 9.00mlm, 6 Jun ini. Manakala untuk minggu-minggu seterusnya, saksikan siri drama premium ini setiap hari Isnin, jam 9.00 malam, di Astro Citra atau pilihan alternatif strim di Astro GO atau On Demand. 

Saksikan Histeria The Series yang akan ditayangkan di saluran Astro Citra pada jam 9.00 malam, bermula 6 Jun ini. Untuk pilihan alternatif, anda juga boleh strim di platform Astro GO atau On Demand. Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Gempak dan Astro Shaw.

Blog Performance May 2022

Thursday 2 June 2022

 

Bulan ni lambat sikit update report card sebab tak sihat dan tak sempat bila sibuk dengan kerja. Otak tersejat pun ye jugak sebab panas sangat sekarang ni. Hopefully you guys are doing fine and in great health. 

1. PV


PV untuk bulan Mei meningkat sikit dari pageview bulan April 2022. Mungkin sebab ada banyak public holiday kot jadi ramai yang ada masa untuk cari review dekat blog ni. Maklumlah kalau musim perayaan ada banyak filem atau drama menarik tayang dekat TV kan. Bila berkumpul tu mula la cari movie yang menarik untuk ditonton dengan keluarga. Mungkin sebab tu senarai movie masuk Popular Post untuk bulan Mei. 

Bukan setakat PV je meningkat, jumlah komen pun meningkat juga. Terima kasih yang berbalas kunjungan dan tinggalkan komen yang berkait dengan entry. Tersangatlah dihargai. 

2. Posts


Mencanak jugak lah views untuk Movie Review Kongsi Raya tu padahal baru masuk dekat Netflix bersempena dengan Hurry Raya. Kalau top 10 popular post penuh dengan movie dan drama, dekat top 20 penuh dengan entry tentang Treasure. Itupun banyak lagi yang nak update tapi tak sempat nak update. 

I perasaan audience dari Indonesia dah semakin jauh dari senarai top audience jadi bulan Jun ni perlu dan wajib update movie dari seberang. Tengah tunggu beberapa movie masuk streaming platform, baik Indonesia, Melayu ataupun Bollywood. Yang mana tengah tunggu tu, harap tunggu lebih sikit. 

3) Keywords


Tengok dekat Google Search Concole, rancak jugak dapat keywords baru sebab bulan lepas update pasal MATHAF 2022 padahal masa tu malas nak up entry sebab tak ada apa sangat pun. Rupanya ramai jugak yang cari. Organic search pulak tu bukannya direct link. Membantu jugak lah kalau update pasal event dekat kawasan sekitar ni. Tips untuk myself in future and you guys jugak :)

4) Bilangan Entri 


Dalam entry report card bulan April tu I nak update 100 entry untuk bulan Mei tapi lepas berusaha sehabis baik, I mampu update 90 entry je. Ingatkan bulan Mei ada banyak giveaway ataupun entry makanan yang I boleh update tapi nan hado. Senarai entry untuk bulan Jun dah buat dah dan semangat nak buat sebab Cannes baru je selesai jadi banyak la entry untuk segmen Fashion Files! 

Terima kasih untuk yang bertandang. Have a happy June and do take extra  care of yourself :)