Beraya Di Rumah Baru Syiqah, Dengkil

Thursday 18 May 2023

Malam Jumaat dapat mesej dari syiqah jemput ke rumah dia sebab ada open house hari Ahad petang. Awal tu macam tak nak pergi sebab hari Ahad confirm jalan jam teruk sebab parents hantar anak-anak baalik asrama satu hal, ramai mengejar undangan open house satu hal lagi. Petang pula selalu hujan jadi makin bertambah sesak lah jalan. 

Tapi bila teringat yang tak pernah pergi lagi rumah Syiqah dekat Dengkil tu, try lah nego dengan dia nak datang awal sikit sebab takut balik lambat memandangkan Subang dengan Dengkil makan masa satu jam setengah jaraknya. Open house mula lepas Asar tapi I pergi lepas Zohor sebab nak balik awal. Ayat pun deal cakap nak datang waktu yang sama. 






Banyak betul makanan dihidangkan untuk open house. Syiqah kata sebab ramai saudara dia nak datang sebab tu ayah dia masak banyak. Selalunya pergi open house mesti mak dengan anak dara atau menantu yang sibuk dekat dapur kan, dekat rumah Syiqah ni berbeza lah sebab ayah dia yang jadi tukang masak. 

Round pertama makan nasi dengan lauk sambal sotong campur kuah masak lemak udang. Ayah Syiqah kata udang tu semua besar-besar, fresh pulak tu sebab dia tangkap dekat laut bukannya beli dekat pasar. Betul lah tu segar sebab tu semuanya sedap. 

Baru je habis makan nasi, Syiqah suruh makan laksa pulak. Tengah makan laksa, dia suruh makan cheesecake lepastu tauhu begedil. Habis satu menu, dia suruh makan pulak menu lain. 

'Syiqah, perut aku kecik je tau, kau gila ke nak suruh aku sumbat semua?'

Sambil makan tu kitorang bergosip lah kan, macam tak biasa acara wajib setiap perempuan bila berkumpul. Tapi gosip kitorang sama macam dalam group Whatsapp lah, hambar. Kitorang tiga orang sejenis dry texter so kalau bergosip memang tak rancak mana pun. Bila berjumpa je lah rancak tapi rancak cara dry texter. Faham tak? Hihu


Lepas habis makan kitorang bergambar kejap dekat luar tapi depan pintu je sebab hujan masa tu. Tengah bergambar ternampak pulaak kawan Syiqah masa Diploma sibuk cari parking. Kitorang masuk dalam balik lepastu makan pula untuk kali ketiga. Kali ni makan lemang cicah rendang daging. Sedappppp!

Masuk Asar tu dah cakap dengan Syiqah nak gerak balik sebab dah petang. Malas balik lambat, nanti tak larat nak pergi kerja esoknya. Pagi Isnin dah kena meeting dengan client so kena prepare mental untuk hadap sebab urusan tu dah tertunggak berbulan. 

Syiqah tanya taknak tunggu Ayat ke? I cakap malas sebab dah petang dah. Ayat pulak menyempat pergi tinted kereta sudahnya lambat datang. Tup tup dapat mesej dia dah on the way. Tapi otw orang Melayu bukannya boleh percaya sangat. 

Sementara tunggu ayat, syiqah pujuk suruh solat Asar dulu. Okay lah takpe solat lah dulu kang nanti rushing pulak nak solat dekat rumah kan. Lepas solat Asar terjumpa Kak Kodi pulak. Kak Kodi ni client firm tapi tak pernah berjumpa, contact through whatsapp je selama 4 tahun kerja. Rezeki lah dapat jumpa depan mata. 



Nama je first time jumpa tapi rancak jugak kitorang menyembang sampai anak dia dah cemuih tunggu bila maknya nak balik padahal dah jom berapa kali dah. Tipikal orang perempuan bila pergi beraya haha. Habis je bergambar dengan Kak Kodi, Syiqah dapat call dari Ayat tanya pasal rumah sebab dia tak jumpa. 





'Kau tak guna Wave ke Ayat? Ain cari rumah aku senang je, apahal kau tak jumpa?'


'Ni first time kan korang datang rumah aku kat Dengkil ni? Haritu aku ajak datang masa kenduri sebelum pergi umrah tu korang tak datang pun.'

'aikk mana ada kau jemput lah gila'

Bila dah masuk umur 30-an, macam tu lah jadinya. Rasa macam ajak tapi rupanya ajak dalam kepala je. Lepastu emo. Nanti masuk 40-an entah macam mana gaya. Untuk golongan muda 20-an tu makan lah vitamin banyak eh. Tibehhhhh. 

Bila Ayat makan, secara automatiknya kena makan lagi sekali sebab Syiqah bising suruh makan. Kalau perasan, perut tu dah nak pecah sebab banyak sangat menyumbat. Rasa macam pre-busung pun ye jugak. 

Sebelum Mak Teh Syiqah balik, nampak beradik dia kutip bunga kantan. Cantik betul kejadiannya lepastu Syiqah kata ada pokok buah jambu air dekat belakang. Teringin pulak nak rasa buah jambu air sebab dah lama tak makan. Apa lagi, kitorang pun buat lah projek kutip buah dekat belakang rumah Syiqah. 


Untuk buah jambu yang tinggi, kitorang suruh Ayat yang panjat tangga sebab dia tinggi. 




Sebenarnya malas nak naik tangga tu sebab kalau jatuh nanti sakit. Maklumlah lemak banyak tak terkata dah sekarang ni. 

'Ain, berat kau lagi banyak dari aku, tapi apahal aku nampak lagi gemuk eh?'
'Sebab kau pendek'
'Kuaja!'

Konon je lah kitorang nak balik petang tapi disebabkan Syiqah suruh stay, sudahnya lepas Isyak baru balik. Perempuan ni memang mengundang, nasib baik lah energy banyak lepas menyumbat sakan. Alhamdulillah juga tak hujan malam tu jadi sampai rumah dengan selamat. Kalau layan perangai Syiqah, esok baru balik gamaknya sebab dia suruh stay sampai Subuh. Aje gila. 

4 comments

  1. Alhamdulillah
    Meriah sungguh hidangannya

    ReplyDelete
  2. Meriahnya warna-warna baju! Nampak berseri-seri.
    Rasa nak join petik jambu air laaaa....

    ReplyDelete
  3. wah bestnya.. nampak sedap laksa tu

    ReplyDelete
  4. Kikiki.. Dari nak datang awal dan balik awal, sudanya lajak sampai ke Isyak ye Farhana.. Pandai Syiqah ayat Farhana.. kikiki..
    Best owh kutip jambu air tu.. pastu cica kicap cili.. Pergh!!

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.