INTISARI RANCANGAN ASTRO PRIMA 30 MEI – 5 JUN 2022

Friday 27 May 2022


 INTISARI RANCANGAN ASTRO PRIMA 30 MEI – 5 JUN 2022


Monday, May 30

00:00 Sebuah Pangkin Kayu 

02:00 Mimi Amah Diva 

04:00 Tanya Doktor Say 0004

05:00 Uda Dan Dara 0015

06:00 Awak Suka Saya Tak? 0013

07:00 Art Gallery S1 0009

07:30 Aiman Tempe Mania The Series (HD) 0003

08:00 Keluarga Iskandar 0006

09:00 Anne 0015

10:00 HD GoShop GR - Ai by Akemi Fence Fitted Sheet (SEG) 

11:00 Dendam Seorang Isteri 0050

12:00 My Doctors 0034

13:00 RAI 0008

13:30 Tak Kot 0008

14:00 HD GoShop GS - Hommy Adjustable Trolley (SEG) 

15:00 Patah Sayap Bertongkat Paruh 0012

16:00 Bio Seni Artis Lagenda 0001

16:30 Jauh Dari Cinta (HD) 0014

17:00 Pada Zaman Dahulu S3 0016

17:10 Pada Zaman Dahulu S3 0017

17:20 Pada Zaman Dahulu S3 0018

17:30 Upin & Ipin S12 0034

17:40 Upin & Ipin S12 0035

17:50 Upin & Ipin S12 0036

18:00 Dendam Seorang Isteri 0051

19:00 Anne 0016

20:00 Mike & Mark: Diari Mualaf 0001

20:30 Kail Pagi Makan Petang 0001

21:00 Motif 2 0006

Sinopsis : Episod 6: GANGSTER & KONGSI GELAP

Bentong Kali merupakan ketua kumpulan samseng yang digeruni pada era awal 1990-an. Jenayah yang dilakukan oleh Bentong Kali dikatakan terdiri daripada 16 pembunuhan di seluruh negara sehingga polis telah menawarkan RM 100,000 untuk sebarang maklumat yang membawa kepada penahanan Kalimuthu. Pada era 70-an, nama Botak Chin adalah satu nama yang digeruni ramai. Botak Chin terkenal dengan kegiatan jenayahnya yang melibatkan rompakan pelbagai tempat: bank, kelab, sarang perjudian haram, trak berperisai, dan juga kuil. Kisah Bentong Kali dan Botak Chin masih diceritakan sampai hari ini setiap kali jenayah berkaitan kongsi gelap diungkit

Pengacara : Pengacara: Tony Eusoff

22:00 Masok Angin Keluar Asap 


Tuesday, May 31

00:30 Awak Kat Mana? 0013

01:00 Komediri (HD) 0003

01:30 Dream Catchers 0004

02:00 Awaklah Imam Saya 

04:00 Tanya Doktor Say 0005

05:00 Uda Dan Dara 0016

06:00 Awak Suka Saya Tak? 0014

07:00 Art Gallery S1 0010

07:30 Aiman Tempe Mania The Series (HD) 0004

08:00 Keluarga Iskandar 0007

09:00 Anne 0016

10:00 HD GoShop RR22 - Haushalt Ceramic Cookware v4 (SEG) 

11:00 Dendam Seorang Isteri 0051

12:00 Tele Berkembar 0026

14:00 HD GoShop RR22 - British Polo Amira Handbag (SEG) 

15:00 Patah Sayap Bertongkat Paruh 0013

16:00 Bio Seni Artis Lagenda 0002

16:30 Jauh Dari Cinta (HD) 0015

17:00 Pada Zaman Dahulu S3 0019

17:10 Pada Zaman Dahulu S3 0020

17:20 Pada Zaman Dahulu S3 0021

17:30 Upin & Ipin S12 0037

17:40 Upin & Ipin S12 0038

17:50 Upin & Ipin S12 0039

18:00 Dendam Seorang Isteri 0052

19:00 Anne 0017

20:00 Mike & Mark: Diari Mualaf 0002

20:30 Kail Pagi Makan Petang 0002

21:00 3 Bahadol 

23:00 Hit List 0003

23:30 Harta Dalam Stor S2 0007


Wednesday, Jun 01

00:00 Sape Terer 0009

00:30 Lawak Sorang - Sorang (HD) 0001

01:00 Komediri (HD) 0004

01:30 Dream Catchers 0005

02:00 Wak Sayang Lu (HD) 

04:00 Tanya Doktor Say 0006

05:00 Uda Dan Dara 0017

06:00 Awak Suka Saya Tak? 0015

07:00 Art Gallery S1 0011

07:30 Aiman Tempe Mania The Series (HD) 0005

08:00 Keluarga Iskandar 0008

09:00 Anne 0017

10:00 HD GoShop DM - Nakada Air Fryer v9 (SEG) rev2 

11:00 Dendam Seorang Isteri 0052

12:00 3 Bahadol 

14:00 HD GoShop Haushalt Multifunction Ladder v2 (HP) (SEG) 

15:00 Patah Sayap Bertongkat Paruh 0014

16:00 Bio Seni Artis Lagenda 0003

16:30 Jauh Dari Cinta (HD) 0016

17:00 Pada Zaman Dahulu S3 0022

17:10 Pada Zaman Dahulu S3 0023

17:20 Pada Zaman Dahulu S3 0024

17:30 Upin & Ipin S12 0040

17:40 Upin & Ipin S12 0041

17:50 Upin & Ipin S12 0042

18:00 Dendam Seorang Isteri 0053

19:00 Anne 0018

20:00 Mike & Mark: Diari Mualaf 0003

20:30 Kail Pagi Makan Petang 0003

21:00 Ini Malam Kita Punya (HD) 0004

22:00 Ustaz Evo The Movie 


Thursday, Jun 02

00:00 Sape Terer 0010

00:30 Lawak Sorang - Sorang (HD) 0002

01:00 Komediri (HD) 0005

01:30 Dream Catchers 0006

02:00 Mingguan Wanita S3 0028

03:00 Dalang Prank S2 (HD) 0007

03:30 Rasa Instafamous - Ideaktiv 0012

04:00 Tanya Doktor Say 0007

05:00 Uda Dan Dara 0018

06:00 Awak Suka Saya Tak? 0016

07:00 Art Gallery S1 0012

07:30 Aiman Tempe Mania The Series (HD) 0006

08:00 Keluarga Iskandar 0009

09:00 Anne 0018

10:00 HD GoShop Simplysiti New Age+ Plus (SEG) 

11:00 Dendam Seorang Isteri 0053

12:00 Terima Kasih Ibu 0008

13:00 Kalau Berani Kampung Stail (HD) 0010

13:30 Sketso 0005

14:00 HD GoShop La Vinnce Blue Diamond Cookware v2 (SEG) 

