Manicure Session Di Pinch Nails And Bakery

Dekat Oasis Village Ara Damansara ni ada salon kuku premium di tingkat bawah. Salon kuku ni memang cantik lah hiasan luar dan bakeri dia. Kebetulan hari tu kitorang nak ambil laptop dekat kedai area situ jugak tapi kena tunggu sekejap sebab ada benda yang ditambah. 


Alang-alang kena tunggu, menyinggah la kejap dekat Pinch Nails And Bakery sebab Kak Nora kata dia nak warnakan kuku dia. Ada kenduri kahwin kawan dia dekat Ipoh. I temankan je sebab baru je warnakan kuku guna nail polish biasa. 

Salon kuku dia tak lah besar mana pun, cukup untuk muatkan 4 buah kerusi sofa empuk untuk customer. Lagipun bukan sentiasa penuh dengan customer pun dekat sini. Weekend tak pasti lah sebab tak pernah datang masa weekend. 




Warnakan kuku dekat salon kuku ni RM25 siap dengan polish sekali. Pinch Nails And Bakery ni salon kuku yang menggunakan bahan-bahan organik dalam produk dia, mungkin sebab tu lah mahal. Selain manicure dan pedicure session, scrub, ada juga Glove Collagen Treatment untuk bahagian jari supaya nampak cantik dan terhidrat. 

Glove Collagen Treatment tu ada minyak mawar yang kaya dengan Collagen, Shea Butter, mandelic acid dari badam dan Vitamin E untuk mencerahkan kulit, mengurangkan kedutan dan garis-garis penuaan pada jari selain melembabkan kulit di kawasan sekitar kuku. Available untuk home kit jugak. 



Pewarna kuku dekat sini ada pilihan sama ada nak yang halal ataupun non-halal. Nail art dekat salon ni pun cantik-cantik belaka. Geram je tengok tema Krismas, Halloween ataupun floral arts. Tapi cantik kalau orang yang simpan kuku panjang. Kalau kuku cawan jari tembun macam kita ni memang idok le cerita dia. 


First step dia akan bersihkan kuku kemudian polish


Then warnakan ikut warna pilihan kita


Then last step ialah keringkan pewarna kuku


Tak lama pun dalam 15 minit je untuk satu session dekat sini. Kak Nora suka warna pink so dia pilih warna petal. Sesuai lah dengan kulit dia, tak lah nampak garang sangat, tak lah nampak dull jugak. Just nice je. 

Walaupun sekejap je dekat sini dan cuma temankan Kak Nora tapi rasa tenang sangat rehat kejap dekat sini sebab interior cantik ala Paris, wangi sebab essential oils, selesa pulak tu. Manicurist pun baik sangat layan customer. Kalau ikutkan kena buat appointment kalau nak datang salon ni tapi sebab kitorang pergi masa weekdays, available je lah untuk walk-in customer. Overall, best sangat pergi sini. What an experience. 

11 comments

  1. Tengok design kedai pun dah menarik hati

    ReplyDelete
  2. cantik la tengok deko kedai die..ala2 vintage gitu kan..nampak cantik sangat. wah suka la kan dpt buat manicure

    ReplyDelete
  3. Waahhh.. dpt teman pun ok dah,,, rasa terapi jugak tu...cantik betul kedai dia.

    ReplyDelete
  4. love dtg tempat manicure mcm ni, rambang mataaa

    ReplyDelete
  5. Wah..damai giler dtg sini farhana..cantik deco dalam dia..

    ReplyDelete
  6. ala ala, kedai cantik sangat. memang rasa macam boleh melepak lama lama kat situ.

    ReplyDelete
  7. Lama dah tak buta manipedi ... rindu sesangat. Kuku kaki pun dah tak terjaga. Best dapat kedai camni. Rest & relax !!

    ReplyDelete
  8. tempat yg sesuai untuk merehatkan minda bila tertekan dgn kerja...

    ReplyDelete
  9. Sesekali manjakan diri dengan cara ini pun best juga.. Kedai pun cantik je deko dia..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.