Drama Review | Crash Course in Romance (2023)

Wednesday 3 May 2023


Director: Yoo Je-won
Writer: Yang Hee-seung
Cast: Jeon Do-yeon, Jung Kyung-ho, Shin Jae-Ha, Roh Yoon-seo, Lee Bong-ryun, Kim Da-Hwin, Jang Young-nam, Oh Eui-sik, Lee Chae-min, Kim Tae-jung, Kim Sun-young, Bae Hae-sun
Production Company: Studio Dragon
Distributor: tvN, Netflix
Genre: Romantic / Comedy 
Running Episodes: 16 episodes (70 minutes per episode)
Release Date : 14 January – 5 March 2023
Trailer :


Naskhah terbaru arahan pengarah Yoo Je-won yang bertemakan sistem pendidikan di Seoul, Korea terbitan studio Dragon ditayangkan di Netflix selepas drama Hometown Cha-Cha-Cha (2021). Drama Crash Course in Romance mengangkat kisah percintaan antara guru subjek Matematik yang terkenal, Choi Chi-yeol (Jung Kyung-ho) bersama Nam Haeng-seon (Jeon Do-yeon). 

Choi Chi-yeol mempunyai nama jolokan ‘The Three Trillion Man’ kerana popularitinya di akademi pendidikan The Pride. Kebanyakan ibu bapa sanggup menghabiskan masa mendaftarkan anak-anak mereka dalam kelas Choi Chi-yeol. Beratur setiap pagi untuk dapat 100 tempat duduk kemudian beratur pula untuk berebut tempat duduk di bahagian hadapan. Kebanyakan pelajar yang join kelas tambahan Choi Chi-yeol akan dapat jawab soalan peperiksaan dengan mudah sekaligus mendapat markah tinggi.

 
Walaupun Choi Chi-yeol mempunyai wang dan populariti namun hidup dia kosong. Tak mampu tidur nyenyak, tak boleh makan dan sentiasa dihantui oleh rasa bersalah. Sehinggalah dia makan makanan dari kedai banchan milik Nam Haeng-seon. Kebetulan pemilik kedai tersebut mempunyai anak remaja perempuan, Nam Hae-yi (Roh Yoon-seo) yang belajar dalam kelas tambahan Choi Chi-yeol. 

Drama Crash Course in Romance agak berbeza dengan drama cinta yang lain sebab ketengahkan pasangan berumur 40-an dengan masalah hidup yang berbeza. Of course, penulis tak lari dari konsep damsel in distress tapi okay lah nak layan sebab tak cringe sangat. Kisah cinta Choi Chi-yeol dengan Nam Haeng-seon pun tak banyak sangat means pengarah letak dalam 2 hingga 3 episod je untuk masalah cinta diorang. 


Episod lain banyak tonjolkan keadaan sistem pendidikan yang dimonopoli oleh keluarga berada. Ada yang sanggup berpakat dengan pihak akademi untuk singkirkan pelajar sekian sekian supaya anak dia dapat tempat dalam akademi. Bukan ibu bapa saja yang bersaing, tenaga pengajar pun tak jauh beza guna taktik kotor untuk tutup periuk nasi orang. 

Drama Crash Course in Romance juga mempunyai misteri dan thriller kerana kisah silam Choi chi-yeol dan juga obsesi kepada selebriti. Sedia maklum lah tahap fanatik diorang macam mana, hadiah tak pernah lekang dari tangan. Ada yang sampai pergi ke rumah Choi Chi-yeol untuk cipta skandal. Bila dapat tahu relationship Choi Chi-yeol dengan Nam Haeng-seon, memang banyak lah komen yang tak sedap dibaca. 


Mungkin sebab tu juga pengarah shift kisah cinta mereka berdua kepada sub-plot yang lain sebab tak ramai pun yang suka pasangan dalam golongan usia macam tu. Apatah lagi kalau penonton muda jadi penulis boleh kata kreatif lah cari jalan untuk tarik perhatian penonton. Ramai juga yang pertikaikan pada awalnya but for me, I enjoy layan drama ni walaupun ada part yang cliché. Tapi dah nama kisah cinta, tang mana je tak cliché. Pusing pusing situ jugak. 

Selain pasangan utama, ada juga kisah cinta tiga segi antara Hae-yi, Lee Seon-jae (Lee Chae-min) dengan Seo Geon-hu (Lee Min-jae) yang lagi menarik dan kelakar kisahnya. Syok tengok sebab Geon-hu tu kaki sakat. Comel pulak tu tengok Geon-hu berkawan dengan Seon-jae sedangkan berbeza personaliti. Semua gara-gara minat dengan gadis yang sama. 


Lepas tengok drama ni jadi makin suka dengan Roh Yoon-seo sebab lakonan dia natural dan bersahaja. Mungkin sekarang watak dia lebih kurang sama je, dalam avatar pelajar sekolah tapi setakat ni, masalah dia berbeza. Sebelum ni dalam Our Blues (2022), dia berlakon sebagai pelajar sekolah yang mengandung. Dalam Crash Course in Romance, dia pegang watak anak angkat. Kalau dalam debut role, Yoon-seo cuma tercalon dalam Best New Actress tapi untuk watak Hae-yi, dia berjaya rangkul anugerah Best New Actress di Baeksang Arts Awards. 

Nak kata jalan cerita drama ni memuaskan sepenuhnya tu tak lah juga sebab ada benda yang tak berkenan sangat macam cara Choi Chi-yeol layan pembantu peribadi dia, Ji Dong-hee (Shin Jae-ha). Kesian sangat bila Choi Chi-yeol buang Dong-hee macam tu je sebab bercinta dengan Nam Haeng-seon sedangkan dia yang banyak tolong guru selebriti tu selama 6 tahun bekerja. Dari uruskan hal kerja sampailah uruskan hal peribadi, jaga makan minum, stay dengan Choi Chi-yeol bila dia sakit. 


Faham lah bila bercinta dia akan berubah teruk tapi jangan lah sampai buang orang yang ada susah senang. Siapa tak sakit hati kalau cara layan berubah mendadak. Kalau bab Nam Haeng-seon, laju je otak dia fikir macam mana nak bayar budi tapi dengan Dong-hee, orang tu tinggal dekat mana pun dia tak tahu. Paling sedih masa Dong-hee dah beria arrange meeting dengan pengarah akademi lain tapi Choi Chi-yeol datang untuk cakap tak nak. Jatuh air muka Dong-hee masa tu padahal dia boleh inform dari awal. 

Of course pengarah akan menyebelahi Choi Chi-yeol sampai watak Dong-hee nampak buruk tapi kalau dari awal dia jenis layan orang sekeliling dia dengan baik, benda tak akan jadi macam tu pun. Nama staff dia pun susah sangat nak ingat padahal hari-hari jumpa. Betul lah cakap Nam Haeng-ja (Bae Hae-sun), bukan Haeng-seon yang bertuah dapat Choi Chi-yeol sebagai pasangan tapi sebaliknya. 


Kalau ikutkan pada alur cerita, tak sepatutnya pengarah letak romantic comedy sebab lead couple tak lah tonjolkan sisi kelakar tu tapi lebih kepada drama. Dekat pertengahan drama sampaike penghujung makin banyak drama sampai naskhah ni jadi heavy sedangkan pengarah boleh kekalkan vibe Hometown Cha Cha Cha tanpa perlu paksa kebanyakan watak untuk berubah secara drastik. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.3 = 6.7/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.