15:00 Curi Curi Cinta 0001

16:00 Bio Seni Artis Lagenda 0004

16:30 Jauh Dari Cinta (HD) 0017

17:00 Pada Zaman Dahulu Season 3 S3 0025

17:10 Pada Zaman Dahulu Season 3 S3 0026

17:20 Pada Zaman Dahulu Season 3 S3 0027

17:30 Upin & Ipin Season 13 0001

17:40 Upin & Ipin Season 13 0002

17:50 Upin & Ipin Season 13 0003

18:00 Dendam Seorang Isteri 0054

19:00 Anne 0019

20:00 Mike & Mark: Diari Mualaf 0004

20:30 Kail Pagi Makan Petang 0004

21:00 Nang Nok 

23:00 Currhat 0003

Friday, Jun 03

00:00 Sape Terer 0012

00:30 Lawak Sorang - Sorang (HD) 0003

01:00 Komediri (HD) 0006

01:30 Dream Catchers 0007

02:00 Mingguan Wanita S3 0029

03:00 Dalang Prank S2 (HD) 0008

03:30 Rasa Instafamous - Ideaktiv 0013

04:00 Tanya Doktor Say 0008

05:00 Uda Dan Dara 0019

06:00 Lelaki Kiriman Tuhan 0001

07:00 Art Gallery S1 0013

07:30 Aiman Tempe Mania The Series (HD) 0007

08:00 Keluarga Iskandar 0010

09:00 Perang Jantina 0004

10:00 HD GoShop Habib Rose Gold Diamond Pendant v6 (HP) (SEG) 

11:00 Dendam Seorang Isteri 0054

12:00 Motif 2 0006

13:00 Kalau Berani Kampung Stail (HD) 0011

13:30 Sketso 0006

14:00 HD GoShop ELiiCA Smart Induction Cooker v6 (SEG) 

15:00 Curi Curi Cinta 0002

16:00 Bio Seni Artis Lagenda 0005

16:30 Jauh Dari Cinta (HD) 0018

17:00 Pada Zaman Dahulu Season 3 S3 0028

17:10 Pada Zaman Dahulu Season 3 S3 0029

17:20 Pada Zaman Dahulu Season 3 S3 0030

17:30 Upin & Ipin Season 13 0010

17:40 Upin & Ipin Season 13 0011

17:50 Upin & Ipin Season 13 0012

18:00 Dendam Seorang Isteri 0055

19:00 Temasya Sukan Kelaut 0005

20:00 Mike & Mark: Diari Mualaf 0005

20:30 Kail Pagi Makan Petang 0005

21:00 Sedikit Waktu 

23:00 Mat Dan Kaki Jalan 0008

23:30 Seram Selebriti 0003


Saturday, Jun 04

00:00 Sape Terer 0013

00:30 Lawak Sorang - Sorang (HD) 0004

01:00 Komediri (HD) 0007

01:30 Dream Catchers 0008

02:00 Mingguan Wanita S3 0030

03:00 Dalang Prank S2 (HD) 0009

03:30 RASA Ketuhar Kuali 0001

04:00 Tanya Doktor Say 0009

05:00 Uda Dan Dara 0020

06:00 Lelaki Kiriman Tuhan 0002

07:00 Art Gallery S2 0001

07:30 Aiman Tempe Mania The Series (HD) 0008

08:00 Apa Rasa? 0009

08:30 Bonda Bonding 0021

09:00 Pada Zaman Dahulu Season 3 S3 0025

09:10 Pada Zaman Dahulu Season 3 S3 0026

09:20 Pada Zaman Dahulu Season 3 S3 0027

09:30 Pada Zaman Dahulu Season 3 S3 0028

09:40 Pada Zaman Dahulu Season 3 S3 0029

09:50 Pada Zaman Dahulu Season 3 S3 0030

10:00 HD GoShop FG Walet Bird's Nest v11 (HP) (SEG) 

11:00 Keluarga Karaoke 0049

11:30 Keluarga Karaoke 0050

12:00 Dua Takdir Cinta 0049

13:00 Dua Takdir Cinta 0050

14:00 HD GoShop Corelle Rosabelle Dinnerware & Teapot Set v7 (SEG) 

15:00 Masok Angin Keluar Asap 

17:00 Upin & Ipin S12 0034

17:10 Upin & Ipin S12 0035

17:20 Upin & Ipin S12 0036

17:30 Upin & Ipin S12 0037

17:40 Upin & Ipin S12 0038

17:50 Upin & Ipin S12 0039

18:00 Wartawan Kampung 

20:00 Mike & Mark: Diari Mualaf 0006

20:30 Kail Pagi Makan Petang 0006

21:00 Motif 2 0006

22:00 Suara Viral 0006


Sunday, Jun 05

00:00 Nang Nok 

02:00 Awaklah Imam Saya 

04:00 Tanya Doktor Say 0010

05:00 Uda Dan Dara 0021

06:00 Lelaki Kiriman Tuhan 0003

07:00 Art Gallery S2 0002

07:30 Aiman Tempe Mania The Series (HD) 0009

08:00 Apa Rasa? 0010

08:30 Bonda Bonding 0022

09:00 Pada Zaman Dahulu Season 3 S3 0031

09:10 Pada Zaman Dahulu Season 3 S3 0032

09:20 Pada Zaman Dahulu Season 3 S3 0033

09:30 Pada Zaman Dahulu Season 3 S3 0034

09:40 Pada Zaman Dahulu Season 3 S3 0035

09:50 Pada Zaman Dahulu Season 3 S3 0036

10:00 HD GoShop British Polo Eliza Handbag v2 (SEG) rev2 

11:00 Akak Akak Sangat (HD) 0009

11:30 Jaguh Kampung 3 0004

12:00 Dua Takdir Cinta 0051

13:00 Dua Takdir Cinta 0052

14:00 HD GoShop Travel - DeRoyal Electric Pot & Grill v3 (SEG) 

