Nasi Ayam Gepuk Top Global, Kg Melayu Subang

Saturday 6 May 2023

 

Minggu raya ni memang susah bab nak cari makan sebab ramai yang bercuti lagi. Sebagai manusia introvert yang malas nak bersosial dan tak mendapat kunjungan raya, sesuatu yang sukar bila nak cari makanan dekat Foodpanda atau GrabFood. 

Kebetulan Ayuni ada bagitahu nasi ayam gepuk dekat Top Global sedap, cari dekat FoodPanda memang ada. Harga dia mahal sikit dari biasa sebab satu set ayam gepuk biasa RM17, nak tambah hati atau pedal naik jadi RM20. Exclude delivery charge. 

Selalunya makan dekat area rumah dalam RM12 je tapi tak tahu lah kenapa nasi ayam gepuk lately makin mahal sebab dulu dalam RM6-RM8 je. Mungkin sebab harga lauk utama dah mahal kot. Cili pun dah mahal sekarang. 


Dalam satu set nasi ayam gepuk ni ada sebungkus nasi, ayam yang digoreng garing, tauhu, tempe dan potongan timun. Timun tak pernah lah lebih dari 3 pieces. Harga timun mahal ke sekarang ni? Mungkin dah kena tukar kepada lobak merah sebab harga carrot murah je. Makan mentah pun takde masalah, sedap je. 


Rasa nasi ayam gepuk Top Global ni biasa je, tauhu dengan tempe dia paling tak gemar sekali sebab lumur kunyit banyak sangat. Tempe pun dipotong tebal. Sambal cili dia okay je lah, kalau giling cili cenggitu je lah rasa dia. Untuk harga sampai RM20, I rasa tak berbaloi untuk repeat lagi sebab tak ada apa yang unik pun. 

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.