Kecoh baru-baru ni bila pihak AJL release official video medley untuk semua lagu yang bakal berentap di Anugerah Juara Lagu. Ramai yang baru tahu Hannah Delisha boleh menyanyi. Since I memang minat lakonan Hannah sejak Mencintaimu Mr. Photographer so memang dah tahu lah dia boleh menyanyi dan Delisha tu nama kumpulan duo dia di Singapura. Fav sampai sekarang lagu Esok Masih Ada dan lagu Hannah featuring Aziz Harun.
Single terbaru Hannah pun di bawah label Faithful Music dengan lirik lagu yang dikarang sendiri oleh Faizal Tahir. Lagu bgenre balada ni tak akan dibikin music video sebab hormat dengan keputusan Hannah tampil dengan imej baru since single ni dah siap sebelum Hannah bertudung. Dah keluar dah pun poster lama tapi dah diganti dengan yang baru ni. Anyway, enjoy the song :)
LIRIK LAGU TERLALU MUDAH
Penyanyi : Hannah Delisha
Komposer : Faizal Tahir
Lirik : Faizal Tahir, Mage, Mike Chan
Studio : Faithful Music
VERSE
Sedang hati masih mencuba
Mengubati luka lama
Kau datang memberi segunung harapan
Ku fikir kau segalanya
Buat ku melihat semula
Tapi kau bukannya yang ku sangka
CHORUS
Mudah saja kau melepaskan
Semua ini
Tenang saja kau melupakan
Semua yang terbina
Semoga satu hari kau kan temui
Segala apa yang masih kau cari
Mungkin aku yang kau cari kembali
Ku tak pasti
VERSE
Benar ini takdir dari-Nya
Ku terima walau sakit rasa
Ini hanya permulaan perjalanan baru
Walau hanya sementara
Kau buat ku senyum semula
Tetap ku menghargai semua
CHORUS
Mudah saja kau melepaskan
Semua ini
Tenang saja kau melupakan
Semua yang terbina
Semoga satu hari kau kan temui
Segala apa yang masih kau cari
Mungkin aku yang kau cari kembali
Ku tak pasti
BRIDGE
Aku yang kau cari kembali
CHORUS
Mudah saja kau melepaskan
Semua ini
Tenang saja kau melupakan
Semua yang terbina
Semoga satu hari kau kan temui
Segala apa yang masih kau cari
Mungkin aku yang kau cari kembali
Ku tak pasti
5 comments
suka lagu yg dia duet dengan aziz harun :)
ReplyDeleteDia nyanyi memang best tapi banyak menonjol dalam bidang lakonan je
ReplyDeletetak pernah layan dia nyanyi. tapi sejak tengok medley AJL 35 tu. suka pulak. hehe
ReplyDeletetaktahu pun dia penyanyi tu terkejut tengok dia dalam medley ajl
ReplyDeleteshe has a very good voice
ReplyDelete[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.