15:00 Ustaz Evo The Movie 

17:00 Upin & Ipin S12 0040

17:10 Upin & Ipin S12 0041

17:20 Upin & Ipin S12 0042

17:30 Upin & Ipin Season 13 0001

17:40 Upin & Ipin Season 13 0002

17:50 Upin & Ipin Season 13 0003

18:00 HD GoShop Apache Cordless Drill Set (SEG) rev2 

19:00 Tanya Doktor Imelda 0003

20:00 Mike & Mark: Diari Mualaf 0007

20:30 Kail Pagi Makan Petang 0007

21:00 Karaoke Superstar 0001

23:00 Onyomat Geset Go (HD) 0008


 INTISARI RANCANGAN ASTRO OASIS 30 MEI – 5 JUN 2022


Monday, May 30

06:30 Ngaji Quran 2018 (catch up episode) 0008

07:30 Nasihat 0007

08:00 Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0016

09:00 (L) GoShop 

10:00 Ala Kazim Musim 3 0007

10:30 Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0017

11:30 Nasihat 0007

12:00 Salamun Alaik 0007

13:00 Indahnya Iman 

13:30 Tanah Kubur S10 (HD) 0009

14:00 My Generation (Oasis) 0004

14:30 Trek Asatizah 0007

15:00 GoShop 

16:00 Kapsul Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0057

16:05 Indahnya Iman 

16:55 Kapsul Geng Ngaji Musim 3 - Siri 1 0024

17:00 Imaan 0012

18:00 R & R Kehidupan Musim 2 0010

18:30 Pejuang Agama 0010

19:00 Indahnya Iman 

19:30 Presint Iman 0009

20:00 Nasihat 0006

20:30 Indahnya Iman 

21:00 Siti Aware 0004

21:30 Perempuan Paling Bahagia 0022

22:00 Presint Iman 0009

22:30 UAS Tour 2.0 0006

23:00 Lensa 106 S2 0017

23:30 Nasihat 0013

00:00 Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0017

01:00 Presint Iman 0009

01:30 Al Quran Dan Sains 2016 0005

02:00 Tanah Kubur Siri 9 (HD) 0009

02:30 Nasihat 0013

03:00 UAS Tour 2.0 0006

03:30 Pejuang Agama 0001

04:00 Lensa 106 S2 0010

04:30 Moslem, Lifestyle & Art 0009

05:30 Kapsul Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0064

05:35 Indahnya Iman 


Tuesday, May 31

06:30 Ngaji Quran 2018 (catch up episode) 0009

07:30 Presint Iman 0009

08:00 Moslem, Lifestyle & Art 0005

09:00 (L)GoShop 

10:00 Ala Kazim Musim 3 0008

10:30 Imaan 0004

11:30 Nasihat 0008

12:00 Salamun Alaik 0008

13:00 Indahnya Iman 

13:30 Tanah Kubur S10 (HD) 0010

14:00 My Generation (Oasis) 0005

14:30 Trek Asatizah 0008

15:00 GoShop 

16:00 Kapsul Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0058

16:05 Indahnya Iman 

16:55 Kapsul Geng Ngaji Musim 3 - Siri 1 0025

17:00 Imaan 0013

18:00 R & R Kehidupan Musim 2 0011

18:30 Pejuang Agama 0011

19:00 Indahnya Iman 

19:30 No Filter: Hal Agama 0001

Sinopsis : Episod pertama berkisarkan tentang watak sepasang pasangan bercinta, Naim dah Sheila  yang bekerja  dalam satu pejabat yang sama. Naim dan Shiela masing-masing mempunyai konflik diri dalam menunaikan solat ketika waktu bekerja. Akibat terlalu sibuk, Naim menjadi lupa akan bacaan dalam solat. Naim juga keliru dengan syarat pemakaian dalam solat. Bukan itu sahaja, Naim juga meragui sahabatnya yang berpewatakan lembut untuk menjadi imam dalam solat. Manakala Shiela pula mempunyai kekeliruan dalam isu qada’ apabila dia menjadikan solekan sebagai penghalang untuk mengerjakan solat. Shiela juga terpaksa berdepan dengan kerenah sahabat sekerjanya yang kuat bergosip tentang dirinya yang solat bersama solekan. Kesemua situasi ini akan dijawab oleh Ustaz Izmir Fareez.

20:00 Nasihat 0007

20:30 Indahnya Iman 

21:00 Presint Iman 0009

21:30 Perempuan Paling Bahagia 0023

22:00 No Filter: Hal Agama 0001

22:30 UAS Tour 2.0 0007

23:00 Lensa 106 S2 0018

23:30 Nasihat 0014

00:00 Salamun Alaik 0007

01:00 No Filter: Hal Agama 0001

01:30 Al Quran Dan Sains 2016 0006

02:00 Tanah Kubur Siri 9 (HD) 0010

02:30 Nasihat 0014

03:00 UAS Tour 2.0 0007

03:30 Siti Aware 0004

04:00 Lensa 106 S2 0011

04:30 Moslem, Lifestyle & Art 0010

05:30 Kapsul Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0065

05:35 Indahnya Iman 

Wednesday, Jun 01

06:30 Ngaji Quran 2018 (catch up episode) 0010

07:30 No Filter: Hal Agama 0001

08:00 Tazkirah AnNur (HD) 0023

08:30 Kejar Pahala 0003

09:00 (L) HD GoShop Al-Quran Al-Ghufran Zip dan Diari 

10:00 Jabatan Netizen 0009

10:30 Ala Kazim Musim 3 0003

11:00 Presint Iman 0009

11:30 Sah X Sah 0008

12:00 SOP Jiwa 0008

12:30 Kelas Tajwid 0009

13:00 Indahnya Iman 

13:30 Tanah Kubur S10 (HD) 0011

14:00 My Generation (Oasis) 0006

14:30 Menjejak Hamka 0001

15:00 GoShop 

16:00 Kapsul Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0059

16:05 Indahnya Iman 

16:55 Kapsul Geng Ngaji Musim 3 - Siri 1 0026

17:00 Imaan 0014

18:00 R & R Kehidupan Musim 2 0012

18:30 Pejuang Agama 0012

19:00 Indahnya Iman 

19:30 Sakinah, Mawaddah Warahmah 0001

Sinopsis : Rancangan ‘Sakinah,Mawaddah Warahmah’ merupakan rancangan perkongsian pendapat dihoskan oleh Lisa Surihani yang memfokuskan tentang kehidupan suami isteri serta hal hal berkaitan kekeluargaan bagi mencipta sebuah keluarga bahagia mengikut lunas agama.

