Movie Review | Murder (2004)

Saturday 6 March 2021


Director : Anurag Basu

Writer : Anurag Basu

Cast : Emraan Hashmi, Ashmit Patel, Mallika Sherawat, Divya Dutta, Raj Zutshi, Krish Chawla, Shabnam Sayed

Production Company : Vishesh Films

Distributor : Vishesh Films

Genre : Romantic / Thriller

Running Time : 130 minutes

Release Date : 2 April 2004

Trailer :

Diinspirasikan dari French filem - The Unfaithful Wife (1969), mengisahkan tentang Simran (Mallika Sherawat) yang tak bahagia hidup sebagai isteri Sudhir (Ashmit Patel). Mereka sekeluarga tinggal di Bangkok, Thailand bila Sudhir bekerja sebagai IT manager di salah sebuah syarikat besar. 

Sudhir sentiasa sibuk dengan kerja dia sampaikan tak ada masa langsung untuk luangkan bersama keluarga. Dia tak pernah peduli dengan anak lelaki dia, Kabir (Krish Chawla) asalkan dia tahu Simran jaga dengan baik dah cukup dah. Simran yang terjumpa balik cinta zaman kolej dia, Sunny (Emraan Hashmi) mula jalinkan hubungan sulit semasa waktu kerja. Nargis (Divya Dutta) cuba nasihatkan Simran supaya tak rosakkan apa yang dia ada dan pentingkan diri semata untuk bahagia dengan nafsu sementara. 

Sunny sayang sangat dengan Simran sampai masuk penjara sebab belasah lelaki yang cuba kacau Simran di kolej. Lepas dia keluar dari penjara, dia menetap di Bangkok tapi dapat tahu Simran dah berkahwin untuk ganti tempat kakak dia, Sonia yang meninggal dalam perjalanan ke Bangalore. Tak tahu Sunny kerja apa, tapi duit dia memang banyak sebab masa dia dihabiskan dengan keluar dating dengan Simran. Aset dia pun not bad lah untuk seorang bekas banduan. Mungkin keluarga kaya kot. 

Sudhir dapat hidu kecurangan Simran sebab isteri dia sentiasa mengelak untuk keluar bersama so dia upah detektif untuk siasat. Sudhir cuba bagi amaran supaya berhenti jumpa Simran tapi sakit hati dengan provokasi dari Sunny, dia belasah sampai mati dan tanam di hutan. Sejak dari tu dia diganggu dengan seseorang dan minta dibayar untuk rahsia hitam ni.

 

Movie ni famous sampai sekarang sebab lagu Kaho Na Kaho dari komposer Anu Malik dan merupakan installment pertama untuk franchise Murder di bawah penerbitan #TheBhatts. Rasanya disebabkan movie Murder ni Mahesh Bhatt cadangkan kepada anak buah dia, Emraan Hashmi supaya bawa imej The Serial Kisser since genre movie ni erotic romance thriller. So kebanyakan scene penuh dengan babak macam tu which you can easily skip that. I tengok pun sebab Emraan Hashmi je and I hit jackpot lah sebab Emraan comel sangat dalam movie ni. Marah pun comel hshshs

Movie ni boleh jadi best kalau Anurag Basu kembangkan scene Sudhir kena ugut dan perbalahan antara Sunny dengan Sudhir ataupun percubaan berani Sudhir berjumpa dengan Simran. Sayanglah scene banyak dihabiskan dekat intimate scene je walhal chemistry Mallika dengan Emraan nampak canggung. Lakonan Mallika pun hambar sedangkan dia watak utama yang banyak bermain dengan emosi. Ashmit pun tak diberi ruang untuk berkembang dengan watak dia walhal dia ada bakat. 

tak tahu nak pilih yang mana hahaha

Plot dekat hujung cerita tu macam tergesa nak habis dan tak tahu macam mana polis boleh tahu Simran bersalah. Plot twist dia smooth lah sebab tak expect langsung plan beberapa watak untuk dapatkan apa yang diorang nak. Kelakar scene Sudhir pecahkan pintu balai polis sebab nak selamatkan Simran. Awal tu kemain lemah dan suci je muka tapi bila nak pergi belasah orang habis jahanam barang. Typical Bollywood, nasib baik tahun 2004. Banyak lagi lah scene yang tak logik dalam movie ni. 

Movie ni actually agak toxic sebab tarik audience dengan eksploitasi terhadap pelakon wanita dan dalam beberapa scene Sunny dengan Sudhir maki atau pukul Simran. Diorang marah dengan movie Kabir Singh sedangkan Kabir sayang Preeti tak macam watak-watak dalam movie Murder. Dengan budget Rs25 juta, movie Murder berjaya dapat kutipan sebanyak Rs250 juta dan jadi movie ke-9 paling tertinggi jumlah kutipan untuk tahun 2004. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0.2 = 5.7/10

2 comments

  1. but 2 and 3 movie dpt sambutan hangat kan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang 1 dengan 2 dapat sambutan hangat. third mehhhh

      Delete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.