Majlis Pelancaran Replika Pelita & Berbuka Puasa Bersama Suria KLCC

Tuesday 16 May 2023

Kalau masa Sambutan Tahun Baru Cina, replika arnab sebagai simbolik perayaan tersebut, untuk Hari Raya Aidilfitri pula, sebuah replika pelita terbesar dilancarkan di Suria KLCC. Majlis pelancaran bermula dari jam 4 petang tapi disebabkan kerja, terpaksa lah datang lambat sikit. Jam 6 petang baru sampai ke majlis. 

Masa tu pelancaran dan persembahan tarian dah start dah pun. Dapat lah tengok sikit persembahan tarian tu walaupun pemandangan terhalang sebab rendah. Memang tak lah nak pakai heels atau wedges sebab naik public transport. Jauh nak menapak dari LRT Lembah Subang sampai ke LRT KLCC. 


Habis persembahan semua dibawa ke Esplanade KLCC untuk hidupkan lampu pelita replika KLCC. Pelita replika ni menempa nama dalam Malaysia Book of Records pada tahun 2022 sebagai replika pelita terbesar dan tertinggi di Malaysia. Menggunakan gabungan warna hijau pekat dan kuning sebagai warna tema Hari Raya dengan corak batik sebagai corak rasmi negara sebagai hiasan pelita replika. Pihak KLCC ketuk gong 3 kali sebagai tanda perasmian sekaligus menyalakan sumbu pelita replika.

Dapat spot paling depan pun belum tentu gambar cantik sebab nak capture pelita dari bawah sampai ke atas tu perlukan ruang. I dah try buat panorama tapi ada orang block view hshshs the struggle is real. Jadi lah ambil gambar dekat atas tu kan? Waktu malam boleh nampak pelita ni bercahaya cantik berlatarkan menara berkembar. 

Hos untuk majlis pelancaran ni adalah Nas Rahman, kira ni kali kedua I jumpa dia dekat event tapi mampu pandang dari jauh je. Dulu selalu tengok dekat TV, sekarang ada depan mata, tinggal nak cakap hye hye bye bye je. 


Lepas habis pelancaran, ada pertunjukan air pancut dekat tasik KLCC dan  pertunjukan air pancut tu akan berlangsung dari 24 Mac sehingga 1 Mei 2023  nanti. Lepas habis bergambar dekat bawah, semua dijemput naik ke tingkat 3 untuk berbuka puasa di Serai, KLCC. 

Bila dah sampai awal dapat lah pilih meja yang kita nak. Kitorang duduk yang terpaling hujung sekali. Sementara tunggu makanan dihidangkan, menyembang kejap dengan Kak Zura lepas berbulan tak jumpa. Berjumpa pun masa event je, memang banyak lah nak catch up. Nasib baik ada event yang sama dalam masa terdekat.  



Meriah makanan untuk berbuka yang disajikan oleh Serai, ada siakap masak stim limau, Tomyam Campur, Squid Deep Fried Salted Egg, Deep Fried Crispy Brinjal, Ayam Percik, Buttered Prawn, Braised Broccoli with shitake mushroom in superior oyster sauce dengan kurma. Air pula sparkling laici serai. 

Kalau ikutkan menu, tomyam campur tu tak ada tapi untuk majlis berbuka ni Serai gabungkan dua menu dalam satu mangkuk. Dua-dua boleh rasa, tomyam ayam dengan tomyam makanan laut.


Tak pernah lagi try makan dekat Serai untuk set nasi putih macam ni. Ramai lah yang puji masakan dekat Serai sedap. For me, tak semua menu lah sebab squid salted egg dia manis. Nasib baik ada siakap masak stim limau jadi tak lah melugai sangat bila tekak kembang dengan gula bersepah dekat sotong tu. 

Tomyam dia pun ceroi, tak pekat macam orang Thailand masak tapi sedap je cuma kita dah biasa makan yang pekat so tekak lagi berkenan dengan yang tu. 



Siakap stim limau jarang lah tak sedap sebab menu simple cuma kadang ada kuah yang jadi pahit sebab kulit limau atau lemon yang tukang masak letak tapi dekat Serai ni, kuah tu main peranan sangat. Masam masam manis air ikan. Siakap yang dia guna pun fresh jadi tak ada masalah untuk habiskan. Masa majlis tu kitorang ada masalah nak habiskan sebab perut dah penuh sangat. 

Ayam percik pun sedap tapi tak mampu pun nak habiskan nak pula dah habiskan buttered prawn dengan brokoli tiram tu. Sudahnya mintak tapau untuk sahur hshs. Terung deep fried tu paling sedap. Sebagai penggemar terung tanpa ragu, I sukaaaaa! 

Sementara tunggu pencuci mulut dihidangkan, staff Serai agihkan sampul duit raya dari KLCC. Kemudian dapat pula cenderamata balang kaca untuk Hari Raya. Cantik! 


Untuk pencuci mulut, semua tetamu dapat makan Ice Kachang signature Serai KLCC. Mangkuk dia besar sangat tapi mana mampu nak habiskan sebab brain freeze menyerang. Kitorang habiskan aiskrim vanilla sebab sedap, makan pula dengan serbuk kacang, jagung manis dan cendol. Nak tapau pun tak boleh sebab nanti cair dah tak sedap nak makan. 

Anyway, terima kasih Sherina dan Suria KLCC sebab jemput untuk meriahkan majlis pelancaran lepastu bagi makan sedap untuk majlis berbuka. Dapat cenderamat dengan duit raya jugak, boleh shopping raya dekat KLCC nanti. Semoga makin murah rezeki KLCC sebagai pusat membeli-belah ikonik ibu negara. 

2 comments

  1. tak pernah lagi makan dekat serai. nampak sedap semua masakan Thai

    ReplyDelete
  2. Menu dia dasyat dan menggoda.. kikiki..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.