EP 1 – Kenali Pasangan Anda – Persediaan sebelum mendirikan rumah tangga bersama tetamu jemputan Ustazah Muzayyanah Abdullah

20:00 No Filter: Hal Agama 0001

20:30 Indahnya Iman 

21:00 No Filter: Hal Agama 0001

21:30 Perempuan Paling Bahagia 0024

22:00 Sakinah, Mawaddah Warahmah 0001

22:30 UAS Tour 2.0 0008

23:00 Lensa 106 S2 0019

23:30 Nasihat 0015

00:00 Salamun Alaik 0008

01:30 Al Quran Dan Sains 2016 0007

02:00 Tanah Kubur Siri 9 (HD) 0011

02:30 Nasihat 0015

03:00 UAS Tour 2.0 0008

03:30 Kembara Chef Wan 2022 0008

04:00 Lensa 106 S2 0012

04:30 Moslem, Lifestyle & Art 0011

05:30 Kapsul Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0066

05:35 Indahnya Iman 


Thursday, Jun 02

06:30 Ngaji Quran 2018 (catch up episode) 0011

08:00 Tazkirah AnNur (HD) 0024

08:30 Kejar Pahala 0004

09:00 GoShop 

10:00 Jabatan Netizen 0010

10:30 Ala Kazim Musim 3 0004

11:00 No Filter: Hal Agama 0001

11:30 Sah X Sah 0009

12:00 SOP Jiwa 0009

12:30 Kelas Tajwid 0010

13:00 Indahnya Iman 

13:30 Tanah Kubur S10 (HD) 0012

14:00 Nasihat 0001

14:30 Menjejak Hamka 0002

15:00 GoShop 

16:00 Kapsul Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0060

16:05 Indahnya Iman 

16:55 Kapsul Geng Ngaji Musim 3 - Siri 1 0027

17:00 Moslem, Lifestyle & Art 0007

18:00 Salamun Alaik 0004

19:00 Indahnya Iman 

19:30 Alif Ba Ta 0001

19:45 Satu Juz Sehari 0001

20:00 Sakinah, Mawaddah Warahmah 0001

20:30 Indahnya Iman 

21:00 Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0018

22:00 Alif Ba Ta 0001

22:15 Satu Juz Sehari 0001

22:30 Sakinah, Mawaddah Warahmah 0001

23:00 Pejuang Agama 0009

23:30 Jabatan Netizen 0009

00:00 Berbicara Tentang Bidadari 0003

00:30 Mak Muda 0003

01:00 Alif Ba Ta 0001

01:15 Satu Juz Sehari 0001

01:30 Al Quran Dan Sains 2016 0008

02:00 Tanah Kubur Siri 9 (HD) 0012

02:30 No Filter: Hal Agama 0001

03:30 Jabatan Netizen 0003

04:00 Presint Iman 0005

04:30 Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0015

05:30 Kapsul Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0067

05:35 Indahnya Iman


Friday, Jun 03 

06:30 Ngaji Quran 2018 (catch up episode) 0012

07:30 Alif Ba Ta 0001

07:45 Satu Juz Sehari 0001

08:00 Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0018

10:00 Tok Adi 0010

11:30 Kelas Tajwid 0009

12:00 Sah X Sah 0008

12:30 SOP Jiwa 0009

13:00 Indahnya Iman 

13:30 Tanah Kubur S10 (HD) 0013

14:00 No Filter: Hal Agama 0001

14:30 Menjejak Hamka 0003

15:00 GoShop 

16:00 Kapsul Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0061

16:05 Indahnya Iman 

16:55 Kapsul Geng Ngaji Musim 3 - Siri 1 0028

17:00 Moslem, Lifestyle & Art 0008

18:00 Imaan 0010

19:00 Indahnya Iman 

19:30 Siti Aware 0004

20:00 Salam Squad Spin-Off 0005

20:30 Indahnya Iman 

21:00 Perempuan Paling Bahagia 0014

21:30 No Filter: Hal Agama 0001

22:00 Siti Aware 0004

22:30 Presint Iman 0009

23:00 Pejuang Agama 0010

23:30 Jabatan Netizen 0010

00:00 Berbicara Tentang Bidadari 0004

00:30 Mak Muda 0004

01:00 Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0018

02:00 Perempuan Paling Bahagia 0010

02:30 Sakinah, Mawaddah Warahmah 0001

03:00 Nasihat 0001

03:30 Jejak Adam: Sri Lanka 0004

04:00 Presint Iman 0006

04:30 Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0016

05:30 Kapsul Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0068

05:35 Indahnya Iman 


Saturday, Jun 04

06:30 Ngaji Quran 2018 (catch up episode) 0013

07:30 Siti Aware 0004

08:00 Tazkirah AnNur (HD) 0023

08:30 Mengaji: Back To Basics 0035

09:00 GoShop 

10:00 Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0018

11:00 Alif Ba Ta 0001

11:15 Satu Juz Sehari 0001

11:30 Kelas Tajwid 0010

12:00 Sah X Sah 0009

12:30 Sakinah, Mawaddah Warahmah 0001

13:00 Indahnya Iman 

13:30 Moslem, Lifestyle & Art 0005

14:30 Jabatan Netizen 0007

15:00 GoShop 

16:00 Kapsul Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0062

16:05 Indahnya Iman 

16:55 Kapsul Geng Ngaji Musim 3 - Siri 1 0029

17:00 Salamun Alaik 0007

18:00 Imaan 0011

19:00 Indahnya Iman 

19:30 Jabatan Netizen 0004

20:00 Siti Aware 0004

20:30 Indahnya Iman 

21:00 Perempuan Paling Bahagia 0015

21:30 Sakinah, Mawaddah Warahmah 0001

22:00 Jabatan Netizen 0004

22:30 Kejar Pahala 0004

23:00 GoShop 

00:00 Salamun Alaik 0010

01:00 Tanya Cik Man Musim 3 0011

01:30 No Filter: Hal Agama 0001

02:00 Perempuan Paling Bahagia 0011

02:30 Alif Ba Ta 0001

02:45 Satu Juz Sehari 0001

03:00 Kejar Pahala 0004

03:30 Salamun Alaik 0007

04:30 Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0017

05:30 Kapsul Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0069

05:35 Indahnya Iman

Sunday, Jun 05 

06:30 Ngaji Quran 2018 (catch up episode) 0014

07:30 Kejar Pahala 0001

08:00 Tazkirah AnNur (HD) 0024

08:30 Mengaji: Back To Basics 0036

09:00 GoShop 

10:00 Tanah Kubur S10 (HD) 0008

10:30 Tanah Kubur S10 (HD) 0009

11:00 Tanah Kubur S10 (HD) 0010

11:30 Tanah Kubur S10 (HD) 0011

12:00 Imaan 0005

13:00 Indahnya Iman 

13:30 Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0018

14:30 Jabatan Netizen 0008

15:00 GoShop 

16:00 Kapsul Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0063

16:05 Indahnya Iman 

16:55 Kapsul Geng Ngaji Musim 3 - Siri 1 0030

17:00 Salamun Alaik 0008

18:00 Imaan 0012

19:00 Indahnya Iman 

19:30 Jejak Adam: Sri Lanka 0005

20:00 Presint Iman 0008

20:30 Indahnya Iman 

21:00 Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0018

22:00 Jejak Adam : India 0005

23:00 GoShop 

00:00 Atlas Masjid Nusantara 0001

00:30 Gema Unplugged 0009

01:00 Tanya Cik Man Musim 3 0012

01:30 Siti Aware 0004

02:00 Perempuan Paling Bahagia 0012

02:30 Kejar Pahala 0001

03:00 Sakinah, Mawaddah Warahmah 0001

03:30 Salamun Alaik 0008

04:30 Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0018

05:30 Kapsul Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0070

05:35 Indahnya Iman 

Astro Ria kembali membawa kisah percintaan antara Hanan dan Nawal dalam naskah musim keduanya, iaitu ‘Setelah Terlafaznya Akad 2’. Drama bersiri terbitan Juita Viden Sdn. Bhd ini memaparkan naratif perjalanan emosi sebuah pasangan suami isteri yang sering diketengahkan dalam isu rumah tangga di kalangan masyarakat seperti pergaduhan, penderaan, sikap dengki dan amalan sihir. 

