Macam Ni Rupanya Stesen Terakhir LRT Ampang

Sunday 7 May 2023

Balik dari majlis berbuka, plan balik naik public transport sebab baru pukul 9 malam. Malas nak naik Grab sebab mahal dari Ampang sampai ke Subang, dalam RM40 macam tu. Kalau naik tren bawah RM10. 

Belek dekat Moovit Apps, tak ada option naik dari LRT Ampang tapi kitorang pergi jugak sebab tu stesen terdekat. First time jejak kaki dekat sini dan first time jugak tengok stesen paling hujung macam mana. 




Dekat stesen ni tak ramai orang pun, mungkin sebab stesen paling hujung kot. Masa tren sampai, kitorang dah naik dah tapi confuse nak turun dekat mana. Lepastu naik atas balik pergi dekat kaunter tanya macam mana nak tukar ke MRT. Berkicap jugak lah dekat sini sebab kaunter dia jauh dari stesen. Tak la jauh sangat tapi sebab masa tu kaki dah penat berjalan, terasa benar jauhnya. 

Staff Rapid bagitahu naik je mana-mana tren dari stesen ni lepastu turun dekat stesen Maluri. Kitorang pun tunggu la kejap tren sampai. Lepastu belek laluan perjalanan tren, dalam 5 tren macam tu akan sampai ke stesen Maluri. Sebab tren kosong, kitorang bergambar lah kejap. Tren ni pun berhenti lama dekat stesen Ampang tu. 



Dekat dalam tren tu ada Chinese guy nak naik MRT jugak, first time jugak naik dari Ampang so kitorang gerak saing je dengan dia tapi bila sampai LRT Maluri dia dah lesap dah. Kejar masa gamaknya. Kitorang jalan-jalan je lah tengok tempat baru. 


Jauh jugak nak berjalan dari LRT Maluri ke MRT Maluri, mau cecah 2,000 langkah dekat sini je. Stesen LRT Maluri ni ramai sangat orang, mostly yang balik kerja. Sebelah stesen LRT pun ada kawasan perumahanjadi tak hairanlah kalau setiap hari meriah dengan orang. Dekat juga dengan AEON Maluri. Ni kalau nak jalan-jalan dah tahu dah nak pergi mana. Nama je besar dekat KL, tapi kawasan dekat KL tak pernah nak explore pun. Sekarang dah tahu jadi seronok. 

4 comments

  1. ooo farhana x penah smpi sini lg yaa .. kalau nak try ramai org dtg ms/pagi hari bekerja...😁

    sggh beraya umah blogger salbiah x? dah dkt sgt dah tu rumah dia

    ReplyDelete
  2. seronok naik public transport, tak jem....tapi itulah tukar2 tren tu kena jalan jauh, stesen MRT lagi besar..

    ReplyDelete
  3. hehe sibbaik x tersesat smpi ke siam., #gurau2

    ReplyDelete
  4. pernah sampai dulu.. masa MA duk KL..sebelum kawin, memang LRT & MRT ni la transport nya..almaklum la, time tu lum ada lesen..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.