Movie Review | Mrs Chatterjee vs Norway (2023)

Sunday 14 May 2023

Director: Ashima Chibber
Writers: Sameer Satija, Ashima Chibber, Rahul Handa
Cast: Rani Mukerji, Anirban Bhattacharya, Neena Gupta, Jim Sarbh
Production Companies: Emmay Entertainment, Zee Studios
Distributors: Zee Studios, Netflix
Genre: Legal / Drama
Running Time : 144 minutes
Release Date : 17 March 2023
Trailer :


Diadaptasikan dari kisah benar yang berlaku pada Sagarika Chakraborty dan suaminya, pasangan dari negara India yang menetap di Norway terpaksa berhadapan dengan kezaliman Kerajaan Norway apabila mereka menculik kedua-dua orang anak mereka. 

Debika Chatterjee (Rani Mukherjee) menetap bersama suami (Anirban Chatterjee) dan dua orang anaknya, Shubh dan Suchi di Stavanger, Norway. Dua orang pekerja Norwegian Child Welfare Services, Sia (Kärt Tammjärv) dan Matilda (Britta Soll) ditugaskan untuk berada di rumah pasangan India tersebut untuk memantau cara mereka menjaga anak selama 10 minggu. 


Laporan dan dakwaan dibuat terhadap Debika kerana menyuap Shubh makan menggunakan tangan, apply kohl di dahi dan tuduhan paling berat sekali bila dia dilabel sebagai mentally unstable. Anirabh Chatterjee juga didakwa tidak membantu menjaga anak-anak dan lebih mementingkan kerja. Rumah mereka juga dikatakan tidak selamat dan kondusif untuk pembesaran anak-anak. 

Daniel Singh Ciupek (Jim Sarbh) ditugaskan untuk membela Debika setelah Mr. Singh gagal dalam perbicaraan awal. Daniel juga tak mampu untuk membela Debika kerana sering melanggar perintah mahkamah. Dari hari menginjak minggu, berubah bulan dan bertukar tahun namun Debika masih kuat melawan penindasan yang tidak adil dan berjuang untuk dapatkan kembali anak-anaknya dari tangan orang lain. 


Lepas kegagalan filem Bunty Aur Babli 2 (2021), Rani Mukherjee muncul semula dengan forte genre dia, drama dalam persalinan Debika Chatterjee yang berasal dari Kolkata. Hidup jauh dari tanah air sendiri dengan pelbagai peraturan yang jauh berbeza dari negara sendiri memang melelahkan. Mudah sangat untuk kita rasa simpati dengan watak Debika bila dia dilabel sebagai emosi yang berlebihan hingga mengganggu tumbesaran anak-anak. Nampak kejam perspektif tersebut dari kaca mata orang Norway sedangkan perkara biasa untuk masyarakat benua Asia. 

Selain Rani Mukherjee, pelakon sampingan seperti Anirban Bhattacharya, Jim Sarbh, Neena Gupta dan Balaji Gauri menggalas watak mereka dengan baik. Walaupun Barun Chanda nampak pasif sebagai Abhijeet Dutta, Hakim Kolkata tapi impak dia lebih terasa berbanding watak Hakim Norway. 


Naskhah Mrs Chatterjee vs Norway arahan Ashima Chibber sepatutnya menjadi naskhah pilihan untuk ditonton pada Hari Ibu 2023 kerana ditayangkan secara rasminya di Netflix namun kerana kelemahan pada olahan dan visi pengarah, filem yang dibarisi oleh pelakon hebat dan mempunyai cerita yang kuat tampak dangkal dan tersia. 

Mungkin lebih menarik kalau pengarah guna teknik flashback untuk kebanyakan babak berbanding penceritaan yang straightforward sebab momentum dia kelihatan lemah. Patutnya babak Peguambela Ms Pratap (Balaji Gauri) datang lambat ke kamar mahkamah letak di awal cerita kemudian pengarah buat flashback selari dengan perbicaraan kes. Pelakon Norway hampir kesemuanya kayu. 


Tak pasti macam mana sistem perundangan Norway bekerja tapi kalau dekat India, peguambela akan berjumpa dengan anak guam sebelum perbicaraan. Mungkin Aniruddha Chatterjee ada berjumpa sebelum tu tapi penonton tak tahu pun. We are left clueless just like Debika. Siapa tak emosi kalau peguam tak ada fakta kes, tak tahu langsung cerita dari pihak Debika. Perbicaraan terakhir baru Daniel nak sembang pasal dakwaan padahal Debika dan penonton dah hafal dah pun. Kalau itu cerita sebenar, bodoh betul peguam Norway. Kalau itu imaginasi penulis, bodoh betul team production yang setuju dengan idea ni. 

Watak Daniel Singh Ciupek sebenarnya solid sebab dia ada prinsip dan pegangan dia yang tersendiri. Licik sebab boleh manipulasi Debika untuk ikut cakap Kerajaan Norway tapi pengarah buat dia nampak lemah sangat bila masuk ke Mahkamah India simply because nak kuatkan persona ibu yang berjuang untuk anak-anak. Backstory Daniel yang dibuang oleh ibu sendiri dan dibesarkan oleh Kerajaan Norway nampak sebagai antagonis yang kuat untuk berlawan dengan Debika. Sayang sangat pengarah tak mampu guna resources yang mantap dalam naskhah dia. 


Dari awal lagi dah boleh nampak perangai sebenar Aniruddha macam mana jadi kenapa pengarah nak buang masa bagi screentime yang banyak untuk suami Debika? Tak perlu pun, buat drag cerita je. Cukup jadi plot twist yang semua masalah dan musibah dalam hidup Debika ni terjadi sebab Aniruddha kecuali Shubh dan Suchi. Dari saat dia tak peduli dengan bengkak dekat dahi Debika tu pun dah nampak dia sejenis sampah jadi tak hairan langsung kalau dia tak peduli pasal anak-anak.

Sakit sangat hati bila tengok screentime Neena Gupta tersia macam tu je. Watak dia penting sebab wakil dari Kerajaan India yang membantu Debika keluar dari genggaman Kerajaan Norway. I don’t mind her small screentime sebab hakikatnya macam tu tapi impak dia lemah sangat. I was like lah, tu je? Seronok lagi tengok Priyanka Chopra kena tengking dengan Ayesha pasal nuklear dekat beauty conference. 



Sinematografi gagal untuk capture emotion Debika dalam beberapa babak penting. Sakit hati tengok kamera yang mengejar Debika. Music score surprisingly fits perfectly mengikut suasana dan emosi setiap babak. But that’s the charm of Amit Trivedi. Overall, this movie is a okayish.

1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.3, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.2 = 6.4/10

3 comments

  1. nampak lalu lalang kat ig semalam....but dok habiskan Black Knigt dulu..emm..best ni, leh layan next

    ReplyDelete
  2. oo kene kuat mental ni nk tgk kasih ibu pd anak2nye., huhu

    ReplyDelete
  3. Ada nampak lalu lalang tapi tak mampu rasanya nak tengok.. Karang meleleh air mata..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.