Penceritaan menerusi 20 episod ini mengisahkan rumah tangga Hanan dan Nawal tiga tahun selepas lafaz akad keduanya. Kehidupan mereka menjadi lebih bahagia dengan kedatangan puteri sulung mereka, Qadeeja. Nawal juga dikejutkan dengan kandungannya yang kedua yang membawa warna pelangi dalam perkahwinan mereka. Namun kebahagiaan ini hanya sementara. Pertengkaran antara mereka berdua membuatkan Hanan memilih untuk pergi membawa diri. Kehadiran bapa tiri Nawal, Nawab, mengembalikan trauma Nawal di waktu Hanan pula tiada di sisi. Hanan semakin membenci Nawal akibat perbuatan Ida. Kebencian yang tercetus oleh Hanan kepada isterinya ini rupanya adalah perbuatan Ida yang menggunakan sihir pemisah kepada mereka atas perasaan hasad dengki kepada Nawal.

Drama sensasi ini mengembalikan kombinasi romantik Kamal Adli sebagai Hanan dan Uqasha Senrose sebagai Nawal yang kini bergelar suami isteri. Drama bersiri ‘Setelah Terlafaznya Akad 2’ merupakan arahan sutradara yang disegani ramai, Michael Ang dan turut didukung oleh barisan pelakon hebat seperti Normah Damanhuri, Talha Harith, Musyi, Hamidah Wahab, Hiera Hasan, Nasz Sally, Seha Monica, Ellyas Abdullah , Adam Shah dan Zeera Azizi.

’Setelah Terlafaznya Akad 2’ akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam mulai 1 Jun 2022 secara eksklusif di slot MegaDrama melalui  saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Norzeha Mohd Salleh
Pengurus Saluran Astro Ria

“Pasti ramai yang ingin tahu sambungan kisah rumah tangga Nawal dan Hanan setelah kesudahan musim pertama ‘Setelah Terlafaznya Akad’.

Memandangkan adanya permintaan yang tiada putus-putus daripada para peminat drama tempatan, kami merasakan masanya sesuai untuk membawa kesinambungan kisah romantik mereka, apatah lagi kedua-dua pelakon utama, Kamal dan Uqasha sudahpun bergelar suami isteri. Chemistry di antara mereka memang tidak dapat disangkal lagi sehinggakan fiksyen itu menjadi realiti menerusi ‘Setelah Terlafaznya Akad 2’. 

Jika terdahulunya, naratif lebih tertumpu kepada pelbagai konflik tercetus di antara mereka yang disulamkan dengan bibit-bibit awal pencintaan mereka, musim kedua pula lebih tertumpu kepada kehidupan mereka mengharungi dunia perkahwinan. Perkahwinan mana yang tidak diduga dengan cubaan atau masalah? Baik sesama sendiri mahupun campur tangan orang luar.


Kisah Nawal dan Hanan mirip-mirip kisah hubungan suami isteri di kalangan masyarakat kita. Apa yang dilalui mereka sepanjang penceritaan musim ini, sudah pastinya dilalui kebanyakan mereka yang sudah berumah tangga. 

Sekali lagi Michael Ang menggalas tanggungjawab sebagai sutradara ‘Setelah Terlafaznya Akad 2’. Beliau memberikan naskah yang begitu hebat serta efektif dalam menyampai segala sisi-sisi penceritaan kisah percintaan antara Nawal dan Hanan. Menerusi penceritaan Michael, dia menunjukkan transisi kedua-dua watak utama dari musim pertama ke musim kedua. Pasti para penonton dapat mengesan kematangan serta kedalaman watak Nawal dan Hanan dalam melayari bahtera perkahwinan mereka.

Kerjasama antara pengarah drama ini amat kami hargai kerana keberanian dan kreativiti beliau membuatkan drama ini nampak lebih intense. Naratifnya bakal membuat para penonton terikut-ikut dengan dramanya, lebih-lebih lagi dengan gandingan dua orang pelakon yang disegani ramai. 
Dengan penerbitan drama ini, kami berharap para penonton dapat mengambil pengajaran-pengajaran yang ingin disampaikan, lebih-lebih lagi kepada mereka yang terkesan dengan penceritaannya. Kami juga berharap ramai lagi  akan lebih tertarik dengan drama bersiri ini dengan gandingan pertama sebagai suami isteri, Kamal dan Uqasha. 

Michael Ang
Penerbit dan Pengarah Drama Bersiri ‘Setelah Terlafaznya Akad 2’

“Drama ‘Setelah Terlafaznya Akad 2’ menyaksikan gandingan hebat sekali lagi daripada Kamal Adli dan Uqasha Senrose dan ini merupakan drama pertama mereka setelah bergelar suami dan isteri. Malah, mereka juga sebenarnya jatuh cinta sewaktu penggambaran ‘Setelah Terlafaznya Akad’ jadi para peminat pasangan ini pastinya akan dapat  melihat banyak lagi babak-babak manis mereka seperti mana mereka sendiri melayani satu sama lain di alam realiti. 

Tambahan pula, keserasian mereka selepas bergelar suami isteri menjadi semakin baik dan lantas menjadikan lakonan mereka sangat tepat dan hebat seperti yang kami mahukan. Tiada cacat cela yang dapat kami lihat ketika mereka bersungguh-sungguh membawa watak Hanan dan Nawal. Mereka memang sangat profesional ketika berdepan dengan kamera. 


Kami sangat berbangga kerana drama pertama ‘Setelah Terlafaznya Akad’ telah berjaya menjadi fenomena dan trend sehingga drama ini menjadi antara carian tertinggi di Google Search pada tahun 2019. Sebagai tanda penghargaan, kami ingin menyambung penceritaannya kepada peminat-peminat drama ini. 

Daripada segi jalan cerita pula, drama kali ini akan mempamerkan lakonan Kamal dan Uqasha yang lebih mantap dengan jalan cerita yang lebih intense. Penonton akan dapat mempelajari tentang perkahwinan serta dugaan-dugaannya. Kami cuba tampilkan pelbagai aspek perkahwinan seperti pergaduhan dalam rumahtangga, suami kaki pukul, perasaan hasad dengki dan juga amalan sihir. 

Melalui drama ini, kami berharap para penonton dapat mengambil iktibar akan bahayanya perasaan hasad dengki terhadap perkahwinan orang lain serta amalan sihir pemisah. Kita jangan sangka perkahwinan yang dianggap indah itu tiada ujian dan dugaan. Banyak pengajaran dan nilai-nilai murni yang dapat diperoleh melalui jalan cerita kali ini. Semoga para penonton dapat menikmati babak-babak bittersweet yang kami paparkan dalam drama ‘Setelah Terlafaznya Akad 2’ ini.”

TRIVIA MENARIK DRAMA ‘SETELAH TERLAFAZNYA AKAD 2’

1. Drama ini merupakan drama Kamal Adli dan Uqasha Senrose yang pertama setelah bergelar pasangan. 

2. ‘Setelah Terlafaznya Akad’ musim pertama telah berjaya menjadi naskah teratas di Google search 2019 dalam kategori drama. Mereka kini kembali untuk musim yang kedua.


3. Sebuah drama yang mengisahkan perjalanan emosi sebuah perhubungan dengan unsur realistik termasuk pengamalan mantera perpisahan yang licik, percintaan yang menakluki semua serta perdamaian. 

4. Drama ini juga menerokai bagaimana pengamalan mantera perpisahan ini mampu tercetus dalam alam perkahwinan serta cara-cara untuk mengatasinya. 

5. Drama ini menunjukkan keserasian gandingan antara Kamal Adli dan Uqasha Senrose yang tidak pernah disangkal oleh penonton. 

6. Konflik dalam drama kali ini menjadi lebih tegang dan rumit jika dibandingkan dengan musim pertama.

7. Watak Tok Ma yang dimainkan oleh Norlia Ghani dalam musim pertama telah digantikan dengan Normah Damanhuri. Beliau digantikan atas sebab kesihatan.


LOGLINE DRAMA ‘SETELAH TERLAFAZNYA AKAD 2’

Perkahwinan Hanan dan Nawal diganggu oleh pihak ketiga yang cuba memusnahkan hubungan mereka. Kehamilan Nawal menjadi berisiko dan akhirnya dia keguguran. Hanan juga berubah akibat terkena sihir pemisah. 


SINOPSIS DRAMA ‘SETELAH TERLAFAZNYA AKAD 2’

Tiga  tahun setelah lafaz kedua, rumah tangga Hanan dan Nawal bertambah bahagia dengan adanya Qadeeja. Namun perangai mengada Nawal dan sikap kedekut Hanan masih tidak berubah yang mengakibatkan perhubungan mereka terkesan dengan perangai masing-masing.  

Nawal disahkan mengandung anak kedua. Dalam meniti kebahagiaan sebagai seorang isteri, Nawal tahu Ida sebenarnya ada hati pada suaminya tetapi Hanan selalu menidakkannya dengan mengatakan bahawa kononnya Nawal berperasaan cemburu tidak bertempat. Kehadiran Wahab pula mula merubah corak kehidupan perkahwinan mereka. Nawal difitnah mempunyai hubungan dengan Zaki sehinggakan Hanan percaya. Ini membuatkan Nawal lebih tertekan dan akhirnya dia keguguran, ditambah pula dengan peninggalan Tok Ma yang diserang sakit jantung. 

Nawal berasa kecewa apaila Hanan tidak mempercayainya sehingga dia bertekad untuk memilih untuk membawa diri. Pada saat itu, Hairuddin muncul untuk memporak-perandakan lagi hubungan mereka. Mampukah mereka mempertahankan kebahagiaan mereka?

First Time Merasa Habuan Adsense

Thursday 26 May 2022

Menjerit bila tengok Adsense dah cukup 100%, maklumlah first time cecah tempoh matang untuk withdraw. Punya lah lama baru dapat merasa duit dari Adsense padahal dah 13 tahun jadi blogger. 8 tahun tu blogger celup, update entry pun macam kanak-kanak ribena. Start jadi blogger separuh masa pun tahun 2017 itupun tak banyak update. Berjaya pasang Adsense hujung tahun 2018 lepastu dari 5 sen naik lah dollar. 

Mencabar jugak lah nak mencecah 100% sebab ada kes account suspended beberapa bulan sebab banyak sangat spam comments. Bila tukar setting untuk approve comment baru lah elok balik. Bila dah elok, Google pulak buat hal telan PV. Tak lama kemudian invalid traffic pulak sampai Adsense potong duit. Kemain berliku perjalanannya sampai lah awal minggu ni berjaya jugak masuk.


Masa banyak hal jadi tu rasa macam dah lemau dah nak guna Adsense. Nak terima paid job je tapi kasi chance lah sebab tinggal sikit je lagi nak penuh. Bila dah dapat duit ni rasa semangat balik nak bekerja dengan Adsense haha. Lepas ni kalau orang kata blog dah tak relevan, I cabai je mulut dia. Tibehhhhhh!

Telemovie ‘Sekolah Sampah’ yakni hasil terbitan Arie Zaharie Production Sdn Bhd memaparkan kisah kecekalan seorang pengembara dan usahanya dalam memberi didikan yang adil saksama kepada kanak-kanak yang tidak berkemampuan. Telemovie terkini keluaran Astro Citra ini memberi penekanan kepada kepentingan ilmu bagi semua tidak kira darjat, status atau kemampuan kita.

Penceritaan berdurasi 94 minit ini mengisahkan Adam, seorang backpacker berumur 30-an menetap di Sandakan yang bercita-cita untuk mengembara ke seluruh Sabah. Sebelum pengembaraannya bermula, Adam mendapat tahu kisah kanak-kanak pengemis yang tidak berkemampuan untuk meneruskan pembelajaran mereka di sekolah. Kanak-kanak tersebut tinggal di Kampung Sampah dan menyara hidup dengan mengutip serta menjual barangan terbuang. 

Untuk memberi kesamarataan dalam pendidikan kepada mereka, Adam nekad mendidik anak-anak itu dengan membina Sekolah Sampah sehingga mengorbankan impian pengembaraannya. Pengorbanan ini dibantu oleh salah seorang muridnya, Erna yang juga mengambil bahagian dalam mengajar rakan-rakannya yang tercicir dalam pelajaran. Dengan usaha membangunkan Sekolah Sampah, Erna telah mengirimkan sepucuk surat kepada pemimpin tentang kewujudan sekolah tersebut. 

Telemovie yang mampat dengan harapan dan impian serta merungkai isu-isu ketidaksamarataan yang relevan dalam kalangan masyarakat ini mengangkat empat orang pelakon iaitu Aliff Aziz sebagai Adam, Bella Astillah sebagai Nureen, Pasqueletta Joan Paulus sebagai Erna dan Aidil Zaquan Astillah sebagai Adi. ‘Sekolah Sampah’ merupakan arahan pelakon dan penyanyi keluaran Akademi Fantasi musim kelima yang berbakat besar, Ebi Kornelis dan turut didukung oleh barisan pelakon baharu yang hebat seperti Rubisa Tiasin, Nuhamizan Syahmi Musa, Syed Haiqal Saputra, Fatima Nadhira, Sahrah Asor, Ejin Dinting dan Jaipin Leggau.

Telemovie ini akan ditayangkan pada hari Sabtu, 28 Mei 2022, jam 9.00 malam secara eksklusif di saluran Astro Citra (108) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Ebi Kornelis - Pengarah Telemovie ‘Sekolah Sampah’

“Pembikinan telemovie ini merangkumi pelbagai aspek dan emosi kerana saya mahu penceritaannya penuh dengan harapan, impian dan usaha mereka yang menjayakan sesuatu yang mustahil. Ilmu adalah sesuatu yang saya ingin mengetengahkan kerana tanpanya, kita tidak akan berganjak ke hadapan.Seperti yang telah kita tahu, ilmu itu digenggam sehingga kecil lagi. Namun, ada pada mereka yang tidak mampu untuk menimba ilmu dan terpaksa berhenti sekolah. 

Walaupun begitu, sebenarnya penimbaan ilmu itu tiada terhadnya. Antara cabaran yang saya hadapi ketika mengarah telemovie ini adalah kekangan masa. Oleh kerana penceritaannya juga membawa aspek-aspek daripada Sabah, saya perlu membaca dan memahami skrip dalam tempoh kurang daripada 12 jam ketika berada dalam kapal terbang dalam perjalanan ke Sandakan. 

Saya juga perlu memikirkan harapan dan tujuan pihak produksi kerana pengarah yang saya gantikan merupakan pengarah otai yang pernah memenangi anugerah sebelum ini. Begitu juga dengan penulis skripnya yang dua-dua pernah memenangi anugerah dalam penulisan skrip.

Selain itu, saya juga perlu berhadapan dengan pelakon kanak-kanak pada kali ini. Bekerja dengan mereka memang lain kerana emosi dan pengalaman pelakon kanak-kanak ini berbeza dengan pelakon dewasa. Kita perlu bijak dalam mengawal emosi mereka kerana mereka kurang berpengalaman beraksi di hadapan kamera. 

Daripada aspek lokasi pula, sebahagian besar lokasi penggambaran dilakukan di atas timbunan sampah dan terdedah kepada bahaya objek-objek tajam serta haiwan yang berbisa. Kami juga sentiasa perlu menjaga diri daripada bakteria dan virus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Lokasi tersebut juga agak berbau dan panas ekoran matahari yang terik. 

Namun, saya sangat gembira kerana pelakon-pelakon telemovie ini semuanya berdisiplin dan mempunyai keinginan serta misi yang tinggi untuk membuktikan sesuatu kepada masyarakat yang mampu membuatkan mereka senang dalam memberikan lakonan yang terbaik dalam watak masing-masing. Syukur Alhamdulilah mereka faham naskah yang ingin di perjuangkan melalui telemovie Sekolah Sampah ini.

Pengambilan watak Adam dan Nureen juga sebagai watak utama merupakan sesuatu yang saya bangga kerana lakonan mereka memang serasi sebagai pasangan bercinta. Mereka dapat menunjukkan emosi-emosi yang tepat dan mampu memberikan elemen-elemen yang sejajar dengan apa yang saya tanamkan ketika pembikinan plotnya. 

Telemovie ini adalah bukan karya yang biasa kita tonton di televisyen. Bukan semua pengkarya berani menonjolkan kebenaran dalam berkarya lebih-lebih lagi telemovie ini tidak mengetengahkan aspek kekayaan atau pun cerita korporat seperti yang kita sering lihat. Karya ini lebih menonjolkan aspek yang jujur dan karya yang menunjukkan sisi-sisi manusia yang sebenar. Walaupun penuh dengan karya yang hebat, industri kita kurang dengan karyakarya yang sebegini. Para penonton pasti tidak akan menyesal dengan penceritaannya kerana tiada unsur klise.

Telemovie ini diterbitkan untuk memberi kesedaran kepada penonton mengenai kepentingan ilmu bagi semua rakyat tidak kira daripada mana mereka datang. Banyak perkara yang mampu mengetuk pintu hati kita untuk lebih mengenali diri kita siapa serta menunjukkan kepada kita bahawa ada sesetengah orang yang betul-betul dalam kesusahan dalam menempuh kehidupan yang tidak terbayang. 

Namun, mereka masih mampu tersenyum seperti tiada apa-apa yang berlaku. Ada juga daripada kita yang hidup dalam keselesaan tetapi masih tidak bersyukur dengan apa yang dimiliki. Ini adalah karya yang mampu menginsafkan kita dan membuatkan kita bersyukur dengan nikmat yang diberikan. Itulah yang ingin saya terapkan kepada semua.

Telemovie ini diharap dapat memberi kesedaran kepada penoton juga tentang pentingnya ilmu dalam membangunkan negara serta diri sendiri. Saya juga berharap para penonton faham erti kesamarataan dalam menimba ilmu ini kerana tiada siapa patut dihalang daripada mendapatkannya. Saya juga ingin mengetengahkan bahawa pentingnya usaha pihak-pihak yang terlibat dalam menjaga kanak-kanak yang mampu menjadi tunjang kepada negara pada masa hadapan kelak tanpa menindas mereka berdasarkan kemampuan dan tempat mereka sahaja.”

PECAHAN WATAK TELEMOVIE ‘SEKOLAH SAMPAH’

Aliff Aziz                                Adam

Bella Astillah                         Nureen

Pasqueletta Joan Paulus         Erna

Aidil Zaquan Astillah             Adi

Rubisa Tiasin                         Naemah

Nuhamizan Syahmi Musa     Bad

Syed Haiqal Saputra             Umar

Fatima Nadhira                     Lily

Sahrah Asor                           Mariam

Ejin Dinting                           Pak Salleh

Jaipin Leggau                         Zaki


TRIVIA MENARIK TELEMOVIE ‘SEKOLAH SAMPAH’

1. Durasi penggambaran telemovie ‘Sekolah Sampah’ mengambil masa selama 8 hari di Sandakan, Sabah.

2. Penceritaan telemovie ini sebenarnya diinspirasikan daripada kisah benar.

3. Telemovie ini menampilkan gabungan pelakon-pelakon popular dan pelakon-pelakon daripada Sabah.

4. Pengarah yang diganti oleh Ebi Kornelis turut mengikuti penggambarannya di Sandakan bersama-sama dengan penulis skrip telemovie ini.

5. Sekolah Sampah merupakan telemovie pertama setelah Alif Aziz bergelar juara Gegar Vaganza 8.


LOGLINE TELEMOVIE ‘SEKOLAH SAMPAH’

Pengorbanan seorang pengembara yang membina sekolah untuk kanak-kanak pengemis yang tercicir dalam pelajaran.


SINOPSIS TELEMOVIE ‘SEKOLAH SAMPAH’

Sekolah Sampah mengisahkan seorang backpacker, Adam yang ingin mengembara ke seluruh Sabah. Namun setelah mendapat tahu tentang kanak-kanak pengemis yang tidak bersekolah dan tinggal di satu tempat pembuangan sampah, Adam nekad untuk mengorbankan wang pengembaraannya demi membina sebuah sekolah untuk mereka. Akhirnya, Adam terpaksa pulang. Dalam mendidik kanak-kanak pengemis tersebut, salah seorang murid Adam yang bernama Erna telah membantu menggalas tanggungjawab untuk mengajar rakan-rakannya itu. 

SUPERHERO IKONIK MALAYSIA ‘KELUANG MAN’ KEMBALI & BAKAL DIFILEMKAN

Monday 23 May 2022


SUPERHERO IKONIK MALAYSIA ‘KELUANG MAN’ KEMBALI & BAKAL DIFILEMKAN
| Astro Shaw dan Iconic Animation Studio Ikat Perjanjian Dalam Menerbitkan Filem

Siri animasi legenda Malaysia yang amat popular dan menjadi fenomena dalam kalangan masyarakat tempatan sejak lebih dua dekad lalu, Keluang Man bakal diangkat ke layar perak. Penerbit dan peneraju industri perfileman tanah air, Astro Shaw telah menandatangani lesen hak cipta adaptasi ke filem bersama pemegang IP (Harta Intelek) Keluang Man, Iconic Animation Studio Sdn Bhd baru-baru ini bagi menerbitkan filem aksi pertama Keluang Man. Kerjasama ini sekaligus menjadi titik permulaan buat Astro Shaw dan Iconic Animation Studio dalam memperkenalkan semula IP animasi adiwira legenda ini kepada generasi baharu serta bakal melahirkan universe adiwira tempatan terbesar.

Keluang Man merupakan siri animasi popular dan diminati ramai pada akhir tahun 90-an dan awal 2000-an. Siri animasi adiwira pertama tanah air ini diilhamkan oleh Allahyarham Haji Kamarudin Bin Ismail atau lebih dikenali dengan panggilan Kamn Ismail bersama pengasas Dan Pemilik UAS Animation, Natashah Datuk Hj Md Noor dan pertama kali disiarkan pada tahun 1998. Mempunyai 7 musim dengan lebih 140 episod, Keluang Man menampilkan jalan cerita amat unik yang mempamerkan adiwira yang diinspirasikan oleh keluang dan turut diselitkan dengan elemen komedi. Borhan yang juga Keluang Man ialah seorang pesakit di sebuah hospital mental di Tumpoi dan berubah menjadi adiwira bagi membanteras jenayah pada waktu malam dengan bantuan rakannya, Tiong Man.

Watak adiwira tersebut tidak mempunyai sebarang kuasa ajaib istimewa tetapi dibentuk dengan ilmu persilatan, naluri dan sikap kejujuran yang tinggi. Rentetan daripada reaksi positif para peminat dan penonton sejak animasi ini ditayangkan, terdapat banyak permintaan untuk mengembangkan lagi animasi kegemaran ramai ini. Dengan kehadiran filem baru Keluang Man yang bakal diterbitkan, Astro Shaw dan Iconic Animation Studio komited untuk menghasilkan karya terbaik dengan memastikan legasi Keluang Man terus hidup bersama generasi baharu dan akan datang.

“Kami rasa amat berbesar hati kerana diberi kepercayaan dan peluang untuk bekerjasama dengan Iconic Animation Studio dalam mengangkat karya animasi legenda ini ke pentas yang lebih besar iaitu layar perak. Kami percaya jenama Keluang Man amat besar dalam industri seni animasi tempatan dan mempunyai peminat tersendiri yang membesar bersama siri animasi ini. Meskipun jenama ini telah lama disiarkan, namun apabila ia diulang tayang selepas 10 tahun kemudian, ia masih mendapat sambutan baik dan itu membuktikan animasi adiwira ini mampu meninggalkan kesan di hati penonton dan sentiasa relevan mengikut peredaran zaman. Kami harap berita baik ini dapat memberi keterujaan buat peminat dan sekaligus dapat membuktikan karya animasi tempatan mampu diangkat ke tahap yang lebih tinggi.” - Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad

“Jenama Keluang Man telah bertapak dalam industri animasi lebih 26 tahun dan ia masih diingati serta diperkatakan dalam kalangan peminatnya. Kami yakin ramai yang menantikan kemunculan semula animasi Keluang Man ini. Malah, perancangan untuk membawa animasi ini ke filem juga telah lama dibuat. Alhamdulillah, akhirnya impian ini bakal terlaksana dan lebih rasa berbesar hati kerana ia bakal direalisasikan bersama penerbit terkemuka Malaysia, Astro Shaw. Jadi, nantikan kemunculan semula Keluang Man tidak lama lagi.” - Pengarah Iconic Animation Studio Sdn Bhd, Muhamad Firdaus Bin Omar

"Iconic percaya dengan semangat kebersamaan pemilik hakcipta, pemilik jenama termasuklah para waris mereka dalam merealisasikan filem ini dengan Pasukan Kreatif Astro Shaw, Keluang Man bakal menjadi legenda besar Industri Animasi tempatan bertaraf Global." - Ketua Pegawai Eksekutif Iconic Animation, Ida Rahayu Md Noor

Bekas Penolong Pengarah Animasi Keluang Man, Amir Hamzah Hashim yang juga Presiden Persatuan Animasi Malaysia (ANIMAS) menyambut baik berita ini dan menyokong penuh usaha pihak Astro Shaw dalam merekayasa dan meneroka ruang pasaran baharu bagi jenama Keluang Man. “Sebagai antara penggiat awal dan dipertanggungjawabkan sebagai Penolong Pengarah Animasi dalam produksi asal dahulu, berita ini sangat menyegarkan dan memberi lebih energi kepada kami untuk terus menghasilkan karya baharu bagi tatapan peminat adiwira tempatan ini, saya berharap para peminat dapat menyokong dan memberi reaksi positif apabila ditayangkan kelak.”

Keluang Man bakal memulakan pra-produksi dalam masa terdekat dan pihak Penerbit akan mengumumkan jangkaan tayangannya di pawagam kelak. Ikuti info dan perkembangan filem Keluang Man ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw dan Astro Gempak.